hartamu kaya,
tapi dirimu papa.
rumahmu besar,
tapi hatimu hanya selembar.
keretamu mewah,
tapi nilaimu murah.
pangkatmu tinggi,
tapi jiwamu begini sendiri.
-----------------------------------------------------------------------
hartamu sekadarnya,
tapi dirimu tetap bersyukur atas segala ada.
rumahmu secukup ruang,
tapi hatimu tak pernah kurang.
keretamu tiada,
tapi nilaimu berada.
kerjamu di bawah,
tapi jiwamu tidak terkalah.
point : apa dunia itu penting sangatkah?ugh!
6 ulasan:
reality! sungguh tajam tp itu harus supaya ada perasaan sedar!
hanya manusia.
pelupa.
aku hanya mahu darjat yang Allah suka.
tidak mahu yang lain-lain.
Ummu Solehah Muhammad
-----------------------------------
hari-hari jumpa manusia sebegini.
matadore
-----------------------------------
andai itu cita-citamu maka berhati-hati dgn dunia.
:)
dunia itu kejam,
kita sentiasa boleh 7 mampu untuk berkata,"aku tidak mahu dunia!"
namun hakikatnya, dunia itu kejam.seringkali kita dikaburi oleh perihal dunia.
tidak begitu?.
apapun, Allah ada jawapannya.
tidak perlu banyak bicara, cuma hanya dekati Allah dan Rasulullah.
InsyaAllah, kita selamat.
May Allah bless us.
sentiasalah aku dan sahabat sahabat sekelian didalam perlindunganNya, rahmatanNya, keredhaanNya serta kasihNya.... amin
KHAZINATUL ASRAR
-----------------------------------
ramai yang masih belum sedar yang dunia akan di tinggalkan.
dan dunia akan hancur juga nanti!
zamrie
-----------------------------------
amin ya Allah.
Catat Ulasan