Rasulullah s.a.w bersabda: "Semua umatku akan memasuki syurga kecuali mereka yang enggan." Para sahabat bertanya: "Siapakah mereka yang enggan?" Maka Nabi s.a.w menjawab: "Sesiapa yang mentaatiku akan memasuki syurga dan sesiapa yang menderhakaiku, mereka lah yang enggan." (Riwayat Bukhari).
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa berpegang dengan sunnah-sunnahku ketika di zaman rosaknya umatku baginya adalah ganjaran syahid (di jalan Allah). (Riwayat Tabrani).
Nota sebelum rehat : setakat nak tunjuk cinta dan sayangnya kita kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam setahun sekali dgn hanya berpanas letih mengangkat sepanduk adalah tidak memadai wahai saudara-saudara yang ku kasihi. Ambillah cara hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sebagai cara hidup kita. Ambillah fikir risau Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sbagai fikir risau kita dan ambillah kerja yg di buat oleh Rasululllah Sallallahu 'alaihi wasallam sebagai maksud hidup kita. Tiada cara lain!
6 ulasan:
rehat???..ko kerja ke hari ni...alhamdulilah pagi tadi hujan..
amalkan sunnah nabi s.a.w dari bangun tidur hingga tidur semula hingga akhir hayat. kita rehat dalam kubur, di dunia kena buat kerja nabi s.a.w.
van qif
-----------------------------------
alahai.
tak perasan.
tertidur.
hu hu.
iman lemah tuan.
mutakalim
-----------------------------------
benar benar.
cuma ingin rehat sebentar berblog.
:)
rehat sebenar2nya ialah di dalam kubur.
betapa benar kata 'alim ulama yg mukhlisin.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
assalammualaikom saudaraku.... lama tak ziarahi blog ko, moga ko sihat dan sentiasa dilindongi allah selalu.... insyallah.
jumpa lagi
Anak Pendang Sekeluarga
-----------------------------------
jazakallah khair.
insyaAllah.
saling memperbaiki ya?
zamrie
-----------------------------------
wa'alaikumussalam warohmatullahi wabarokatuh.
mana menghilang zam?
sila update blog ya?
rindu untuk membaca tulisan hang.
Catat Ulasan