Rabu, 27 Oktober 2010

Bercucuk tanam menanam batu


Hari itu, teriknya mentari panas sekali. Hampir mencecah 30°C. Kelihatan di tengah-tengah tanah ladang itu seorang tua separuh kurun yang sedang bersungguh-sungguh mencangkul tanah. Dari pagi lagi dia belum berhenti untuk berehat.

Tanah yang sudah hampir 30 tahun di usahakan itu idak banyak berubah dari hari pertama ia di usahakan. Berpagi-pagi di gembur hanya sebelum gelap akan pulang.

Pakcik tua itu tidak pernah lelah mengusahakan tanah ladangnya.

Seusai menggembur tanah ladangnya, pakcik tua separuh kurun itu kelihatan terhenjut-henjut menarik sekarung benih dari bawah pokok yang di letakkannya seawal pagi ketika sampai tadi.

Batu-batu tadi di tanam di atas perbatasan yg telah di gemburnya sejak beberapa hari yang lepas. Satu persatu batu itu di keluarkan dari karung. Setiap perbatasan di letaknya seratus batu yang di anggapnya benih yang akan memberi hasil yg bermenfaat buatnya suatu hari nanti.

Dan begitulah rutin yang telah di habiskannya selama hampir 30 tahun...

Tuan-tuan yang mulia. Apakah akan kita mensia-siakan hidup kita dengan mengusahakan sesuatu seperti ini?

Apakah kita mahu hidup dan meghabiskan masa kita dengan mengusahakan sesuatu yang sia-sia?

Apakah hidup kita hanya untuk melakukan perkara sia-sia tiada makna?

Betapakah sayangnya kehidupan kita yang bernilai ini di sia-siakan begitu sahaja. Padahal telah datang Pemberitahu cara hidup yang menghasilkan keberuntungan yang tiada tolok nilainya.

Jadi kenapa kita masih?

Nota terbaik dari ladang : Dunia adalah tempat kita bercucuk tanam yang hasilnya akan di tuai di negeri selamanya.

Tiada ulasan:

Sila klik selagi Halal