bagaimana keadaan kita andai Allah yang Maha Hebat membuka pintu hati musuh-musuh Islam yang sedang kita benci habis-habisan sekarang ini dgn karunia hidayahNya?
sekadar satu persoalan iman untuk kita semua.
(updated) dan bagaimana sekiranya musuh-musuh Islam itu yang sedang kita benci habis-habisan yang telah mendapat karunia hidayah daripada Allah yang Maha Hebat pernah pula membunuh insan yang kita sayangi?
sekali lagi..
sekadar satu persoalan untuk menilai tahap iman kita semua.
8 ulasan:
ini fikir yg baik dan besar nilainya. Keadaan itu lah yg berlaku dlm sejarah tentera tar-tar menyerang baghdad, yg akhirnya rajanya temujin memeluk Islam, selepas kematian bapanya. Dan bermula la empayar Islam. Kalau umat Islam benar2 beriman dan bertaqwa, tak mustahil Allah boleh bolak balikkan hati musuh kepada Islam. Atau bantuan Allah boleh dtg dgn pelbagai cara. Allah boleh guna sarang labah-labah yg lemah ketika Baginda s.a.w dlm gua bersama Abu Bakar r.a. Masalah sebenar sekarang ialah umat Islam sendiri.
syukur sekiranya Allah buka hati mereka...
hmm.. persoalan yang sangat menarik. Aku dapat rasakan, sejarah akan kembali berulang, dan kejatuhan empayar uthmaniah akan kembali berlaku..
Sama macam soalan "bagaimana jika bekas musuh Islam seperti Umar Al-Khattab didorong hatinya untuk menjadi Islam yang taat hanya kerana mendengar bacaan Quran oleh adiknya.."
Beliau yang pada mulanya memerangi umat Islam kemudiannya menjadi panglima Islam yang digeruni oleh musuh-musuh Islam yang lain.
Sudah tentu itu satu kemenangan bagi Umat Islam. Kan?
Maka, sama-samalah kita berdoa moga musuh-musuh Islam terutama pemimpin2 kafir yang berada di serata dunia, dibukakan hatinya untuk memeluk Islam. Pasti itu akan mendorong pengikut-pengikutnya untuk turut mengikut jejak langkah mereka.
:)
alhamdulillah.. segalanya tak mustahil..!
salam ziarah & taaruf..huhuh
bg sy sykur alhmdulillah..bkn sng ALLAH nk beri hidayah kpd hambanya...sedangkan kt sebagia muslim sendiri masih belum sepnuhnya mndapat hidayah dr-NYA..skadar pndangan
di dunia ni ada 2 hubungan, hubungan kita dengan manusia dan hubungan kita dengan allah. seandainya satu hari nanti musuh2 islam tu di bukakan pintu hati mereka, knp tidak kita menerima mereka seperti saudara kita wlw mereka satu ketika dulu pernah jahat, alangkah kaum ansar pun dapat menerima kaum muhajirin dengan hati yg terbuka, nabi masih bersama mereka. kita sekarang sudah jauh dengan nabi, kenapa tidak kita berbuat baik utk 'mentopup' pahala amal kita. hubungan mereka dengan allah adalah urusan allah. sungguh! allah itu maha pemurah, panyanyang! sungguh!
mutakalim
-----------------------------------
bila kita fikir secara kritikal seperti ini baru kita tersedar tahap iman kita bagaimana sebab kadang-kadang kita bercakap memang mudah tapi bila Allah uji kita dgn ujian seperti betapa terasa hinanya diri lemahnya iman.
PIANED
-----------------------------------
amin.dan sangat-sangat beruntunglah siapa-siapa yg menjadi asbab hidayah bg mereka.
kamitaken a.k.a ustaz lutfi lokman
-----------------------------------
mingkin bila ummat Islam mula menyembah Allah selayak-layaknya Allah di sembah.
schafyzcha el yahiya
-----------------------------------
untuk itu masih banyak kerja untuk kita buat.
kerja dakwah ilallah!
Ummu Solehah Muhammad
-----------------------------------
benar.dan untuk itu semoga ummat lekas sedar.terutama aku.huhu
mardhatillah (fatahiyyah)
-----------------------------------
sebab tu kita kena doa hidayat untuk diri kita,keluarga kita,saudara2 seislam kita dan seluruh ummat.
sentiasa fikir ummat ya.
Ummu Solehah Muhammad
-----------------------------------
ya memang sungguh benar itu solehah!
Catat Ulasan