(mafhum hadith di atas dinukilkan)
- Kamu beriman dgn Allah Subhana wa Ta'ala.
- Hari Akhirat.
- Para Malaikat.
- Kitab - kitab Allah.
- Para Nabi.
- Kebangkitan selepas mati.
- Takdir baik dan buruk adalah daripada Allah Subhana wa Ta'ala.
- Bersaksi bahawa tiada tuhan selain daripada Allah Subhana wa Ta'ala dan sesungguhnya nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam adalah rasulNya.
- Mendirikan solat pada waktunya dengan wuduk yang sempurna. (Wuduk yang sempurna ialah wuduk yang di jaga semua adab dan sunat-sunat wuduk. Perkataan 'pada waktu' menunjukkan bahawa hendaklah membaharukan wuduk pada setiap waktu solah walaupun wuduk yang lama masih ada lagi. Ini adalah kerana membaharukan wuduk adalah sunat. Perkataan 'mendirikan solah' pula menunjukkan ke arah mengambil berat segala amalan yang sunat sama ada sunat haiah atau ab'adh. Justeru itu terdapat dalam satu riwayat yang lain yakni meluruskan saf (barisan) sehingga tidak bengkok dan tiada ruang kosong antara dua orang adalah termasuk dalam mendirikan solah)
- Menunaikan zakat.
- Berpuasa pada bulan Ramadhan.
- Mengerjakan haji jika kamu mempunyai harta (oleh kerana kebanyakan halangan untuk mengerjakan haji adalah ketiadaan harta maka harta telah disebutkan dalam hadith ini sedangkan maksud sebenar ialah apabila telah sempurna syarat - syarat maka hendaklah mengerjakan haji)
- Hendaklah bersolah (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam. (penerangan terperinci tentang suruhan ini terdapat dalam riwayat yang lain seperti berikut : dua rakaat sebelum fardhu subuh, empat rakaat sebelum fardhu zuhur, dua rakaat selepas fardhu zuhur, dua rakaat selepas fardhu maghrib, dan dua rakaat selepas fardhu isyak)
- Jangan kamu meninggalkan solah witir pada setiap malam. (oleh kerana solah witir adalah wajib di sisi mazhab hanafi. Di sisi mazhab Shafi'ie hukum solah witir adalah sunat)
- Jangan kamu menyekutukan Allah Subhana wa Ta'ala dengan sesuatu apa pun.
- Jangan kamu mendurhakai kedua ibu bapamu.
- Jangan kamu memakan harta anak yatim secara zalim.
- Jangan kamu meminum arak.
- Jangan kamu berzina.
- Jangan kamu bersumpah dusta dengan nama Allah Subhana wa Ta'ala
- Jangan kamu memberi persaksian palsu.
- Jangan kamu mengikut hawa nafsu.
- Jangan kamu mengumpat saudaramu yang Islam.
- Jangan kamu menuduh wanita yang suci dengan zina. (demikian juga lelaki yang suci)
- Jangan kamu dengki terhadap saudara Islammu.
- Jangan kamu bermain (dengan permainan yang sia - sia)
- Jangan kamu leka bersama orang yang lalai.
- Jangan kamu mengatakan kepada orang yang pendek "wahai si pendek" dengan niat mengaibkannya. (sekiranya mana - mana lafaz yang aib telah menjadi masyhur sehingga dengan menyebut lafaz yang aib itu orang tidak menganggap aib lagi dan menyebutnya pun tidak dengan niat hendak mengaibkan maka di haruskanuntuk menyebutnya tetapi mengatakan terhadap seseorang dengan lafaz sedemikian dengan niat mengaibkan adalah tidak harus)
- Jangan kamu mempersenda - sendakan seseorang pun di kalangan manusia.
- Jangan kamu membawa mulut (mengadu domba) antara dua orang yang bersaudara.
- Bersyukurlah kepada Allah Subhana wa Ta'ala di atas nikmatNya.
- Bersabarlah di atas bala dan musibah.
- Jangan kamu berasa terselamat dari azab Allah Subhana wa Ta'ala.
- Jangan kamu memutuskan tali persaudaraan.
- Eratkan tali persaudaraan dengan ahli keluargamu.
- Jangan kamu melaknat sesuatu pun daripada makhluk ciptaan Allah Subhana wa Ta'ala.
- Perbanyakkanlah sebutan Subhanallah, Alhamdulillah dan La ila ha ilallah.
- Jangan kamu meninggalkan solah, Jumaat dan solah dua hari raya.
- Ketahuilah bahawa apa apa (susah dan senang) yang telah di takdirkan untuk kamu pasti tidak akan terlepas daripada kamu dan apa - apa sahaja yang tidak di takdirkan untuk kamu, pasti tidak akan datang kepada kamu.
- Jangan meninggalkan membaca al - Quran walau dalam apa - apa keadaan sekalipun.
Hazrat Salman radiallahu anhu berkata bahawa beliau telah bertanya kepada Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam tentang ganjaran yang akan di beri untuk sesiapa yang menghafal hadith tersebut. Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab. "Allah Subhana wa Ta'ala akan membangkitkan mereka bersama dengan para Nabi dan ulama".
Semoga Allah Subhana wa Ta'ala mengampuni kesalahan - kesalahan kita dan dengan kemurahan dan kasih sayangNya, Dia akan memasukkan kita ke dalam golongan hambaNya yang soleh. Kurniaan ini adalah tidak mustahil memandangkan kedudukan Allah Subhana wa Ta'ala Yang Maha Pemurah. Saya merayukepadapara pembaca dengan perasaan rendah diri supaya berdoa untuk saya yang lemah ini.
'Dan tidak ada taufiq bagiku melainkan dengan pertolongan Allah, Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepadaNyalah aku kembali'
(Hud : 88)