Khamis, 14 Oktober 2010

Mengapa Perlu Kita Mengikuti Imam Madzab?



Berikut ini penjelasan Hujjatul Islam Imam Nawawi :

Penjelasan Imam al-Nawawi dipetik dari kitab Majmu’ Sharh al-Muhazzab

Bab Adab Berfatwa, Mufti dan Orang Yang Bertanya Fatwa

Terjemahan

“Dan tidak boleh bagi orang awam itu bermazhab dengan mazhab salah seorang daripada imam-imam di kalangan para sahabat r.anhum dan selain daripada mereka daripada generasi-generasi yang terawal, walaupun mereka lebih alim dan lebih tinggi darjatnya berbanding dengan (ulama’) selepas mereka;

ini adalah kerena mereka tidak meluangkan masa sepenuhnya untuk mengarang ilmu dan meletakkan prinsip-prinsip asas dan furu’nya. Maka tidak ada bagi salah seorang daripada mereka sebuah mazhab yang telah dihalusi, dianalisis dan diperakui.

Hanyasanya, (ulama’-ulama') yang datang selepas mereka yang merupakan pendokong mazhab para sahabat dan tabien lah yang melakukan usaha meletakkan hukum-hukum sebelum berlakunya perkara tersebut; yang bangkit menerangkan prinsip-prinsip asas dan furu’ mereka seperti (Imam) Malik dan (Imam) Abu Hanifah dan selain dari mereka berdua.”

[Kemudian Imam al-Nawawi menjelaskan kelebihan mazhab Imam al-Shafie dari pandangan beliau dan dengan secara tersiratnya menerangkan mengapa beliau bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie]

“Dan oleh kerana Imam al-Shafie adalah merupakan imam yang terkemudian dari sudut masa, maka beliau telah melihat mazhab-mazhab mereka seperti mana mereka melihat mazhab-mazhab ulama’ sebelum mereka. Maka beliau menperhalusinya, mengujinya dan mengkritiknya dan memilih yang paling rajih (kuat) dan beliau mendapat hasil daripada usaha ulama’-ulama' sebelum beliau yang telah meletakkan gambaran dan asasnya, maka beliau telah meluangkan masa untuk memilih dan mentarjih dan menyempurnakan dan meminda, dengan pengetahuan beliau dan kebijaksanaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu.

Dan dengan perkara ini beliau mendapat kedudukan yang lebih kuat dan rajih, kemudian tidak ada selepas beliau, (alim) yang mencapai kedudukan seperti beliau dalam perkara ini.

Maka dengan ini, mazhab beliau adalah mazhab yang paling utama untuk diikuti dan bertaqlid dengannya – dan ini dengan jelasnya bahawa kita mestilah berlaku adil dan tidak ada meletakkan sebarang sikap memandang rendah pada salah seorang daripada para imam.

Hal ini, apabila diteliti oleh orang awam akan memandunya kepada memilih mazhab Imam al-Shafie dan bermazhab dengannya.”


Sedikit Ulasan

* Mengikut mazhab yang empat pada hakikatnya mengikut mazhab para sahabat dan tabien kerana ulama’ mazhab empat merupakan pendokong mazhab para sahabat dan tabien yang mengikut sunnnah Rasulullah SAW.

* Terdapat beberapa Imam dalam mazhab al-Shafie yang menerangkan sebab kenapa mereka bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie seperti Imam al-Nawawi, Imam al-Bayhaqi dan Imam al-Suyuthi. Jelaslah mereka bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie bukan kerana taqlid semata-mata.

* Kalau kita dapat cari sebab-sebab yang diketemukan oleh para imam tersebut, Insya Allah, akan bertambah kuat pegangan kita dengan mazhab yang muktabar seperti mazhab Imam al-Shafie .

* Imam 4 madzab hidup di 3 zaman yang terbaik (sahabat - tabi’in - tabiuttabi’in) mereka adalah murid dan anak murid terbaik dari sahabat Nabi).

* 4 imam inilah yang layak berijtihad (imam mujtahid), sebagaimana pendpat Imam Ahmad ketika ditanya : berapa ratus ribu hadits seorangt menjadi mujtahid. Beliau katakan : ia harus sekurang-kurangnya hafal 600 ribu hadits (dengan sanad dan maknanya, disamping ia harus menguasai 15 cabang ilmu islam).

* Tidak semua imam hadits layak menjadi imam mujtahid. Berdasarkan keterangan dalam kitab Syarah Arba’in Nawawi disebutkan : ulama disebut dengan Hujjatul Islam jika hafalan haditsnya diatas 300 ribu hadits,disebut Al Hafidz jika hafal sekurang-kurangnya 100 ribu hadits. Sedangkan kesepakatan ulama ahlusunnah : “Wajib mengikut imam mujtahid jika ia belum sampai maqam mujtahid”

* Landasan hukum islam bukan hanya Alqur’an dan Hadits tapi Ijma dan Qiyas juga termasuk. ulama ketogorikan 4 dasar hukum islam ini menjadi 12 macam. Diantaranya adalah Sunnah Khurafaurasyidin dan kebiasaan (amalan) Ahlu Madinah (zaman shahabat dan tabi’in). Imam 4 madzab tidak hanya mengambil dalil dari hadits saja tapi juga mengambil dari kebiasaan Ahlu Madinah (amalan ulama zaman tabi’in yang berguru langsung dengan shahabat).

Semoga kita diberi kekuatan dan kefahaman untuk mengikuti amalan mereka (imam 4 madzhab ahlusunnah).

wallahu a’lam.
(Ehsan : Yoyo/Sidogiri)

di petik dari http://hambalialorstari.blogspot.com

juga boleh rujuk penerangan yang menarik di laman ini http://keretamayat.blogspot.com
dan juga di sini mengenai perbezaan pendapat http://keretamayat.blogspot.com

Tiada ulasan:

Sila klik selagi Halal