Sabtu, 29 November 2008

terlena dalam sedih, terjaga dalam kecewa..

fuh dasat aku nye tajuk untuk entry ini.


ini kisah pasal sedih.


ini kisah pasal kecewa.



sampai bila nak berendam air mata.



sampai bila nak berluka berdarah?



kecewa? sedih yang amat? kehilangan?

Fuh. Hanya Allah yang tahu mcm mana rasanya. Tapi semua itukan proses kehidupan. Proses kematangan. Ujian tetap akan datang. Siapa manusia di dunia ini yang tidak di datangkan dgn ujian? Sila angkat tangan kiri!! Takde kan? Bukan ujian yang menjadi hal tetapi bagaimana kita sebagai hambaNya menghadapi ujian2 dariNya yang menjadi hal sebenarnya.



Nak menghadapi dgn sikap seorang hamba atau bagaimana? Sendiri fikir. Sendiri ingat.



no manufacturer in this world create locks without a keys.



Begitu jugalah dgn Allah Ta'ala. Tidak di dtgkan masalah itu tanpa jalan penyelesaian cuma kita mungkin buta dalam melihat itu.

Sehingga suatu hari kita sedar."Oh!betapa hebat Engkau ya Allah.ini rupanya yang aku dapat dr ujianMu". Maka bersyukurlah dan bertaubat.



Ujian bukan untuk menyebabkan kita lemah tetapi ujian itu untuk kita menjadi lebih kuat dan matang! Berfikir dan bertafakkur. Muhasabah diri.



Cuma bila kita di uji kita mula buat keje bodoh ha tang tu yang masalah tu. Kita pi cari penyelesaian bukan dari Dia yang bagi ujian kat kita. Dia bagi masalah Dia juga bagi jalan penyelesaiannya.



Papehal pon, dalam kita menempuh ujian paling penting sekali yang perlu kita cari pertama-tamanya ialah Dia. Bukan boifren, bukan mak, bukan bapak, bukan abang, bukan kakak malah bukan siapa-siapa



Tetapi datanglah mencari Allah Ta'ala.



Tempuhilah ujian2 dgn sabar dan redha. (bukan dgn carut2 dan maki2.ah!mcm aku je.hua hua)



Dan kita sebagai orang Islam hadapilah ujian dgn perbanyakkan zikir : Lahau la wala quwwata illa billah.



Berhentilah bersedih.



kerana jalan hidup kita belum berakhirkan?





:)






Pointnya : "bangkit, sedar, seirama, meluruskan rentak safnya" (he he)

Jumaat, 28 November 2008

mungkin agak terlewat yang amat tapi layaaan!

adakah kita tersilap letak "kotak" sensitif kita?

sama-sama muhasabah diri.

Rabu, 26 November 2008

satu hari semua ada dua puluh empat jam yang sama!

Sesungguhnya Allah yang Maha Hebat telah menetapkan ke atas setiap manusia dan makhluk sehari semalam hanya ada dua puluh empat jam.

tidak kurang malah tidak juga lebih.

setiap orang sama.

setiap orang ada modal masa yang sama.

bila Allah memberkati nikmat masa ke atas seseorg maka org itu akan terasa masanya sgt berharga dan cukup malah kengkadang terasa ada lebihan dalam dua puluh empat jam itu.

dan

bila Allah menarik nikmat masa ke atas seseorang maka dia org itu akan terasa masanya berlalu dgn cepat dan sia2 malah masanya di habiskan begitu saja tanpa ada rasa kesal (mcm aku la.huhu)

cuma menjadi masalahnya ialah bila kita tidak tahu menghargai setiap saat yang Allah anugerahkan kepada kita.


setiap saat yang berlalu tidak akan kembali.

setiap saat yang berlalu akan di tanya nanti.

setiap saat yang berlalu akan memberi kesan terhadap alam dan akhirat kita nanti.

kita boleh sgt kecewa bila kita kehilangan sesuatu yg berharga tetapi pernahkah kita kecewa dgn kehilangan masa dengan sia-sia?

hari ini kita banyak habiskan masa kita dgn bekerja.

hari ini kita banyak habiskan masa kita dgn hobi kita.

hari ini kita banyak habiskan masa kita dgn dunia.

dan bagaimana pula masa kita untuk Allah?

pernahkah kita (sebenarnya ayat ni kene jadi begini; "pernahkah aku?") congak dalam sehari berapa banyak masa kita khususkan untuk mengaji?untuk berzikir?untuk bercerita kebesaran Allah?

pernahkah kita terdetik..

"oh!banyaknye aku habiskan masa untuk dunia aku"

"oh!sikitnya aku korban masa aku untuk akhirat aku"

maka,

benarlah apa yang Allah telah bagitahu dalam kitab suci al-Quran dalam surah al-Asr.

malah Allah telah bersumpah dalam surah itu.

hanya sedikit dr kita yg mahu beringat (terutamanya aku!)

sila nikmati hidangan di bawah ini:

Sabtu, 22 November 2008

Mahabbah.



hadiah untuk diri sendiri.

nanti dah habes baca aku ulas sikit-sikit

(chewah.sejak bila aku jadi pengulas novel nih?)

Ini ada beberapa buah kisah ibu dan anak.

Dari Anas bin Nadzr al-Asyja'i beliau bercerita;

"Suatu malam ibu seorang sahabat iaitu Hazrat Ibnu Mas'ud r.a meminta air minum kepada anaknya. setelah Hazrat Ibnu Mas'ud r.a datang membawa air minum, ternyata si ibu sudah tertidur. Akhirnya Hazrat Ibnu Mas'ud r.a berdiri berhampiran kepala ibunya sambil memegang wadah berisi air tersebut hingga pagi." (Di ambil dari kitab Birrul Walidain, karya Ibnu Jauzi)


Muhammad bin Sirin rah. mengatakan,

"Pada masa pemerintahan Saidina Usman bin Affan r.a, harga sebuah pohon kurma mencecah seribu dirham. Meskipun demikian, Hazrat Usamah bin Zaid r.a membeli sebatang pokok kurma lalu memotong dan mengambil jamarnya (bahagian batang kurma yang berwarna putih yang berada di jantung pohon kurma). Jamar tersebut lantas di hidangkan kepada ibunya. Melihat tindakan Usamah bin Zaid r.a, ramai sahabat yang berkata kepadanya, "Mengapa engkau berbuat demikian, padahal engkau mengetahui bahawa harga sebatang pokok kurma itu seribu dirham".

Beliau menjawab, "Kerana ibuku meminta jamar pohon kurma, dan tidaklah ibuku meminta sesuatu kepadaku yang mampu ku berikan pasti ku berikan". (Di ambil dari Shifatush Shafwah)


Suatu hari, Hazrat Ibnu Umar r.a melihat seorang yang sedang menggendong ibunya sambil bertawaf mengelilingi ka'abah. Orang tersebut lalu berkata kepada Ibnu Umar r.a, "Wahai Ibnu Umar, menurut pendapatmu apakah aku sudah membalas kebaikan ibuku?"

Hazrat Ibnu Umar menjawab,"Belum, meskipun sekadar satu erangan ibumu ketika melahirkanmu. Akan tetapi engkau sudah berbuat baik. Allah Ta'ala akan memberikan balasan yang banyak kepadamu terhadap sedikit amal yang engkau lakukan". (Di ambil dari kitab al-Kabair karya adz-Dzahabi)

The Very Main Point is : Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu!

Isnin, 17 November 2008

kepada bakal isteri-isteri ku! (he he)

santapan ini adalah khas untuk bakal isteriku.. (siapalah beliau ya?)




bukanlah niat di hati beristeri dua.sebab ku tahu kemampuan ku setakat mana.cuma ku mahu sang isteri nanti paham apa yg nak di sampaikan oleh pasangan suami isteri yg di muliakan Allah ini. Ahaks! (kata seru gedik.ha ha)

pointnya : bila kau nak bernikah ni?

aku nak jadi yg paling cerdik!!

aku belajar-belajar nak jadi yang paling cerdik!

sebab tu aku suka cerita pasal kubur.

sebab tu aku suka cerita pasal mayat.

sebab tu aku suka cerita pasal gali liang lahad.

sebab tu aku suka cerita pasal jenazah.

dan sebab itu jugak aku suka cerita pasal mati!

kita tak lama ni saudara.

sekejap lagi kot!

pointnya : mati tak kira siapa tak kira masa tak kira mana.nak dtg,dtglah ia.

Jumaat, 14 November 2008

Oh!

saya ada dua belas draft yang masih belum di lancarkan lagi.

perasaan masih sibuk dengan hal2 dunia.

dunia dunia.

aku letih mengejarmu!


pointnya : lu pikir la sendiri (he he)

Rabu, 12 November 2008

saya bukan bodoh cuma saya malas.

mungkin juga boleh jadi mcm ni..

"saya bukan bodoh cuma saya slow"

atau..

"saya bukan bodoh cuma saya perlu usaha lebih dr biasa"

walau apa pun alasan dan sebabnya..

itu bukan alasan atau sebab untuk kau kata org bodoh!

atau..

itu bukan alasan atau sebab untuk kau gelakkan orang yang slow!

atau..

itu bukan alasan atau sebab untuk kau gelakkan orang yang perlu usaha lebih dari biasa!

atau..

kau memang sudah bersifat seperti iblis yang merasa diri lebih bagus dr nabi Adam a.s.

angkuh dan bongkak!

Pointnya : ko ingat kau sudah pandai?hey.ada lagi yang pandai dari kau.means kau masih bodohkan?

Selasa, 11 November 2008

aku cemburu!

hari ni kesibukan dalam urusan dunia membuatkan aku cemburu terhadap seorang teman.

ya! aku cemburukan dia!

di kala aku sedang sibuk menghabiskan masa ku di tempat kerja, dia sedang iktikaf di surau sana.

di kala aku pening memikirkan kerja, dia sedang sibuk memikirkan dosa pahala.

di kala aku sedang sibuk mengejar harta, dia senang bersolat dan berdoa.

aih.aku cemburu bebeno dgn ang sahabat.

hari ini sgt letih.

balik kerja serabut dgn dunia.

mengaji tak lagi.

zikir pon tak ter"fikir" di hati.

sepanjang hari kelam kabut memenuhi tuntutan dunia.

solat tak di awal waktu.

amalan sunat tak terjaga langsung.

sedangkan ku tahu sahabat ku itu senang dan tenang dalam menghadapi Tuhannya.

berwuduk dgn hati yg tenang.

beriktikaf menunggu waktu.

mengaji dan berzikir tidak perlu tergesa2.

tak mcm aku.

nak pi solat punyalah payah dgn suasana kerja.

berwuduk pun nak cepat2.

solat pun mcm tu la jugak.(harap2 Allah terimalah.semoga solatku tidak jadi mcm kain buruk di lempar ke muka.huhu.sia2)

nak berzikir?

nak mengaji?

huhu.

tunggu balik la jawabnya.

tapi ini semua alasan je.(sebab iman lemah)

bak kata org2 tua kita dulu kala..

"nak seribu daya.tak nak seribu dalih"

aduhai dunia.
aku letih mengejarmu

Pointnya : aku membebel tentang aku yang sibuk dgn dunia sehingga "letih" utk akhiratku

Sabtu, 8 November 2008

pagi pagi buta dah buta.

kedengaran azan subuh berkumandang hanya beberapa minit setelah aku bangkit dari tidur di tikar yang empuk..





oh.aku tidur di surau lagi rupanya.(ini merupakan satu langkah untuk menipu syaitan yang kuat menipu dari menipu aku dari terus terlena di buai hasutan syaitan yang kuat menghasut.almaklumlah iman aku lemah.hua hua)





bergegas aku membersihkan diri.berbekalkan baju yang sudah ku siapkan di dalam beg sandang berwarna coklat lusuh,aku sudah bersedia untuk takbiratul ula.




dengan penuh pngharapan aku solat dalam sepenuh konsentrasi yang mungkin walau dalam hati ade gak terlintas.."erksempat ke aku nak kejar transport ni?hmm.imamnye pun ok ni.baca tak lambat sgt" abes aku punya peratus khusyuk.hua hua.



rukuk,sujud,duduk tahiyyat dan setiap rukun aku cuba sempurnakan sesempurna mungkin. walau ku tahu memang takkan pernah sempurna.huhu.



selepas salam aku zikir secukupnya.nak cepat!(ni yang aku malas bila keje pagi.kelam kabut lepas habes solat.duh!)



selepas berdoa terasa diri dah "bersih".rase clean je.hua hua.



maka aku lekas bergegas.



dalam ke samaran subuh aku pon pi la ke destinasi awal pagi aku tu.. Bus Stop Motorola federal Highway.



langlah demi langkah aku cepatkan.



argh!!



tiba - tiba!!!!!!!



satu pemandangan yang mencemar ke"bersih"an yang aku rasa lepas solat tadi.kemain akak tu pakai.ketatnyeeeeeeeeeeee!!cepat2 aku alih pandangan.



dan!!!



satu lagi!!!di hadapan sana.adoi!!!pening aku.awal2 pagi dah di hidang dgn sajian "bergetah"!



ape dah takde ke baju yanglonggar2 nak pakai?ta pon pakai le lepas aku lalu kawasan ko ke?



aku awal2 dah agak dah hari ni mesti banyak ujian untuk mata aku ni!.



peningla dgn korang2 yang pakai ketat2 ni.dah tu bertudung plak tuh.alang2 korang dah bertudung cubalah sempurnakan.jgnla "hidang"kan begitu sahaja daging2 yang tak sepatutnya.



ish.malas aku nak ulas.cuma yang jadi masalahnya tu la.org2 bujang mcm aku ni.ujian tang begini la selalunya buat aku sedih.org bujang beb!paham2 la.



kengkadang korang la penyebab anak2 kecil jadi mangsa rogol.



lelaki2 yang dah tak tahan akan menjadikan anak2 yg tak berdosa dan tatau apa sebagai mangsa!!



tak ke zalim mcm tu?korang yang bagi diorng stim tapi org lain yang jadi mangsa!!



argh! malas aku nak berleter.



tu baru awal pagi.



belum masuk tengahhari.



belum hujung minggu.



belum pegi shopping center apatah lagi klcc.



belum malam dinihari.



fuh!



memang banyak dugaan hidup di akhir zaman ini.



maka aku berazam untuk lekas bernikah!



(ahahahahahaha! ialah tu!)



pointnya : aku membebel pasal orang pakai seksi. pasal orang pakai tudung tapi pakai ketat.

Jumaat, 7 November 2008

Assalamualaikum

Bismillah.



Aha. akibat banyak sangat baca blog orang maka dengan rasminya aku sendiri pun nak memblog.

Ini merupakan entry yang pertama.

Dan benda paling aku tak suka bila nak memblog ialah bila masa nak taip semua benda dalam kepala hilang dan blur. ish ish ish.


Aku masih blur nak letak apa tapi insyaAllah nanti kemudian hari taulah nak letak apa.

Ada banyak perkara untuk aku sendiri ingat. Aku buat blog untuk aku letak segala isi kepala dan isi hati agar dapat aku sendiri baca dan ambil pengajaran sebab aku ni seorang pelupa dan sering buat benda salah yang sama banyak kali.

InsyaAllah semoga dengan adanya catitan,coretan dan bebelan sendiri di blog ini aku tak buat salah yang sama dua tiga empat lima dan banyak kali.

Dan menjadi ingatan buat aku dan siapa-siapa yang nak ambil pengajaran.

InsyaAllah.

Sila klik selagi Halal