(gambar di ambil dari sini.)
Satu petikan dari Kitab Taurat di dalam Ihya Ulumuddin yang mana Allah Subhana wa ta'ala berfirman :
"Hambaku, apakah kamu tidak segan dan malu akan sikapmu terhadap Aku? Jikalau kamu menerima sepucuk surat daripada kawanmu semasa kamu berjalan di atas jalan raya, kamu akan berhenti dan duduk di suatu tempat yang sesuai untuk membacanya dengan segala perhatianmu dan akan cuba memahami setiap perkataan yang terkandung di dalamnya. Tetapi dalam hal KitabKu, di dalamnya Aku telah menerangkan segala sesuatu dan berkali-kali telah menegaskan perkara-perkara yang penting supaya kamu memikirkan tentangnya dan memahami semua itu, tetapi kamu memperlihatkan sikap acuh tak acuh sahaja. Apakah kamu menganggap Aku ini lebih rendah daripada kawanmu?."
"Wahai hambaKu, setengah daripada rakan-rakanmu duduk bersamamu dan bercakap-cakap kepadamu, dan kamu memberikan segala perhatian kepada mereka. Kamu akan mendengar dan cuba memahami mereka. Jikalau ada sesiapa yang mencelah, kamu akan menahannya dengan isyarat tanganmu. Aku berkata-kata denganmu melalui KitabKu tetapi engkau tidak memperdulikan Daku. Apakah kamu menganggap Aku ini lebih rendah daripada rakan-rakanmu?"
Nota untuk Semua : Semoga kita dapat ambil sebagai ikhtibar, amal dan sampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan