Isnin, 30 Mac 2009
syukur
Nota Syukur : "Ya Allah, Sesungguhnya Kaulah Penakluk segala hati-hati makhluk ciptaanMu, maka atas Rahmat dan Kasih SayangMu hambaMu yang hina dina ini memohon agar Kau bukakanlah pintu hatiku dan hati Nick Vujicic untuk nur HidayahMu. Dan kekalkanlah kami dalam nikmatMu ini sampai mati. Amin ya Rob"
Ahad, 29 Mac 2009
earth hour?
Khamis, 26 Mac 2009
ilham : kitar semula
Aku suka berfikir mengenai keobsesanku terhadap sesuatu perkara. Contohnya, keobsesan aku terhadap kitar semula yg sangat berkait rapat dengan kebersihan.
Maka terilhamlah satu perkara di dalam benak aqal kurniaan Allah.
Aku rimas tengok kawasan perumahan terutamanya kawasan pangsapuri - pangsapuri yang ada di seluruh malaysia amnya dan secara khusus di kawasan aku tinggal yang mana kawasan pembuangan sampahnya busuk,kotor dan jijik. Walaupun majoriti yang tinggal di pangsapuri ini beragama Islam. (Yang mana Islam itu sgt menitik beratkan kebersihan kerana salah satu cabang iman itu ialah kebersihan)
Sedangkan banyak menfaat yang dapat kita lakukan bila kita mahu berubah dalam menjaga kebersihan kawasan perumahan kita (dari segi kos, masa, ruang dan juga wang).
Dari sinilah timbul idea aku mengenai kitar semula yang aku rasa wajib di laksanakan di setiap kawasan pangsapuri yang ada di seluruh Malaysia malah kalau boleh di setiap rumah yang ada di seluruh Malaysia (Aku tak tahulah kalau dah ada yang buat dan bagaimana prosesnya berlangsung. Berjaya atau tidak. Kalau ada sebaiknya di khabarkan melalui media massa agar lebih ramai yang tahu)
Bagaimana pihak berkuasa tempatan (Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan) boleh bersama - sama ambil peranan dari segi penguatkuasaan undang - undang, kempen kesedaran (bab kempen ni macam - macam boleh buat contohnya terangkan kelebihan kitar semula, ajak 'alim ulama terangkan dari segi agama bahawa kebersihan ini sangat di tuntut oleh agama kita yang suci, bagi hadiah, ajak artis - artis turun padang, sediakan kemudahan kitar semula yang mudah, canggih dan praktikal dan macam - macam lagi lah), program di sekolah - sekolah yang berterusan, teratur dan sistematik dan membuka lebih banyak one stop centre untuk kempen kitar semula ini
Seperti yang kita ketahui, bila menyebut tentang kitar semula maka akan terlintas di kepala kita tentang kertas, plastik dan tin aluminium serta kaca. Sebenarnya ada satu lagi benda yang biasanya ada di rumah kita, setiap hari, yang boleh di kitar semula.
Sisa makanan basah. (research pasal benda ni)
Rasanya inilah faktor utama yang menyebabkan kebanyakkan kawasan pembuangan sampah di sekitar kawasan perumahan menjadi bau dan sangat kotor. Air lelehan makanan basah inilah biasanya menjadi sebab musabab.
Maka, apalah salahnya andai kita asingkan sisa makanan basah ini sebelum di buang. Dan sangatlah molek andai kita sendiri boleh sediakan ruang khas untuk sisa makanan basah ini. Boleh di gunakan sebagai baja.
Di samping itu pihak berkuasa tempatan juga perlu peka terhadap permasalahan sisa makanan basah ini. Adalah perlu juga di sediakan satu lagi ruangan khas untuk sisa makanan basah ini (atau juga di kenali sebagai sisa pepejal)
Dan bagi sesiapa yang "berotak" duit (macam saya ni. he he), dengan kitar semula juga kita boleh menjana pendapatan sampingan. Tahukah anda bahawa sekilo tin aluminium berharga Rm 5? (tapi terdengar baru - baru ini bahawa nilai semasa untuk aluminium telah merundum jatuh hingga mencecah Rm 2/kilo akibat dari kelembapan ekonomi global). Itu baru tin aluminium, belum harga kotak, botol dan macam-macam lagi yang boleh kita kitar semula menjadi duit (yang paling penting hendak di tekankan di sini ialah bukan nak suruh pi cari benda - benda ni semua. Cuma perlu kitar semula sahaja di rumah - rumah anda dan juga di pejabat - pejabat anda. Jimat kos dan mendapat pulangan semula kan?)
Sebagai kesimpulannya, semua ini perlu bermula dari kesedaran kita sendiri. Tak perlu tunggu tindakan dari pihak berkuasa. Bertindaklah bermula dari diri saya, anda dan semua. Janalah kesedaran kita melalui iman yang telah Allah anugerahkan ini. Teringin benar nak lihat kawasan perumahan malah ini juga akan melibatkan kawasan perparitan (yang mana bila tersumbat, kota raya seperti Kuala Lumpur pun boleh banjir!) bersih, wangi dan sedap mata memandang.
Berfikirlah sebelum buang!
Laman Web berkaitan kitar semula :
Malaysia
Singapura
eHow.Com
Clean Up The World
Nota Kitar Semula : sekarang ni bukan setakat kertas, kaca, aluminium, plastik dan sisa pepejal sahaja yang boleh di kitar semula malah berbagai lagi benda orang tengah sibuk nak kitar semula. Fikirlah dengan aqal. Bertindak dengan iman. InsyaAllah pahala ganjaran daripadaNya.
Rabu, 25 Mac 2009
Selasa, 24 Mac 2009
their cowardice is legendary
Nota untuk askar-askar rejim zionis: "Their cowardice is legendary" (di minit ke dua saat yang ke sembilan). Memang benar. Mereka pengecut tahap maksima. Nak berperang konon tapi pi serang kependudukan awam. Apa barang!!
Isnin, 23 Mac 2009
ini untuk kita semua.
"Wahai hambaKu, setengah daripada rakan-rakanmu duduk bersamamu dan bercakap-cakap kepadamu, dan kamu memberikan segala perhatian kepada mereka. Kamu akan mendengar dan cuba memahami mereka. Jikalau ada sesiapa yang mencelah, kamu akan menahannya dengan isyarat tanganmu. Aku berkata-kata denganmu melalui KitabKu tetapi engkau tidak memperdulikan Daku. Apakah kamu menganggap Aku ini lebih rendah daripada rakan-rakanmu?"
Nota untuk Semua : Semoga kita dapat ambil sebagai ikhtibar, amal dan sampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain.
Ahad, 22 Mac 2009
Sabtu, 21 Mac 2009
Jumaat, 13 Mac 2009
rutin
- solat sunat qobliah subuh
- solat fardhu subuh
- dzikir pagi
- baca surah yasiin
- solat sunat isro'
- solat sunat dhuha
- tidur seketika (qialulail)
- solat sunat qobliah dzuhur
- solat sunat lagi dua rakaat
- solat fardhu dzuhur
- solat sunat ba'diah dzuhur
- solat sunat qobliah asar
- solat fardhu asar
- dzikir petang
- solat fardhu maghrib
- solat sunat ba'diah maghrib
- baca surah yasiin (malam jumaat baca surah al waqiah)
- solat sunat qobliah isyak
- solat fardhu isyak
- solat sunat ba'diah isyak
- mengaji al Quran (100 ayat = ta'at. 10 ayat = tidak lalai.insyaAllah)
- solat sunat taubat
- baca surah al mulk
- baca surah as sajadah
- solat sunat tahajjud
- solat sunat witir
Jangan tinggal :
- berfikir keadaan iman dan amal kita serta iman dan amal seluruh ummat.
- bersugi banyak-banyak.
- bersedekah setiap hari.
- jumpa manusia cerita kebesaran Allah dan kepentingan iman dan amal.
- setahun paling kurang khatam al-quran 2 kali.
- baca kitab Fadhail Amal untuk tahu ganjaran setiap amal yg kita buat. Baru terliur dan ghairah nak terus beramal serta yakin dgn janji2 Allah dalam beramal.
Nota Rutin : bagi aku, sekurang-kurangnya bila dapat amal semua yang tertulis di atas maka dapatlah aku tidur dgn aman.
Ahad, 8 Mac 2009
rehat
Isnin, 2 Mac 2009
Gambar Jin Kononnya
korang mesti kenal gambar di atas kan?
tak tahulah kalau dah ada yang dah tahu. cuma aku nak kabor ni gambar tipu! ramai yg terpedaya. termasuk ustaz-ustaz jugak! ni bukan gambar jin atau setan! ni gambar patung.
aku dah lama baca emel yg bgtau ni gambar palsu. cuma aku tak tahu emel tu aku baca kat mana.
Alhamdulillah. semalam aku jumpa balik emel itu.
sila baca di sini!
Nota tak Tipu : berhati-hatilah dalam mempercayai apa-apa juga emel forward, berita-berita pelik dan ganjil, atau apa- apa juga khabar berita yang kita terima. buat kajian dan selidiki dahulu sebelum membuat keputusan untuk mempercayainya. sekarang zaman fitnah. zaman yang kebenaran perlu di "selam" sedalam-dalamnya untuk mencari kebenaran tersebut. (apa ayat aku susun ni?aku pun dah pening.layan je entry kat atas)