Selasa, 17 Februari 2009

sibuk

gambar dari sini (orang sibuk dunia suka lari pergi tempat mcm ini)

korang kenal tak Jackie Chan?

mesti ramai yang kenal dan mesti ada jugak yang tak kenal. ni aku nak cerita pasal satu bahagian dari kehidupan pakcik Jackie ni.

seperti yang telah di ketahui umum bahawa pakcik Jackie ni memang seorang pelakon dan jugak pelakon lagak ngeri (stuntman).sampai ke hollywood dia punya femes.jadi dia punya bz jangan cakap lah kan.

di sebabkan kesibukan dia sebagai pelakon maka dia jarang meluangkan masa bersama anaknya (nama anaknya ialah Jaycee Chan).

tetapi pakcik Jackie ni seorang yang prihatin.dia tahu dia perlu untuk meluangkan masa juga untuk anaknya.
maka suatu hari pakcik Jackie nak buat surprise iaitu nak jemput anaknya balik dari sekolah (ini merupakan perkara yang sgt2 di nantikan oleh anaknya sebab selama ini Jackie Chan memang sekali dua je hantar dan jemput anaknya balik sekolah.selebihnya berlakon, berlakon dan berlakon)

dengan tidak membuang masa pakcik Jackie pun pergilah ke sekolah anaknya untuk menjemput anaknya balik dr sekolah pada tengah hari itu.

tunggu punya tunggu punya tunggu,anak pakcik Jackie si Jaycee ni tak jugak keluar-keluar.sampai dah habes dah budak-budak sekolah dalam sekolah tu.

pakcik Jackie merasa sangat pelik.apa kehel plak anak aku ni?aku ni dah la bz giler.hari ni dah baik aku nak jemput dia balik.tak nampak plak batang hidung.jangan-jangan anak aku kene culik ke ape?(dialog hanya rekaan penulis sahaja.sila jgn ambil serius)

dengan perasaan yang sangat pelik itulah pakcik Jackie balik ke rumahnya.

sampai je di rumahnya bukan main terkejut lagi pakcik Jackie bila dia tengok anaknya sudah pun ada di rumah.

uik?

pakcik Jackie pun tanya mcm mana anak dia boleh balik tak tengok dia. kan dia ada depan sekolah jemput tadi?

nak tau apa jawapan Jaychee?

tunggu di entry berikutnya (kakakaka.aku gurau.ok.aku sambung)

daddy,tadi yang daddy tunggu tu kat sekolah rendah saya yang dulu.daddy tau tak yang anak daddy ni dah sekolah menengah?(dialog juga adalah rekaan cuma maksudnya sama)

peeeeeeeeeerrggggggghhhh!

Tuan-tuan dan puan-puan,encik-encik dan cik -cik sekalian.bayangkan betapa sibuknya Jackie Chan sampai dia sendiri tak tahu anak dah besar panjang!!


kita ada sibuk mcm tu?


Nota Penting : betapa bertuah dan bersyukurnya hamba-hamba Allah yang Allah sibukkan dengan kerja agama :)

5 ulasan:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

ini cerita jakchie chan cerita sendiri dari mulut ke mulut ke nih? hahaaha.. bleh aku nak mintak nombor talipon tangan dia? nak ajak berlakon nanti.. hahah

azharjaafar berkata...

Tak kelakar pun (komen aku dengan muka serius).

Ziarah76 berkata...

bz... tu la alasan yg selalu kita dengar

Tamindhari berkata...

Carita ni hang kutip dari perawi mana ni? Sahih ker tak sahih? Kang jakie chan saman hang 5 juta, payah ler pulak...

Apa2 pun, kita kena sibukkan diri kita ngan usaha agama...

Tujuh Kaki Dalam berkata...

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken
-----------------------------------
ni dia cerita kalau tak silap dalam dokumentari dia dulu.lama dah ni.

azharjaafar
-----------------------------------
memang tak kelakar pon.

kekekeke.

mutakalim
-----------------------------------
tu la jugak alasan aku selalu.

hu hu.

TaminDhari
-----------------------------------
sahih cerita ni. dapat masa tengok dokumnetari dia suatu masa dahulu di siaran stesen tempatan kita.cuma ceritanya tak la sebijik mcm yg saya cerita.cuma jalan cerita mcm tu la.

pakcik Jackie jangan saman saya.

mari kita doa semoga Allah bukakan hati pakcik Jackie sekeluarga untuk Islam.

Sila klik selagi Halal