Dari Anas bin Nadzr al-Asyja'i beliau bercerita;
"Suatu malam ibu seorang sahabat iaitu Hazrat Ibnu Mas'ud r.a meminta air minum kepada anaknya. setelah Hazrat Ibnu Mas'ud r.a datang membawa air minum, ternyata si ibu sudah tertidur. Akhirnya Hazrat Ibnu Mas'ud r.a berdiri berhampiran kepala ibunya sambil memegang wadah berisi air tersebut hingga pagi." (Di ambil dari kitab Birrul Walidain, karya Ibnu Jauzi)
Muhammad bin Sirin rah. mengatakan,
"Pada masa pemerintahan Saidina Usman bin Affan r.a, harga sebuah pohon kurma mencecah seribu dirham. Meskipun demikian, Hazrat Usamah bin Zaid r.a membeli sebatang pokok kurma lalu memotong dan mengambil jamarnya (bahagian batang kurma yang berwarna putih yang berada di jantung pohon kurma). Jamar tersebut lantas di hidangkan kepada ibunya. Melihat tindakan Usamah bin Zaid r.a, ramai sahabat yang berkata kepadanya, "Mengapa engkau berbuat demikian, padahal engkau mengetahui bahawa harga sebatang pokok kurma itu seribu dirham".
Beliau menjawab, "Kerana ibuku meminta jamar pohon kurma, dan tidaklah ibuku meminta sesuatu kepadaku yang mampu ku berikan pasti ku berikan". (Di ambil dari Shifatush Shafwah)
Suatu hari, Hazrat Ibnu Umar r.a melihat seorang yang sedang menggendong ibunya sambil bertawaf mengelilingi ka'abah. Orang tersebut lalu berkata kepada Ibnu Umar r.a, "Wahai Ibnu Umar, menurut pendapatmu apakah aku sudah membalas kebaikan ibuku?"
Hazrat Ibnu Umar menjawab,"Belum, meskipun sekadar satu erangan ibumu ketika melahirkanmu. Akan tetapi engkau sudah berbuat baik. Allah Ta'ala akan memberikan balasan yang banyak kepadamu terhadap sedikit amal yang engkau lakukan". (Di ambil dari kitab al-Kabair karya adz-Dzahabi)
The Very Main Point is : Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu!
3 ulasan:
benar syurga itu dibawah telapak kaki ibu dan syurga ibu dibawah telapak kaki ayah...
zamrie
----------------------
betol tu zam.
syurga sang isteri di dalam keredhaan sang suaminya.
:)
Salam...add la my blog...http://wirapendang.blogspot.com/
Catat Ulasan