Sabtu, 10 Januari 2009

ini untukmu dari ku dengan penuh rasa cinta




berderai airmatamu,
kering..

tapi deritamu tidak pernah hilang jua,
sakitnya bertambah bernanah.

bumimu bersimbah darah dan keringat,
yang kau hambur dengan penuh rasa ehsan.

di sana saudaramu terbujur kaku,
bersama senyum indah di wajah lesunya yang berseri-seri itu.
(untuk itu aku sgt2 cemburu)

saudaraku,
kita tidak pernah bersua muka,
tapi bersatu kita di dalam jiwa.

ku rindu ikhwan antara kita,
walau berhubung hanya melalui doa.

deritamu tidak seorang merasa,
aku juga terperuk dengan rasa merundum jiwa.

saudaraku,
yakinlah janji-janji Allah.

sesungguhnya kau berada di medan penuh bahagia,
medan yang di cari-cari pencinta Robbi.

walau deritamu jenuh di mataku,
ku tahu nilai dirimu di sisi Allahu ta'ala robbi.

saudaraku,
ini untuk mu dari ku dengan penuh rasa cinta.

yang jauh di sana..

di tanah Palestine suci.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
(updated)
di sini ingin saya menyeru sekalian saudara-saudara seagamaku agar tatkala saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang di ganyang teruk, kita yang jauh di sini ayuh! MARILAH kita tingkatkan kualiti amal kita dan buat kerja yang telah Allah pertanggungjawabkan ke atas kita dengan sepenuh hati!
semoga dengan usaha kita yang amat sedikit itu akan menjadi asbab untuk menarik perhatian dan bantuan daripada Allah yang maha berkuasa ke atas tujuh petala lanigit dan tujuh petala bumi ini.
apalah guna kita melaung marah andai solat kita terbiar "usang" dan "buruk".
apalah guna kita terjerit terlolong mengutuk sang durjana Israel andai mulut itu tidak berkumat mengajak ummat mengingatiNya.
apalah guna kita memboikot barangan mereka andai kita turut mem"boikot" al-Quran kitab suci kita.
apalah guna kita berhimpun tunjuk perasaan marah terhadap algojo kafir itu andai di sepertiga malam kita tidak melakukan benda yang sama di "hadapan" Allah.
maka sekali lagi saya pemilik blog Tujuh Kaki Dalam ini menyeru sekalian ummat agar sama-sama bangun dan kita perbaiki tahap kualiti amal kita agar dengan usaha yang sedikit itu akan menarik perhatian dan nusrah Allah Azza wa Jalla.
InsyaAllah Ta'ala.
Amin.

5 ulasan:

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) berkata...

ya Allah selamatkan palestine....
ihzimkum kaumal karirin wa la'natal alaihim...

Solehah Muhammad berkata...

boikot produk israel dengan tetap akan menjatuhkan ekonomi mereka. mulai pelahan2 dan dari sekarang.

PIANED berkata...

Tuhan dulu masih sama dengan tuhan hari ini dan akan kekal sama sampai bila2...iaitu Allah ta'ala...dan DIA berkehendakkan dari hambanya perkara yang sama dan DIA akan menurunkan nusrah dengan perkara yang sama...yakin lah nusrah Allah adalah dalam cara Nabi saw...

Jika kita tidak mahu di tindas...
jika kita tidak mahu di perlekehkan...
jika kita tidak mahu di hina...
jika!!!!!maka!!!!!laksanakan tanggungjawab kita kepada Allah barulah Allah mempermudahkan untuk kamu jalan...

kartini berkata...

very impressive. ayuh! bersama2 berjuang untuk saudara kita.. for the sake of islam.. Allahu akbar!

Tujuh Kaki Dalam berkata...

ukhti sajidaLillah
-----------------------------------
amin.


Ummu Solehah Muhammad
-----------------------------------
sekarang ni pun ekonomi mereka sedang tenat.hikmahnya,bajet perbelanjaan perang mereka tak dapat nak "topup".


Pianed
-----------------------------------
benar!

semoga kita lekas sedar dan terjun sepenuhnya daam usaha atas iman dan amal.


srikandi
-----------------------------------
dan jangan lupa doa hidayat seluruh alam.

Sila klik selagi Halal