Hari ini, (sebenarnya beberapa hari yg lepas) setelah rejim Israel mula melangkahkan kaki meninggalkan tanah Gaza dgn senyuman nafsu penuh kepuasan aku baru gatal tangan nak menaip dan menyentuh isu mengenai boikot barangan dan produk yang berkaitan dgn rejim zionis tersebut (yelah. Masa perang hari tu ramai dah kecoh. La ni dah genjatan senjata. Aku saja nak sambung kecoh supaya usaha memboikot tak hot-hot chicken shit je).
Ramai jugak pro dan kontranya dalam usaha rakyat Malaysia boikot memboikot ini.
Pertamanya, dulu pernah terbaca bahawa kita sebagai ummat Islam untuk menjadi asbab (melalui usaha boikot ini) untuk me"miskin"kan golongan kafir ini memang susah dan mungkin tidak akan terjadi. Alasannya ialah bagi org2 kafir, dunia inilah syurga mereka. Segala tenaga dan usaha mereka tumpukan untuk meraih kepentingan dunia. Mereka mengusahakan dan membentuk dunia ni semewah mungkin (syurga dunia bag mereka). Perkara ini kalau tak silap Allah dah bgtau dalam a-Quran (maafkan saya andai saya silap). Di akhirat nanti tidak akan ada nikmat walau sedikit pun buat golongan kuffar ini. Dan mungkin ini jugalah yg menjadi teras alasan secara sedar atau tidak bagi golongan saudara-saudaraku di luar sana yang agak kurang bersetuju dalam usaha memboikot ini.
Keduanya, bagi mereka yang menyokong penuh usaha pemboikotan ini sudah pasti terdorong asbab dari kekejaman rejim Zionis itu sendiri yang membantai saudara-saudara Palestin tanpa peri kemanusiaan langsung. Maka paling tidak bagi mereka dalam membantu ummat Palestin usaha boikot itulah yang seminimanya yang mampu di lakukan (sebenarnya banyak lagi alasan bagi mereka kenapa memboikot ini perlu).
Ni pula pandangan saya sebagai seorang manusia yang rakyat Malaysia dan saudara seagama kepada penduduk Palestin.
Jatuh atau tidak ekonomi rejim Zonis itu asbab dr usaha pemboikotan ini nanti sebenarnya bukanlah persoalan utamanya. Yang menjadi hal bagi saya ialah adakah sanggup kita membelanjakan duit hasil titik peluh kita sendiri untuk membeli barangan Yahudi yang kita memang sudah tahu dan sedar bahawa sebahagian keuntungan dari jualan barangan itu di gunakan untuk menyokong usaha dan tindakan rejim Zionis membunuh saudara-saudara kita di Palestin? Maka di sini bukanlah lagi musnah atau tidak ekonomi mereka menjadi persoaannya tetapi hal yang lebih utama ialah penglibatan kita secara tidak langsung (bersubahat) kerana kita membeli barangan Yahudi tersebut.
Dan juga apalah ertinya kita memboikot barangan Yahudi tetapi sedar atau tidak cara hidup kita lebih kurang je dgn mereka. Dan dalam masa yang sama kita lalai menjaga perintah dan larangan Allah. Maka atas alasan apa Allah nak bagi kita bantuan dan penyelesaian ke atas masalah yang di hadapi oleh ummat Palestin khususnya dan ummat Islam seluruh dunia amnya?
Maka kalau begitu apakah cara yang sebaiknya dan berterusan untuk membantu diri kita sendiri dan seluruh ummat Islam dr kezaliman musuh-musuh Islam ini?(tidak kiralah rejim Israel atau siapa)
Caranya ialah cara yang Allah perintahkan di mana dalam perintah Allah itu Allah janjikan bantuan dan kemenangan.
Dan tiada cara yang Allah terima dan janjikan bantuan dan kemenangan melainkan cara yang telah di tunjukkan oleh nabi Sallallahu 'alaihi wasallam iaitu melalui kerja dakwah dan tabligh.
Kita lihat sejarah bagaimana bantuan Allah telah datang setelah umat melakukan kerja (dakwah dan tabligh) ini.
Kita lihat dan renung bagaimana sejarah perang badar berlaku (dan banyak lagi sejarah yang boeh kita jadikan rujukan.banyak saya lupa.ergh!)
Kesimpulannya, kita seharusnya mula sedar apa sebenarnya yang Allah kehendaki dari kita dan apa sebenarnya tujuan dan kerja kita di utus ke dunia ini.
Kerana apabila kita mulai meninggalkan kerja yang telah Allah perintahkan dan kerja yang telah Allah bagitau bahawa melalui kerja itu ummat akhir zaman ini di muliakan dan melalui kerja itu bantuan dan kemenangan dari Allah pasti ada maka berbondong-bondonglah musuh-musuh Islam akan me"ratah" kita "hidup-hidup".
Dan sudah pasti pemboikotan ini tidak akan berjaya tanpa di susuli dengan usaha kerja yang sebenarnya.
Tiada cara lain. Percayalah.

Update:
Selasa lepas, seorang pakcik berkata bahawa sebenarnya boikot memboikot ini adalah amalan kaum kafir quraisy di zaman nabi Sallallahu 'alaihi wasallam.
Apa kita sudah lupa nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat r.anhum telah di boikot di lembah Abdul Mutallib?(tapi pakcik tu sebut lembah Abu Talib.kalau saya salah tolong betulkan)
Sehinggakan ketika itu keadaan ummat Islam terlalu getir.
Hinggakan terpaksa memakan daun-daunan untuk survival hidup.
Maka "Sunnah" siapakah yg kita ikuti?
6 ulasan:
salam, saya stuju bhw tiada cara lain melainkan cara baginda Nabi s.a.w.
pasal perkara ni pandangan saya adalah spt dlm ni
http://ziarah76.blogspot.com/2009/01/bolehkah-boikot-produk-as-berjaya.html
dan
http://ziarah76.blogspot.com/2009/01/senjata-umat-yang-paling-ampuh.html
jazakallah khair
Sebab tak buat "kerja" la umat Islam kena "kerja". Kita yang baru2 belajar "kerja" pun selalu ponteng sebab alasan ada "kerja".
klu tanak beli ngn org islam sbb org tu menipu ke, brg takde kualiti ke, jual harga mahal ke etc; jual beli dgn org kafir termasuk yahudi hukumnya adalah harus
jual beli dgn org kafir hanya jadi haram apabila kite purposely tanak beli dgn org islam tanpa sebab munasabah
dan ia juge jadi haram bila pemerintah islam (cth sultan etc) kuarkan arahan jgn beli
ia juga haram klu kite beli dari company yg terang2an tunjuk dia sponsor yahudi
itu yg aku tau la
sekian
tp pada pendapat aku, tak semua brg si yahudi ni ada substitute kn
so kite tak yah la beli mana yg tak penting
membeli lah secara bijak
zaman nabi mcm na ya???cari n fkirkannya...
kerja untuk semua..
kebanyakan orang tak tau pun mana sekutu yahudi atau bukan
mutakalim
-----------------------------------
sama-sama kita tngkatkan kualt usaha kerja kita dan jangan upa saling mendoakan.
azharjaafar
-----------------------------------
haih.
sayalah tu.
Tanpa Nama
-----------------------------------
tepuk dada tanyalah man
:)
PIANED
-----------------------------------
zaman nabi adaah zaman terbaik!
zaman yang patut menjadi contoh ikutan ummat.
Wallahu 'alam
kedaijamu
-----------------------------------
yang pasti yahudi takdak yang bukak kedai jamu kan?
ade ke?
hehe.
Catat Ulasan