Sabtu, 29 November 2008

terlena dalam sedih, terjaga dalam kecewa..

fuh dasat aku nye tajuk untuk entry ini.


ini kisah pasal sedih.


ini kisah pasal kecewa.



sampai bila nak berendam air mata.



sampai bila nak berluka berdarah?



kecewa? sedih yang amat? kehilangan?

Fuh. Hanya Allah yang tahu mcm mana rasanya. Tapi semua itukan proses kehidupan. Proses kematangan. Ujian tetap akan datang. Siapa manusia di dunia ini yang tidak di datangkan dgn ujian? Sila angkat tangan kiri!! Takde kan? Bukan ujian yang menjadi hal tetapi bagaimana kita sebagai hambaNya menghadapi ujian2 dariNya yang menjadi hal sebenarnya.



Nak menghadapi dgn sikap seorang hamba atau bagaimana? Sendiri fikir. Sendiri ingat.



no manufacturer in this world create locks without a keys.



Begitu jugalah dgn Allah Ta'ala. Tidak di dtgkan masalah itu tanpa jalan penyelesaian cuma kita mungkin buta dalam melihat itu.

Sehingga suatu hari kita sedar."Oh!betapa hebat Engkau ya Allah.ini rupanya yang aku dapat dr ujianMu". Maka bersyukurlah dan bertaubat.



Ujian bukan untuk menyebabkan kita lemah tetapi ujian itu untuk kita menjadi lebih kuat dan matang! Berfikir dan bertafakkur. Muhasabah diri.



Cuma bila kita di uji kita mula buat keje bodoh ha tang tu yang masalah tu. Kita pi cari penyelesaian bukan dari Dia yang bagi ujian kat kita. Dia bagi masalah Dia juga bagi jalan penyelesaiannya.



Papehal pon, dalam kita menempuh ujian paling penting sekali yang perlu kita cari pertama-tamanya ialah Dia. Bukan boifren, bukan mak, bukan bapak, bukan abang, bukan kakak malah bukan siapa-siapa



Tetapi datanglah mencari Allah Ta'ala.



Tempuhilah ujian2 dgn sabar dan redha. (bukan dgn carut2 dan maki2.ah!mcm aku je.hua hua)



Dan kita sebagai orang Islam hadapilah ujian dgn perbanyakkan zikir : Lahau la wala quwwata illa billah.



Berhentilah bersedih.



kerana jalan hidup kita belum berakhirkan?





:)






Pointnya : "bangkit, sedar, seirama, meluruskan rentak safnya" (he he)

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ahaha
aku blhe relate post ko ni ngn emo aku kt blog :P
hahaha
anyway, thanks for the nice comment~
really appreciate it
heeee

Ziarah76 berkata...

ujian tuh...

Solehah Muhammad berkata...

sabar..

Tujuh Kaki Dalam berkata...

sootsprite
-----------------------------
suatu hari nanti aku nak tgok blog kau jadi perfectionist!


mutakalim
-----------------------------
benar tuan.


Ummu Solehah Muhammad
-----------------------------
itulah yang sebaiknya.

zamrie berkata...

tujuhkakidalam, assalammualaikom sahabat, memang menarik post kali nii hahahaha betapa kita sering lupa bila kita dalam kepayahan dan kesusahan, Allah lah tempatnya kita segalanya. Tiada tuhan melainkan ia Allah yang maha berkuasa.

Tujuh Kaki Dalam berkata...

zamrie
-------------------------
kita paling senang lupa Allah bila kita dalam ujian kesenangan.

kan?

susudalambotol berkata...

Allah uji kita setimpal dgn tahap kesabaran kita ;)

Tujuh Kaki Dalam berkata...

susudalambotol
----------------------------
ia betul.

kengkadang kita lupa hakikat yg satu itu.

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya betul, mana manusia tidak didatangi ujian. akan tetapi manusia sering lupa dari mana mereka datang, dari ujian mana yg menjayakan mereka. mereka lupa ujian itu mematangkan mereka, mereka lupa mereka pernah ada dibawah. mereka pernah terlintas untuk membantu? mungkin bukan dari segi harta akan tetapi dari segi ilmu. kedekut umpama ilmu itu mereka yg punya. jadilah insan yg adil. bantu membantu menjayakan smua ummat. jgn blagak sombong kelak satu hari pasti terbalas. aku memohon maaf jika komen aku ini menikam mana mana pihak. ingatlah, Allah itu maha adil.

Tujuh Kaki Dalam berkata...

Tanpa Nama
-----------------------------------
sesiapa yang tertikam sila ke hospital berdekatan.

:D

Sila klik selagi Halal