Khamis, 26 Mac 2009

ilham : kitar semula

(gambar di ambil dari sini)

Aku suka berfikir mengenai keobsesanku terhadap sesuatu perkara. Contohnya, keobsesan aku terhadap kitar semula yg sangat berkait rapat dengan kebersihan.

Maka terilhamlah satu perkara di dalam benak aqal kurniaan Allah.

Aku rimas tengok kawasan perumahan terutamanya kawasan pangsapuri - pangsapuri yang ada di seluruh malaysia amnya dan secara khusus di kawasan aku tinggal yang mana kawasan pembuangan sampahnya busuk,kotor dan jijik. Walaupun majoriti yang tinggal di pangsapuri ini beragama Islam. (Yang mana Islam itu sgt menitik beratkan kebersihan kerana salah satu cabang iman itu ialah kebersihan)

Sedangkan banyak menfaat yang dapat kita lakukan bila kita mahu berubah dalam menjaga kebersihan kawasan perumahan kita (dari segi kos, masa, ruang dan juga wang).

Dari sinilah timbul idea aku mengenai kitar semula yang aku rasa wajib di laksanakan di setiap kawasan pangsapuri yang ada di seluruh Malaysia malah kalau boleh di setiap rumah yang ada di seluruh Malaysia (Aku tak tahulah kalau dah ada yang buat dan bagaimana prosesnya berlangsung. Berjaya atau tidak. Kalau ada sebaiknya di khabarkan melalui media massa agar lebih ramai yang tahu)

Bagaimana pihak berkuasa tempatan (Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan) boleh bersama - sama ambil peranan dari segi penguatkuasaan undang - undang, kempen kesedaran (bab kempen ni macam - macam boleh buat contohnya terangkan kelebihan kitar semula, ajak 'alim ulama terangkan dari segi agama bahawa kebersihan ini sangat di tuntut oleh agama kita yang suci, bagi hadiah, ajak artis - artis turun padang, sediakan kemudahan kitar semula yang mudah, canggih dan praktikal dan macam - macam lagi lah), program di sekolah - sekolah yang berterusan, teratur dan sistematik dan membuka lebih banyak one stop centre untuk kempen kitar semula ini

Seperti yang kita ketahui, bila menyebut tentang kitar semula maka akan terlintas di kepala kita tentang kertas, plastik dan tin aluminium serta kaca. Sebenarnya ada satu lagi benda yang biasanya ada di rumah kita, setiap hari, yang boleh di kitar semula.

Sisa makanan basah. (research pasal benda ni)

Rasanya inilah faktor utama yang menyebabkan kebanyakkan kawasan pembuangan sampah di sekitar kawasan perumahan menjadi bau dan sangat kotor. Air lelehan makanan basah inilah biasanya menjadi sebab musabab.

Maka, apalah salahnya andai kita asingkan sisa makanan basah ini sebelum di buang. Dan sangatlah molek andai kita sendiri boleh sediakan ruang khas untuk sisa makanan basah ini. Boleh di gunakan sebagai baja.

Di samping itu pihak berkuasa tempatan juga perlu peka terhadap permasalahan sisa makanan basah ini. Adalah perlu juga di sediakan satu lagi ruangan khas untuk sisa makanan basah ini (atau juga di kenali sebagai sisa pepejal)

Dan bagi sesiapa yang "berotak" duit (macam saya ni. he he), dengan kitar semula juga kita boleh menjana pendapatan sampingan. Tahukah anda bahawa sekilo tin aluminium berharga Rm 5? (tapi terdengar baru - baru ini bahawa nilai semasa untuk aluminium telah merundum jatuh hingga mencecah Rm 2/kilo akibat dari kelembapan ekonomi global). Itu baru tin aluminium, belum harga kotak, botol dan macam-macam lagi yang boleh kita kitar semula menjadi duit (yang paling penting hendak di tekankan di sini ialah bukan nak suruh pi cari benda - benda ni semua. Cuma perlu kitar semula sahaja di rumah - rumah anda dan juga di pejabat - pejabat anda. Jimat kos dan mendapat pulangan semula kan?)

Sebagai kesimpulannya, semua ini perlu bermula dari kesedaran kita sendiri. Tak perlu tunggu tindakan dari pihak berkuasa. Bertindaklah bermula dari diri saya, anda dan semua. Janalah kesedaran kita melalui iman yang telah Allah anugerahkan ini. Teringin benar nak lihat kawasan perumahan malah ini juga akan melibatkan kawasan perparitan (yang mana bila tersumbat, kota raya seperti Kuala Lumpur pun boleh banjir!) bersih, wangi dan sedap mata memandang.

Berfikirlah sebelum buang!

(gambar di ambil dari sini)

Laman Web berkaitan kitar semula :
Malaysia
Singapura
eHow.Com

Clean Up The World

Nota Kitar Semula : sekarang ni bukan setakat kertas, kaca, aluminium, plastik dan sisa pepejal sahaja yang boleh di kitar semula malah berbagai lagi benda orang tengah sibuk nak kitar semula. Fikirlah dengan aqal. Bertindak dengan iman. InsyaAllah pahala ganjaran daripadaNya.

4 ulasan:

famia berkata...

sisa bahan basah tu macam.. perut2 ikan lepas siang ke?

Tujuh Kaki Dalam berkata...

famia
-----------------------------------
dan yang seangkatan dengannya.

Win berkata...

Salam TKD,lepas akak cuci dan tapis sisa mkn tu akak letak dlm pasu yg bertanah...utk kompos, sisa mkn perlu `fresh' yakni sisa mkn yg belum terlalu `busuk'...pesanan dari instructor akak perihal kompos (masa ambik kursus buat kompos di Papanui high School bulan Mac lepas...sekadar berkongsi pengalaman...

Tujuh Kaki Dalam berkata...

kak win,

rakyat Malaysia semua kena didik supaya pandai mengatur segala sisa makanan.

Malaysia Bersih Jiwa Sentosa.

he he

Sila klik selagi Halal