Rabu, 29 April 2009

lihatlah



Nota untuk di lihat : lihatlah senyuman itu.lihatlah!betapa aku cemburu melihatnya..

Rabu, 22 April 2009

tanggungjawab



Frederic Kanoute



Mohamed Aboutreika

dan ramai lagi. sila klik di sini.

Nota penuh tanggungjawab (p)? : buatlah apa yang kamu suka selagi tidak mengundang murka Allah tetapi jgn lupa kerja kita sebagai hamba. Dakwah itu wajib bagi setiap jiwa yang punya syahadah!!

Sabtu, 11 April 2009

malam minggu


Assalamualaikum.

aku nak jemput semua lelaki - lelaki yang beriman untuk datang beramai-ramai ke Masjid Sri Petaling malam ini.

mari kita bersama-sama duduk dan memikirkan iman milik kita dan amal bekal kita.

nanti para malaikat akan mendoakan semua yg duduk dalam majlis membesar-besarkan Allah.

bukan setakat dosa-dosa kita Allah akan ampunkan malah dosa-dosa kedua org tua kita juga akan di ampunkan.

apa lagi.

mai la!

Nota malam minggu : InsyaAllah aku akan ada kat sana tapi taklah pakai "niqob" tutup muka.

Isnin, 6 April 2009

terjun

ini bukan pasal terjun tiruk, atau sukan terjun olimpik tu.

bayangkan..

seorang anak yang memanjat pokok di belakang rumahnya.pokok mangga besar sikit.ni pasal teruja tengok buah mangga yang bergantung-gantunga di atas pokok (apsal kau tak lempar je wahai anak oi).dgn gigih si anak memanjat dan akhirnya sampailah dia di dahan yang paling tinggi.rupanya si anak tidak sedar bawaha dia gayat panjat pokok tinggi-tinggi.hanya setelah berada di puncak dahan pokok yang tertinggi baru si anak menyedari.maka cuaklah si anak di dahan pokok yang paling tinggi itu.menjeritlah si anak memanggil ayahnya di dalam rumah.

sang ayah yang sedang asyik membaca surat khabar sambil melayan segelas kopi di kala petang terkejut mendengar suara jeritan si anak tadi.bergegas si ayah keluar terkocoh-kocoh.

oh!rupanya anak aku "tersangkut" di atas dahan pokok yang paling tinggi (kakaka.ikut perangai siapalah si anak ini).

maka si ayah menyuruh anaknya terjun agar dapat si aya menyambutnya dengan selamat.dan sudah pasti si ayah akan memastikan si anak di sambut dgn selamat,cemerlang dan gemilang tanpa sebarang kecederaan atau cacat cela kerana betapa kasih dan sayangnya si ayah kepada anaknya itu.si anak masih cuak di atas dahan itu untuk terjun tapi si ayah tidak putus asa untuk memujuk dgn kata-kata semangat dan janji untuk meyakinkan si ana bahawa dia akan selamat nanti.da suda pasti kata-kata dan janji si ayah itu aka di tunaikannya.siapa yg tak sayang anak.

Wahai ummat!!

Begitulah juga Allah. Allah tidak akan mensia-siakan hamba-hambaNya yang "terjun" sepenuh jiwa dan raga dalam kerja usaha agama yang sangat mulia ini.

Dengan kasih dan sayangnya pasti dan pasti Dia akan menjaga dan memelihara hamba-hambaNya (yang sepenuh jiwa dan raga buat kerja usaha agama yang sangat mulia ini) dgn segala janji-janjiNya yang sudah pasti dan pasti tidak akan termungkiri.

Kerana Dialah Allah.

Tuhan yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi.

Tuhan yang memiliki alam semesta.

Tuhan yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Terjunlah dengan penuh yakin dan jangan pernah ragu wahai ummat!

Sila klik selagi Halal