Rabu, 23 Jun 2010

bekerjalah seumpama kamu akan hidup seribu tahun lagi


Aku selalu fikir pasal kerja. Ada apa sebenarnya dengan kerja ni? Ya lah selama ni kita ngerti kerja tu yang kerja kita bangun pagi balik petang tu la atau yang berniaga atau apa jugalah jenisnya (tapi yang aku punya "kerja" ikut shift). Yang kerja itulah yang kita berpagi-pagi bangun, bertekak bertawa gembira, yang tipu menipu, yang berpening fikir kepala, yang tungkus berlumus, yang penat berlelah, segala itulah yang kita kerah berkeringat. Yang kerja itulah yang selalu aku fikir.

Untuk itukah semata-mata 24 jam sehari kita habiskan? Aku kalau fikir memang aku jadi pelik. Sampai aku banyak menolak peluang. Peluang yang mana aku rasa akan menambahkan lagi masa yg sedia ada dari 24 jam itu untuk di habiskan.

Aku letih sebenarnya untuk habiskan masa aku yang 24 jam sahaja itu semata-mata kerana kerja. Sebab? Berbaloikah? Kerana? untuk itukah kita hidup di dunia ni? Semata-mata me"mewah"kan kerja sehingga maksud hidup kita jadi kecil sangat.

Sehinggakan kita menilai hidup ni berdasarkan kerja. Berdasarkan hasil materi dari sebuah kerja. Oh! satu mala petaka yang besar andai itu yang terjadi.

Sebabnya tidak kurang nilai yang kita boleh dapat dari seorang tukang sapu di jalanan. Ya. Memang kerjanya selekeh dan murahan tetapi nilai hidupnya belum tentu begitu.

Dan tidaklah mahu di katakan yang kerja tinggi melangit itu nilai hidupnya nipis. Yang ingin di sarankan ialah jangan kita menilai sesuatu dari kerja dunianya sebab bukan maksud itu sebenarnya kita wujud di dunia ni.

Petani, kerani, arkitek, tukang sapu, doktor atau apa juga kerja di dunia yang di lakukan suatu masa nanti semua akan sama. Semua akan menjadi mayat tak bernyawa.

Jadi di mana nilaiannya nanti setelah menjadi jenazah? kedoktorannya kah? ketelitiannya menyapukah? kehebatannya mengukir tembok batakah? apakah?

Kita wujud di dunia ini bukan semata-mata utk bekerja menghabiskan masa 24 jam ke arah itu sahaja. Sains logika ghaibNya tidak begitu kadang-kadang.

Selama ini kita banyak salah faham dari benar fahamnya.

Fikirkan semula perintah-perintahNya dan pasti sains logika kita tidak akan sama dengan apa kehendakNya di kebanyakkan perkara yang kita anggap kita faham tapi sebenarnya belum.

Semudahnya beginilah, walau apa juga kita lakukan di dunia ini, walau serendah mana, setinggi mana, kita tetap hina sebagai hambaNya.

:)

Nota: Eh? sampai lupa mau bagi tajuk.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum...

Minta izin untuk copy paste yang ini ya.


"Walau apa juga kita lakukan di dunia ini, walau serendah mana, setinggi mana, kita tetap hina sebagai hambaNya."

Makaseh.

kerangRebus berkata...

suke tulisan pada topi kselamatan tu.. :)betul2 bmakna tuh..hm

Tujuh Kaki Dalam berkata...

bibier karim @ silakan. (anda kakak kepada justin bibier kah?)

kerang rebus @ tu la dia.

Sila klik selagi Halal