Jumaat, 17 Julai 2009

Laporan Ijtima' Malaysia 2009 (Peribadi)

gambar di ambil dari sini.

Alhamdulillah.

Ijtima' Malaysia telah berjaya berlangsung beberapa hari yang lepas. Ijtima' kali ini berjaya mengumpul puluhan ribu ummat Islam dari seluruh dunia (di laporkan di dalam sebuah akhbar tempatan bahawa jumlah telah mencecah sehingga 200 ribu orang)

Betapa aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah Ta'ala telah pilih aku untuk dapat menghadiri Ijtima yang julung-julung kali di adakan di Malaysia.

Pertamanya, aku tak berapa pandai nak buat karkuzari (laporan) pasal Ijtima' sebab aku tak duduk dengar bayan secara formal. Dengar bayan secara informal bila tiada tugas. Ini kerana ketika Ijtima, Alhamdulillah Allah telah pilih aku untuk jadi jemaah khidmat di bahagian potong memotong. Jadinya, masa untuk mendengar bayan hanya bila ada sedikit kelapangan (itupun melalui corong speaker di khemah khidmat ta'am) atau semasa sedang memotong sayur-sayuran.

Walau bagaimanapun aku akan coretkan sedikit sebanyak yang aku dapat dengar dan harap kita sama-sama dapat amal dan sampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain.

Antara yang aku dapat dengar melalui bayan (ceramah) Maulana;

1. Kisah ashabul Kahfi. Dimana Maulana bagitahu bila kita ada kerisauan dan fikir akan keadaan iman kita, pasti dan pasti bantuan Allah akan bersama-sama dengan kita. Maulana telah membawakan bagaimana pemuda-pemuda Kahfi telah bersembunyi ke dalam gua atas maksud yang sama iaitu menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang di zaman itu zalim dan mengkehendakkan rakyatnya menyembah selain dari Allah Ta'ala. Hanya atas sebab mereka ingin menyelamatkan iman mereka bantuan Allah yang sgt besar telah datang bersama-sama mereka. Allah telah tidurkan mereka beratus tahun. Dengan asbab kerisauan mereka, Allah telah amkan hidayat. Buktinya ketika mereka telah bangun dari tidur yang panjang, zaman itu masyarakat telah pun beriman kepada Allah Ta'ala sepenuhnya. Dan lagi menurut Maulana (kalau tak silap aku mendengar atau lebih kurang) itu baru fikir risau iman atas diri mereka sendiri dan hanya melalui tidur Allah telah amkan hidayat apatah lagi bila kita ada kerisauan tentang iman seluruh ummat (seperti mana fikir risaunya Baginda nabi sallallahu 'alaihi wasallam) dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain, dari pintu ke pintu, hati ke hati (seperti mana yang telah di buat oleh para Sahabat radiallahu 'anhum) pasti dan pasti Allah tidak akan membiarkan kita begitu sahaja dan pasti dan pasti bantuan Allah akan senantiasa bersama kita.

2. Hari ini kita kena perbetulkan kaedah kita menyelesaikan segala masalah kita. Menurut Maulana, hari ini kita kena selesaikan masalah kita melalui amal ibadah. Apa jua masalah yang kita hadapi kena cepat-cepat mencari rahmat Allah (melalui amal ibadah perintahnya terutama solat dua rakaat), dan tempat yang sepatutnya kita pergi bila ada masalah ialah Masjid ataupun surau.

3. Hari ini ummat telah salah faham antara ilmu dan pengetahuan. Segala pengetahuan dunia di katakan bahawa itulah ilmu. Faham seperti ini menurut Maulana adalah sangat salah sama sekali kerana hakikat ilmu itu ialah bagaimana kita kena tahu apa perintah Allah pada setiap waktu dan ketika dan kena ikut cara yang telah di tunjukkan olehRasulullullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

4. Maulana juga telah bagitahu bahawa Ulama' itu adalah pewaris nabi. Maksud waris di sini bukan sekadar ilmu kenabian sahaja tetapi juga mewarisi segala kerja yang telah di buat oleh nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Itulah maksud sebenar Ulama' pewaris nabi terang Maulana lagi.

Antara peristiwa-peristiwa yang menarik sepanjang Ijtima' yang dapat di aku ingat antaranya ialah:

1. Semasa khidmat, tiada kelihatan lalat-lalat menghurungi daging-daging mentah yang belum di masak. Bukan tiada lalat. Ada tapi lalat itu hanya hinggap di buah-buahan sahaja. Itu pun dalam jumlah yang boleh di bilang dengan jari.

2. Masa tidur, walau pun jika di pandang dengan mata kasar memang tidak selesa tetapi Alhamdulillah kerana sesungguhnya keselesan itu bukan dari keadaan tempat tidur tetapi keselesaan itu adalah milik Allah. Seteruk manapun keadaan tempat tidur kalau Allah dah tetapkan kita akan tidur dengan nyenyak dan selesa maka tiada satu kuasa pun dapat menghalang kerana selesa dan nyenyak itu hak milik Allah yang mutlak. Dan masa tidur langsung tak dengar bunyi nyamuk. Malah hujan dan panas pun aku boleh tidur dengan nyenyak (boleh pula aku buat tak tau panas ke hujan ke sebab nyenyak tidur. He he)

3. Betullah orang alim bagi tahu bahawa kita perlu senantiasa menjaga niat kita sebelum, ketika dan selepas Ijtima' kerana sepanjang Ijtima' segala urusan yang kalau di fikir memang rumit Alhamdulillah Allah permudahkan. Dan berbagai juga cerita sahabat-sahabat yang lain terdengar tetapi itu tidaklah penting kerana tujuan utama ke Ijtima' bukanlah untuk mencari keselesaan kerana perjuangan itu perlu di lalui dengan jalan yang penuh mujahadah (susah payah) baru terasa kenikmatannya iman.

4. Hujan yang turun di sepanjang Ijtima' jugak sangat luarbiasa. Lebat tapi seketika. Dan paling menyentuh jiwaku ialah hujan yang turun sejurus azan Jumaat habis di laungkan. Lebat tapi seketika cuma dan ada sahabat bagitau makcik yang jualan di gerai semasa solat jumaat cerita hujan di tempat lain memang lebat tetapi di kawasan solat tidak pula lebat. Wallahu a'lam.

Apa yang penting selepas Ijtima' ialah kita kena mula sedar tugas kita sebagai ummat terbaik. dan sedar sahaja juga tidak cukup kerana perlu pada tindakan iaitu membuat kerja sebagai ummat terbaik.

Jadi tuan-tuan yang mulia bersiap siagalah setiap masa, waktu dan keadaan untuk menyahut panggilan kerja agama dengan mengorbankan diri, masa dan harta (terutamanya diri aku sendiri).

InsyaAllah azam!


Lagi laporan lain boleh di baca melalui blog-blog di bawah :

http://azharjaafar313.blogspot.com/
http://tamindhari.blogspot.com/
http://gunawanaziz.blogspot.com/
http://krenmaut.blogspot.com/
http://hambalialorstari.blogspot.com/
http://rahba81.blogspot.com/
http://sekolahatapaje.blogmas.com/
http://kopiahhensem.blogspot.com/
http://iluvislam-fiqkofallah.blogspot.com
http://syukri-abdullah.blogspot.com/
http://asqalani.blogspot.com/
http://ghostridermujahid.blogspot.com
http://iktibaronline.blogspot.com/
http://silangbunga.blogspot.com/
http://aman.via.my

Nota Peribadi : Aku kecewa sebab hari terakhir dan program terakhir iaitu duduk Bayan untuk orang-orang Khidmat Ta'am aku tak dapat nak sertai. Inilah natijah dari amalan aku yang banyak main dan tidak sempurna

3 ulasan:

rahba81 berkata...

Salam..

Subhanaullah..pengalaman tuan tu saya juga merasai dan perasaan akan keadaan di sana..

Tak byk nyamuk,tak byk lalat..Hujan kejap2..Subhanaullah..

Tidur pun memang lena walaupun kurang waktu tidornya..

Tanpa Nama berkata...

Saya trauma dan fobia nak hadiri ijtimak kerana masalah tandas tak selesa.

Tapi alhamdulillah semasa ijtimak tandas rasa mcm kat hotel 5 star lah pulak...

Tujuh Kaki Dalam berkata...

rahba81,

Allah Maha Kuasa, makhluk sekelumit pun tiada kuasa. he he

Tanpa Nama,

Allah yang memiliki keselesaan dan dia jugalah yg akan membuka ruang keselesaan bagi siapa2 yg di kehendakiNya

Sila klik selagi Halal