Khamis, 29 Januari 2009

anjing!


Gambar di ambil dari blog ini

Semenjak aku mula membaca blog akak ini. Sedikit sebanyak persepsi aku tentang anjing berubah. Aku mula mengkaji semula rasional pemikiran aku selama ini tentang anjing. Antara taboo dan hakikat sebenar yang di ingini oleh agama dalam melayan makhluk Allah yang satu ini.

Memang ada pro dan kontranya mengenai isu anjing ini. Dan yang lebih penting lagi ialah bagaimana sebenarnya yang agama kita hendakkan kita melayan makhluk-makhluk Allah yang bernama binatang ini. Kita yang Allah telah ciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan sudah tentu punya tanggungjawab dalam menjaga keharmonian alam dan juga segala makhluk ciptaan Allah yg di udara, di darat mahupun di dalam laut kerana kita adalah khalifah di muka bumi ini.

Jadi persoalannya ialah apakah selama ini (pemikiran kita sebagai masyarakat Islam Melayu) dengan didikan pemikiran dan pemahaman mengenai anjing (terutamanya) sudah selari dengan tuntutan agama kita dalam melayani makhluk yang satu ini?

Ini kerana sepemahaman ku selama ini bila berkata tentang anjing perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah "haram" dan "jangan sentuh", "lari" dan "takut" serta "kang aku kena samak plak.leceh". Asbab dari pemikiran seperti ini menyebabkan ramai saudara-saudara kita di luar sana yang tidak suka langsung (malah tidak kurang juga yang membenci) dengan anjing. Dan tidak kurang juga ada yang bukan sekadar tidak suka malah berlaku kasar dengan anjing (padahal anjing tu nak tumpang lalu je. Habis teruk kena lempar sampai berdarah cacat).

Se"haram" mana pun anjing itu di mata masyarakat Islam Melayu kebanyakkannya adakah itu menjadi alasan kita untuk berlaku zalim terhadap makhluk ciptaan Allah itu?

Sedangkan kita sebagai ummat Islam sudah pasti di didik oleh ajaran suci kita untuk mempunyai akhlak yang lebih mulia daripada mana-mana manusia di dunia ini yang tidak menganuti Islam.

Bukankah ada cerita mengenai anjing dan pelacur? bukankah agama kita membenarkan memakan hasil buruan yang telah di bunuh oleh anjing buruan? (huraian pasal ni sila tanya ustaz ye.aku bukan ustaz).

Kesimpulannya yang boleh di simpulkan oleh benak akal ku yang bukan ustaz ini ialah walaupun ada pro dan kontra dalam keharaman anjing ini di sisi hukum agama (timbul perbezaan pendapat dr ulama-ulama muktabar.untuk lanjut sila tanya ustaz, alim, ulama.saya tak tahu nak hujjah mcm mana.ilmu kurang) bukanlah menjadi alasan untuk kita berlaku kasar apatah lagi berlaku zalim terhadap anjing-anjing yang ada di muka bumi ini (kecuali kes-kes tertentu tapi dalam situasi kes-kes tertentu itu pun kita tak boleh berlaku zalim dalam menjatuhkan keputusan).

Allah telah muliakan anjing dalam kisah ash-habul kahfi. Anjing itu bernama Qitmir. Malah Allah telah janjikan Qitmir dengan balasan syurga. Allahu Akhbar!

Maka dengan ini marilah kita sama-sama menilai semula layanan kita terhadap anjing selama ini.

Salah silap saya dalam menulis entry ini jangan di alihkan ke anjing ya?

Boleh baca ini juga.

Nota Kaki Tangan : pagi tadi aku beli 2 pek makanan kucing (padahal aku mana ada kucing peliharaan).

9 ulasan:

van qif berkata...

yA SAUDARA BENAR...

Di kisahkan seorang pelacur dapat masuk syurga disebabkan rasa simpati terhadap anjing yg kehausan...

Nabi Musa pernah ditegur ALLAH kerana terdetik sedikit di hati memandang rendah pada anjing

Wallahualam

Tujuh Kaki Dalam berkata...

van qif
-----------------------------------
Alhamdulillah.

eh?

bukan kisah nabi Nuh a.s ke?

bila di hati nabi Nuh a.s terdetik mengatakan kehodohan (kalau tak silap) seekor anjing lantas Allah menegur nabi Nuh a.s dengan menyuruh nabi Nuh a.s menciptakan seekor anjing yg sama seperti itu.

lantas nabi Nuh a.s menangis sehinggakan asbab dr kisah itu baginda di lantik menjadi nabi

(sila betulkan jika saya salah cerita)

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

kat sini, orang siap bela anjing lagi.

-makanan kucing tu, ko makan ker? kakaka

Tujuh Kaki Dalam berkata...

kamitaken a.k.a ustaz Lutfi Lokman
-----------------------------------
haha.

aku ingat nak bagi makan ibu kucing yang ada anak 2 3 ekor tu.

semalam aku bagi ayam goreng baik punya.

selamba je die tak berselera makan.

rupanya dia tak layan sgt daging ayam.

PIANED berkata...

najis anjing boleh di sucikan mengikut cara tertentu tetapi hati yang merasa hina dengan anjing tidak akan dapat di sucikan walaupun dengan selautan air

zamrie berkata...

assalammualaikom sahabat,
sememangnya aku sudah dari dulu membetulkan perkara ini dalam diri aku... syukur. sememangnya setiap makluk yang diciptakan Allah dimuka bumi ini mempunyai hak mereka dan kita patut menghormati, bagaimana babi? hehehehehehe

Tujuh Kaki Dalam berkata...

PIANED
-----------------------------------
betul tu saudara.

telah Allah ciptakan anjing dan segala alam ni dengan hikmahnya tersendiri.


zamrie
-----------------------------------
babi dah jelas di terangkan di dalam al-Quran.

tapi babi tu pun sebenarnya lagi mulia dr kita sebab dia takdak dosa.

huhu.

eL berkata...

pasal anjing tu, ok dah faham sbb saya pun follow blog kittun tapi yang makanan kucing tu nak buat apa pulak? hehehehe

Tujuh Kaki Dalam berkata...

Emblem of Purity
-----------------------------------
dah selamat saya ma.. eh? bukan2.

dah selamat dah kucing makan.

dah nama pun makanan kucing.

hehehe!

Sila klik selagi Halal