Jumaat, 26 Disember 2008

ini ada satu perkongsian yang sangat berguna.

Hati tergerak untuk berkongsi dengan saudara - saudara ku tercinta mengenai perkara ini kerana bagi ku ini adalah sangat penting. (aku pernah melihat sebuah klip video di hp kawan mengenai mayat yang di post mortem.walaupun dah jadi mayat,tergambar keseksaan di wajah mayat itu.di belah sana.di kopek sini.seksa tau!!!!)

Bayangkan, anda di bilik mayat, ahli keluarga meninggal dunia akibat serangan asma sewaktu tiba di hospital.

Ini kata doktor ..“I want to do a post mortem, whatever it takes”

Doktor itu pula warga asing dari India, langsung tidak memahami budaya tempatan apatah lagi selok belok tuntutan agama Islam.

Pada masa sama semua ahli keluarga berada dalam keadaan tertekan. Tetapi ada berbisik ..“Arwah meninggal sebab asma. Tak boleh ke kalau tak payah post mortem? Bukan apa, siksa mayat”

Pasti kemudian ada di kalangan ahli keluarga bertanya ..

“Boleh ke?”

Jika kematian tidak membabitkan perlakuan jenayah, masih ramai menganggap doktor memiliki kata putus muktamad samada mayat perlu dibedah atau tidak. Sedangkan tanggapan itu tidak benar.

Waris atau keluarga boleh menjadi antara penentu tindakan.

Caranya?

Biar saya jelaskan kepada anda semua.

1. Pergi ke balai polis terdekat dan buat satu laporan bertulis.

2. Nyatakan dalam laporan itu, si mati meninggal akibat asma.

3. Antara ayat perlu dicatat ..‘Pihak keluarga bertangungjawab sepenuhnya jika timbul sebarang persoalan berhubung kematian itu di masa akan datang’

4. Pihak polis mengkategorikan kes di bawah SDR, ‘sudden death report’ atau mati mengejut sekaligus pegawai penyiasat, IO dilantik.

5. IO akan bertemu pihak hospital atau lebih spesifik doktor dan memaklumkan bedah siasat tidak perlu dilakukan. Maksudnya, keputusan itu hak polis bukan hak doktor.

6. Sekaligus keluarga dibenarkan membawa pulang jenazah tanpa sebarang masalah.

Sebar - sebarkan. (semoga bermenfaat untuk kita semua dan menjadi sumber pahala buat encik Mazidul.amin)

di petik dari sini dengan sedikit penambahan. (aku pandai - pandai letak nombor.hehe)

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erkkkk adakah doctor tu mmg saje2 jek nk buat post mortem?
dia tade keje lain ke >_<

EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR berkata...

asalmualaikum...skrng mmg mcm2......mmg dktor pelik huhuhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

Nice article. Kalau meninggal biasa-biasa tak pe la tak perlu pos-motem, tapi kalau ada kelainan je cara mati, lebih baik buat pos motem tu.

morsmode berkata...

orang dah cakap asma
asma je la.
haish.
xde keje la tuh.
kan kan.

amin berkata...

thanks for the info...

Azean Azman berkata...

Info berguna untuk kes2 emergency masa depan..

Ladyship Atie berkata...

;)

Tujuh Kaki Dalam berkata...

sootsprite
-----------------------------------
doktor selagi boleh memang dorang nak post mortem je.


epal
-----------------------------------
wa'alaikumussalam.bukan doktor pelik tapi memang prosudernya begitu.selagi boleh memnag diorng akan buat post mortem.


rantong
-----------------------------------
sebab tu kita kena alert benda-benda mcm nih.


matadore
-----------------------------------
kita kena pastikan dgn cara yang betul.baru doktor tu tak wat post mortem.biasa kes2 jenayah baru la sesuai untuk post mortem.tapi seeloknya takyah la kan?seksa mayat je.


amin
-----------------------------------
jutaan terima kasih buat abang mazidul sidek.


UnaChenta
-----------------------------------
betul tu Una.sekurang-kurangnya kita tau apa perlu di buat nanti.


Mardhiati Muhammad Jamili(betul ke saya taip ni?)
-----------------------------------
:D

Sila klik selagi Halal