sila amalkan apa yang tertulis di bawah ini :
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut :
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini? Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.
Selanjutnya boleh baca di sini.
4 ulasan:
majlis yg dimaksud kan tu macam mana ek fren...semua majlis ker??
zianazone
-----------------------------------
yup.
semua jenis majlis.
malah selepas berbicara dgn sesiapapun boleh.
semua hal dan perbuatan kan TKD..? dr hal terkecil sampai hal terbesar kan TKD..? dr yg penting sampai yg tak penting kan TKD..?
tp apesal ek TKD, diri ni slalu lupa..? mintak tips sikit kat TKD supy slalu ingat..
Ummu Solehah Muhammad
-----------------------------------
betul tuh cik solehah.sebaiknya begitulah.amalkan.
dalam doa itu ada tasbih.ada kalimah hak dan ada istighfar.
diri ini lagilah selalu alpa.
tapi org-org alim bgtau nak mudah amal kena tahu fadhilat dan yang penting kena banyak ingat mati.
saya pun baru nak belajar-belajar.
sama-sama kita ya?
Catat Ulasan