Sabtu, 22 Mei 2010

Tolong! Pencuri!




tanpa kita sedar, banyak pencuri di sekitar kita. saya tidak bercakap tentang pencuri harta benda. tetapi pencuri benda-benda yang invisible (tak nampak).

belajar bekerja mengajar saya macam-macam. terutama bagaimana mahu mengaplikasi cara khalifah umar yang mengasingkan kegunaan minyak untuk pentadbiran negara dan peribadi. sewaktu saya mahu menggunakan pen kampeni untuk menulis aktiviti belajar bekerja, saya jadi terkedu mengingatkan kisah umar dan anaknya.

begitu juga penggunaan internet di kampeni tersebut. yang dapat saya akses di sana ketika waktu rehat hanyalah twitter dan email (yang lain kena block!). tetapi kini ia menghantui saya! boleh kah? saya tidak mahu mencuri.

harta tempat kita bekerja, tambah-tambah harta kerajaan, adalah milik rakyat... mampukah kita mengunjungi setiap warga malaysia yang membayar cukai demi mendapatkan status halal? bila ia adalah milik pelanggan, bagaimana pula? mampu kah kita menjejaki setiap pelanggan? huh, dengan jadi pekerja, kita sudah mencuri.

belum lagi bercerita hal mencuri masa bekerja dengan berehat. saya teringat ketika bekerja di kafe siber... di sana, saya tidak dihalang menggunakan internet untuk tujuan peribadi. asalkan saya tidak mengabaikan tugas saya menyantuni pelanggan. saya memang biasa bekerja di front-line.

saya rasa tentang harta benda pejabat, semua pun jelas... tak boleh ambil untuk tujuan peribadi, apatah lagi untuk digunakan untuk anak-anak mahupun diberi kepada kerabat lain. inikan pula tender-tender projek! sumber pendapatan adalah perkara yang mesti dititik beratkan kerana ia akan jadi darah daging. ya, kalaupun bukan keturunan pencuri tapi makan hasil 'curian invisible', jangan hairan nanti ada keturunan jadi pencuri.

hal jadi jujur ini juga boleh diambil dari kisah gadis penjual susu dengan ibunya. dari keturunannya lah lahir zuriat yang hebat yang kita kenal sebagai khalifah umar abdul aziz. biarpun hanya 2 tahun setengah memerintah, rakyat dibawah naungannya tidak ada yang layak menerima zakat!

tapi, kamu jangan pula dengki dengan orang yang dibayar untuk duduk menunggu aduan! nampak macam makan gaji buta, tapi kalau dah tak ada orang mengadu dan kerja sampingan yang lain selesai, nak buat apa lagi, ye dok?

ihsan dari Kembara Memburu Syahid

Sila klik selagi Halal