Rabu, 10 Februari 2010

Hari Ini



Hari ini baru ada semangat untuk menulis sesuatu.

Dunia, yang sekejap cuma ini. Penuh dengan berbagai-bagai perkara. Sama ada ghaib mahupun yang nyata. Semua merupakan ujian.

Sebesar mana kehendak kita terhadap dunia, pasti dan pasti suatu hari nanti akan kita tinggalkan juga kerana itulah hakikat dunia. Perhentian cuma.

Islam tidak pernah menghalang kita untuk mencari apa juga keperluan yang ada di dalam dunia. Cuma perlu kita ingat bahawa sesungguhnya kerana kasih sayang Allah Ta'ala yang hebat maka Allah zahirkan untuk kita garis panduan agar dalam mencari apa juga pun keperluan dunia ini ada garis panduannya supaya kita beringat bahawa sesungguhnya dunia ini perhentian cuma.

Maka dengan itu, Allah yang Maha Hebat telah mengutus seorang hambaNya yang paling mulia. Di pilih dari kalangan manusia itu sendiri supaya senang kita untuk mengikut contoh tauladan Beliau. Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, seorang hamba, seorang kekasih, seorang nabi, Seorang Rasul yang mulia. Yang tak pernah putus rasa cinta terhadap ummatnya sendiri. Yang mana senantiasa rindu terhadap ummatnya.

Sejauh mana kita "menghanyutkan" diri kita untuk dunia ini, suatu hari nanti pasti dan pasti akan kita tinggalkan juga. Dalam apa juga keadaan. Dalam apa juga kesediaan atau tidak. Maka di mana kenikmatan yang kita cari dan kumpul selama ini akan dapat kita rasa selepas meninggalkan dan terpisah darinya?

Kenikmatan itu hanya akan terasa jika kita mengikut apa yang telah di contohkan oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam kerana itulah pra syaratnya untuk menikmati segala apa yg kita kumpul di dunia ini setelah kita pergi meninggalkannya.

Ingatlah bahawa semua ini adalah 'mimpi' semata-mata. Kerana suatu hari nanti kita akan tersedar dari mimpi dan mengertilah bahawa selama ini kita sedang tidur dan baru terjaga dengan realiti kehidupan yang sebenar-benarnya.

Sekarang ini, kita masih belum 'terjaga'.

Nota Hari Ini : Maka kasihanlah mereka yang sangka mereka sudah 'terjaga' dari tidurnya.

2 ulasan:

morsmode berkata...

Semoga yang terjaga sering berjaga.

Ziarah76 berkata...

salam,
lama jugak menghilang ye.
Semoga Allah melimpahi rahmat dan berkat kepada tuan.

Sila klik selagi Halal