Bermula dari kelmarin apabila aku membaca pasal boikot di page ini. Seterusnya bila aku terpaksa kerja double shift di sebabkan member keje malam tak datang. Maka kena stay back sampai siang.
Malam tu layan National Geographic melalui saluran Astro(ok.aku bukan curi tulang tau?ni masa break. tapi adalah terlajak sikit sebab dokumentarinya best.tapi kerja semua siap ok?haha).
Dua dokumentari yang berbeza tetapi subjek yang sama.
Dan pagi masa balik dari kerja. Singgah kedai macha untuk beli apa-apa yang patut sebelum melepak di surau berdekatan. Semasa di kedai tu terbaca lagi benda yang sama yang aku baca kat page ini dan benda yang sama siaran National Geographic tayangkan dalam dua dokumentari yang berbeza tetapi subjeknya sama.
(Pasal apa tu bro?)
Semuanya berkaitan dengan Xinjiang, Xinjiang dan Xinjiang lagi (Xinjang adalah nama yang di beri oleh kerajaan China. Penduduk di situ lebih suka di sebut sebagai Turkistan)
Melalui dokumentari tersebut aku dapat banyak info. Pertamanya baru aku tahu kawasan Xinjiang merupakan kawasan pintu masuk Laluan Sutera antara timur Asia dengan China pada zaman dahulu. Dan juga aku tahu keadaan muka bumi daerah Xinjiang itu adalah di liputi dengan padang pasir. Selain itu di bandar Kashgar, boleh di temui topi-topi yang sangat best. Dan kawasan Hotan (di sebut Hetian) terkenal dengan pisaunya yang unik dan best.
Tetapi apa yang lebih penting ialah majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Hampir 100%.
Dan yang menjadi isu di sini ialah bagaimana kerajaan China telah mengekang kebebasan saudara-saudara kita di sana untuk mengamalkan ajaran Islam. Masyarakat Islam Xinjiang di tuduh sebagai pengganas dan mendatangkan bahaya kepada kerajaan China. Malah lebih teruk lagi bila hanya kerana berjanggut panjang sahaja sudah cukup untuk menjadi alasan di tangkap dan di tuduh pengganas. Tidak usai di situ. Penangkapan itu boleh berakhir dengan pembunuhan. Bukan seorang malah ada berita mengatakan sekeluarga di bunuh hanya kerana di syaki sebagai pengganas.
... Masalah pemberontakan masyarakat Islam Uighur di wilayah Xinjiang umpamanya dilihat sebagai masalah yang lebih memberi ancaman kepada Beijing berbanding dengan Tibet.
Kekejaman pasukan keselamatan China yang menekan kaum Uighur adalah jauh lebih hebat berbanding apa yang dirasai oleh penduduk Tibet.Hak asasi dan kebebasan untuk bersuara dan beragama dikawal dengan begitu ketat oleh Beijing.
Jumlah penduduk Islam yang terkorban adalah begitu tinggi terutama sekali selepas keganasan berdarah di bandar Yining pada tahun 1997.
Tetapi masyarakat antarabangsa tidak begitu mengendahkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kaum Uighur kerana mereka tidak mempunyai pemangkin seperti Tibet yang memiliki Dalai Lama.
Namun apa yang lebih penting adalah tiada kuasa luar yang berminat terhadap masalah yang dihadapi oleh kaum Uighur.
Kemungkinan besar faktor kaum Uighur beragama Islam yang menjadi penghalang kepada campur tangan kuasa luar adalah sesuatu yang agak logik alasannya.
Perhatian berat sebelah yang diberikan oleh masyarakat antarabangsa di antara masalah Tibet dan Xinjiang bukannya satu-satu contoh yang mempamerkan bagaimana tidak adilnya politik dunia...
(di ambil dari laman ini)
Dan sudah pasti ramai antara kita yang belum tahu mengenai perkara ini (termasuklah aku). Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus berdoa dan tingkatkan usaha kerja agama yang telah di perintahkan oleh Allah Ta'ala semoga dengan itu akan menjadi asbab bantuan Allah untuk ummat Islam seluruh dunia.Baca juga ini :
CHINA: Kebebasan Beragama dan Isu Terorisme di Xinjiang
China Xinjiang: Diskriminasi dan Kesempatan Orang-orang Uighur
Nota Kaki Kiri: ada siapa-siapa mahu memboikot barangan dari China plak?
8 ulasan:
xing jiang itu adalah turkistan..
http://krenmaut.blogspot.com/2009/01/boikot-demonstrasi.html
bace sini..
Tuan,
Gua respek sama lu..Lu kaji hasil tulisan gua..bagus2..Utk pengetahuan tuan, eastern turkistan or xing jiang mula dijajah selepas kejatuhan khilafah..If lu mau boikot, sila boikot china..haha..Gua kalo dapat jmpa sama Al-Qarahdawi, gua akan bagitau itu mcm..Lps tu kte tgk bley idup x kalo mau boikot China..huhu..Lu mau tau psl Turkistan lg?Lu tanya abgben ngn gua..
from,
aLiph aL-Turkistani
Tanpa Nama
-------------------------------------
hek eleh tanpa nama yg sorang ni.
aku cilok idea untuk buat entry ni asbab dr link tu la.
ko tak kaji entry aku ni.
hehe.
Tanpa Nama
-----------------------------------
ya. terima kasih aliph the turkistani.
kalau kau balik kg kau xinjian aku mau kirim topi ya?
sht kewl topi itu.
dan juga sebilah pisau.
boleh?
(tapi kau celup je kan?)
Tuan,
Sebenarnya org2 Turkistan or uyghur ni..Dia xske org sebut XingJiang..Sbb tu name yang kerajaan China bagi.Nama sebenarnya Eastern Turkistan.Jika tuan sebut XingJiang,seolah2 mengiktiraf tanah mereka milik China..
Saya org Malaysia yg dekat dengan Turkistan..
Org luar susah nak masuk Turkistan..China tak bagi beb..
from,
aLiph aL-Turkistani
aLiph aL-Turkistani
-----------------------------------
alhamdulillah.
terima kasih kerana bgtau.
di sana buat apa?
bekerja atau belajar?
sudah pernah jemaah di hantar ke sana?
Gua study kat Adelaide..
Kat adelaide ni ade komuniti org2 turkistan yg sgt besar..
Tuan doalah banyak2..kerajaan China lagi zalim dari Israel kalo tuan nk tau..Kalo bantuan dari UN pn xbley masuk..nikan plak jemaah nk masuk..Doalah byk2..Mereka tutup pintu untuk ke Turkistan..Payah r nk msk especially if name Islam..tapi xde ape yg mustahil bagi Allah..doa r..sorang teman turkistan gua kn, bila gua tanya lu boikot x?dia kata, tunggu al-qaradhawi kata boikot china kuar baru dia pikirkn nk boikot ke x..huhu..
from,
aLiph aL-Turkistani
adakah masyarakat islam di daerah China yg lain dilayan dgn layanan yg serupa? jika "TIDAK", kenapa turkistan dilayan sebegitu rupa oleh pemerintah?
aLiph aL-Turkistani
-----------------------------------
benar tuan.
tanggungjawab kita bukan sekadar palestin dan turkistan tetapi seluruh alm juga.
sama2 kita berdoa dan jaga segala amalan kita supaya doa2 kita mua di terima Allah.
Tanpa Nama
-----------------------------------
tahukah anda bahawa Turkistan satu2nya kawasan Di negara China yang majoriti Islam?
fikirkan sendiri kenapa.
Catat Ulasan