Rabu, 21 Julai 2010

bila banyak mengeluh maka banyaklah kufur eh eh eh?



Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur" - al-Mulk:23


Hari ni bila ada org yang berdoa untuk mereka yang berlaku zalim maka aku jadi seram.

Apakah doa itu untuk aku?

Kita bangun pagi dengan segala anggota badan yang masih sempurna. Mungkin ada orang lain yang masa bangun tidurnya sudah ada kecacatan pada anggota badannya tapi itu orang lain dan aku bukan mahu bercerita untuk orang lain pada kali ini.

Ini pasal aku. Aku yang berpagi-pagi bangun dengan mata yang masih boleh melihat, telinga yang masih boleh mendengar, mulut yang masih boleh berkata-kata. Anggota badan yang masih boleh bergerak dan segala macam nikmat zahir yang aku ada semalam masih di beri untuk hari ini.

Dan untuk itu aku jadi takut dengan doa orang yang mendoakan kebinasaan utk mereka yang berlaku zalim.

Apakah aku termasuk di dalam doa itu?

Kerna dengan mata yang masih sempurna melihat aku masih zalim terhadap diri ku apabila hak Allah aku langgari dengan melihat maksiat yanga da di hadapan belakang atas dan bawah.

Kerna dengan telinga yang masih boleh mendengar aku zalimi diriku dengan melanggari hak Allah dengan mendengar keburukan-keburukan saudara sendiri.

Kerna dengan mulut yang masih bisa berkata-kata lancar aku zalimi diriku dengan berkata dusta dan bohong melanggari hak-hak Allah.

Dan dengan anggota badan ku yang masih sempurna aku zalimi diriku dengan menggunakannya ke arah kemaksiatan.

Apakah aku tidak berlaku zalim bila ada yang buta matanya tetapi masih bisa mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya?

Apakah aku tidak berlaku zalim bila ada yang bisu mulutnya tetapi masih bisa mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya?

Apakah aku tidak berlaku zalim bila ada yang pekak telinganya tetapi masih bisa mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya?

Dan apakah aku tidak zalim bila ada yang cacat anggota badannya tetapi masih bisa mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya?

Dan sesungguhnya berapa ramai mereka yang kurang keupayaan begitu bersungguh-sungguh beribadat mentaati segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya berbading aku yang sihat walafiat ini?

Dengan kemewahan yang aku ada ini berapa kerapkah aku mensyukuri nikmatNya? apakah sudah tertunai segala hak-hakNya atas nikmat yang di berikan kepadaku?

Betapa ramai mereka yang miskin susah tetapi masih tenang dalam beribadah menunaikan perintah-perintahNya dengan penuh rasa syukur dan nikmat?

Jadi doa untuk mereka yang berlaku zalim itu akan tertunaikah ke atas aku?

Oh sesungguhnya aku takut akan doa orang-orang yang di zalimi!

3 ulasan:

Unknown berkata...

Uhuk...macam tertelan biji nangka super saiz besar baca entry ni.

Oh berpeluh gak bila fikir2 balik cara diri menzalimi diri sndr. Makbulkah doa mereka2 itu ya?

Insaf & insaf lagi.

p/s Bau2 bacang ngn Justin Bieber je. Ngeh~~

Ziarah76 berkata...

doakan saya agar istiqamah di jalan-Nya

Hana Faza-same person berkata...

salam ziarah
subhanallah, adakala kita terlupa bahawa kita hanya sementara..semoga Allah tetapkan iman kita dan hidup kita dengan pengakhiran yang baik..amin...

Sila klik selagi Halal