Dalam ijtimak di Tongi, elders telah beri beberapa pesanan untuk Malaysia berkenaan ijtimak pada 9, 10, 11 & 12 Julai 2009.
- Semua orang lama diminta keluar 4 bulan sebelum ijtimak dan 40 hari selepas ijtimak atau sekurang2nya 40 hari sebelum ijtimak dan 4 bulan selepas ijtimak.
- Ijtimak seperti hujan lebat. Tanah perlu digemburkan sebelum hujan supaya hujan yang turun dapat dimanfaatkan. Jika tanah tak disediakan, air tak dapat diserap ke bumi dan mengalir ke tempat lain dengan sia2 sahaja.
- Jika kita tidak menyempurnakan tujuan ijtimak, fitnah yang besar akan melanda umat. Umat akan sangka agama ini hanyalah kumpul ramai2 dan mendengar ceramah kemudian bersurai tanpa sebarang amal dibuat.
- Orang yang bekerja dengan majikan kena mohon cuti. Jika cuti tak lulus, buat rayuan. Jika tak dapat juga kena tambah masa di masjid sendiri. Balik dari pejabat terus ke masjid. Sediakan orang kampung pada amalan agama. Hidupkan masjid 24 jam dengan 4 amalan masjid Nabawi. Lewat malam baru baik ke rumah.
- Sediakan isteri dan anak2 dengan fikir yang sama. Rumah2 perlu hidup dengan amalan masjid.
- Sebaik2nya orang yang hadir ijtimak telah dikeluarkan 3 hari supaya dapat menjaga amal semasa ijtimak.
- JANGAN kata ini ijtimak dunia tapi kata ini ijtimak Malaysia.
- JANGAN sebut nama2 elders yang akan hadir secara khusus. Ini akan menyulitkan kedatangan mereka nanti.
- JANGAN kata ratusan ribu akan datang, tapi kata ramai dijangka hadir.
- Elders kata kerja untuk ijtimak perlu 500 batu maju kehadapan tapi iklan/propaganda mengenainya perlu 500 batu kebelakang.
Tambahan;
- Satu jemaah 4bulan dari Kuala Lumpur telah siap dan diluluskan untuk keluar ke Turki, akhir bulan ni.
- Satu jemaah lagi seramai 8 orang, juga dari Kuala Lumpur telah siap untuk keluar pada Mac ini. Route dicadangkan ke Perancis tetapi belum mendapat kelulusan Bangawali Masjid, Nizamuddin.
InsyaAllah dan wallahua'lam.
Artikel asal.
Nota Urdu : Allah sabse bara he. Makhluk nehi hota he.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan