Khamis, 4 Ogos 2011

Sempena bulan mulia setahun sekali datang ni...



Marilah kita bersama-sama memanfaatkannya sebaik mungkin, semaksima mungkin dan semampu yang mungkin.

Di antara ibadah-ibadah yang di khususkan hanya ada di dalam bulan yang mulia ini maka kita sempurnakan sebaik-baiknya akan tetapi janganlah di abai kefardhuan yang lain. Ini kerana keutamaan berpuasa terletak di nombor ketiga selepas Solat dan Iman.

Maka marilah kita memperbaiki dan menyempurnakan Iman kita, Solat kita, Puasa kita (dan nanti Zakat kita). Dan di samping itu, marilah kita menjaga amalan-amalan sunnah yang khusus ada di dalam Ramadhan dan yang ada di sepanjang tahun.

Marilah kita;

1. Jangan mensyirikkan Allah dalam apa jua keadaan, amalan dan suasana apatah lagi di Ramadhan yang mulia ini dan perbanyakkan bercerita tentang hebatnya Allah Ta'ala, perbanyakkan bercerita tentang hebatnya Allah Ta'ala dan perbanyakkan bercerita tentang hebatnya Allah Ta'ala. (Time lapar dan haus jangan ingat makanan dan minuman untuk hilangkan dahaga dan lapar kita tapi ingatlah Allah. Ini antara masanya untuk kita mendidik iman kita)

2. Jangan sampai kita terleka dalam menjaga kefardhuan Solat dalam kita menjaga Solat-Solat sunat yang ada. (Terutamanya takbiratul ula bersama imam)

3. Jaga Puasa kita sebaik-baiknya. (Dari segi lapar dahaganya, matanya, mulutnya, fikirannya, tangan dan kakinya, hatinya, telinganya dan zahir batinnya)

4. Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat selain dari yang fardhu (mengaji Quran, solat-solat sunat, sadaqah, sahur, awalkan berbuka dan banyak lagi)

Dan kita lakukan semua ini semata-mata kerana kita adalah hambaNya dan tiada selain dari mengharapkan keredhaanNya jua.


Nota lapar : Sebelum berbuka letih, selepas berbuka puuuun letih..

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432 Hijrah



"Hai orang - orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang - orang sebelummu, agar kamu bertaqwa"

(al-Baqarah:183)



Daripada Abu Hurairah r.anhu, daripada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." (Hadith riwayat an-Nasa'i, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)

Sila klik selagi Halal