Rabu, 9 Disember 2009
Jalan Sempurna
Hidup. Kadang-kadang meletihkan (sebenarnya bukan kadang2 tetapi selalu). Mengejar dan di kejar. Ada yang mengejar bayang-bayang dan tidak kurang yang di kejar bayang-bayang.
Ada yang tidak mengenal letih. Berhempas pulas untuk sesuatu yang akan di tinggalkan. Atur di abai. Nafsu menjadi petunjuk dalam mengejar sesuatu yang akan di tinggalkan.
Demi untuk perut di isi, habis segala yang di sebelah kanan di biar ringan. Demi hanya kerana ruang yang sempit itu semata!
Hati, yang warnanya merah kini sudah hitam bersalut dosa. Semata-mata untuk perkara-perkara yang akan di tinggalkan dan semata-mata ruang yang sempit itu.
Oh! Aku letih.
Syukurlah. Masih ada yang mahu mengingatkan bahawa di sinilah usaha kita untuk sesuatu yang masih belum di lihat mata.
Syukurlah. Masih ada yang mahu mengajak untuk kerisauan perkara yang masih ghaib.
Syukurlah. Masih ada yang mahu memberitahu bahawa hanya dengan iman kita akan berjaya.
Dengan cara yang Dia suka.
Bukan cara itu dan ini. Bukan cara dunia. Bukan cara Firaun dan Haman. Bukan cara Namrud dan Qarun. Bukan cara aku dan kamu.
Demi nafas yang masih menghela, sebelum terhenti di noktah mati.
tersisa siksa demi bahagia,
jauh menunggu rindu,
hari berlalu terasa lama,
jiwa sudah di sana..
Nota Kecil : Fuh. Lama jugak tidak berupdate. He he he.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
lama tak update? pegi mana? keluar ke? semuga semuanya ok, insya-Allah
ziarah76 ; tak keluar pon.cuma malas nak mengeblog.rajin baca blog org sahaja.bukan terrer pon tulis blog.hehe
assalamualaikum....salam ziarah..
LAMAya menghilang.......
macikku unachenta pun lama uda nda mengupdate blog nya..hehehe
kmu buat apa sekarang??
hehehe....semoga jmpa kg
memang lama(!) dah pandai hilang2 mcm blog Bicara:-)
epal; biasakla dah perasan pemes.kununnya.tu yg menghilang.hehe
rith89; jumpa di bingkul.
el;blog bicara tu blog siapa?
Catat Ulasan