Rabu, 24 Disember 2008

rumah aku tetap selamat walaupun rumah org lain terbakar.

DOA ABU DARDA DALAM TAFSIR SURAH AL-A'RAF DI IKIM

إِنَّ رَبِّيَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ ،


مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأُ لاَ يَكُونُ لاَ حَوْلَ ،


وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ،


أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ،


وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا،


أَعُوذُ بِالَّذِي يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ


مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ رَبِّي آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ


Maksudnya : Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung. Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku bersaksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepadaNya yang Maha Berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. (Riwayat al-Baihaqiy dalam Dala`il al-Nubuwwah no 3046, al-Matalib al-Aliyyah no 3490 , Ithaf al-Khiarat no 6087 , Bughyat al-Bahith no 1052)


Kelebihan & Khasiat :
Menurut riwayat dari al-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa telah mengadu seorang sahabat kepada Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya. Abu Darda menafikannya. Kemudian datang lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya. Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api itu hampir dengan rumahnya ia terpadam sendiri. Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya”.


di ambil dari sini.

4 ulasan:

Ziarah76 berkata...

semoga saya dapat amalkannya..

Tanpa Nama berkata...

ehe, nice info! baru tau benda ni
aku setiap hari dok amal doa penerang hati jek

~soot

zamrie berkata...

syukur...
doa yang baik

baru kemarin balik dari bagan lalang menghala ke klang dekat sejangkang kilang plastik terbakar... melihat pada api yang menyambar nyambar terus jadi terkedu, takut dan insaf, teringat bagaimana neraka Allah.

allah ampun dan peliharalah kami.

Tujuh Kaki Dalam berkata...

mutakalim
-----------------------------------
sama - sama kita amalkan.

tanam yakin 100% hanyak kepada Allah Ta'ala.


sootsprite
-----------------------------------
cewah!

guna tanpa nama plak.

ni doa yg saya tak hafal lagi.

tu yg letak tu supaya kita sama-sama dapat amal.

amin.


zamrie
-----------------------------------
kalau tak silap sayaada tgok gambar kebakaran tu di blog mr.yusmile.

oh!

semoga kita di selamatkan dari seksa api nerakaNya.

amin.

Sila klik selagi Halal