Kadang-kadang bila aku tiada benda yang perlu di buat aku akan melayari blog-blog, laman sosial dan melihat-lihat sekitar alam maya setakat mana yang tercapai.
Jadi biasanya aku akan melihat perkara-perkara yang sedang di buat oleh kenalan-kenalan baru dan juga yang lama. Asyik menceritakan, menghebahkan dan menguar-uarkan cerita-cerita dunia, hobi dan juga usaha mencari rezeki (dan semua ini akan di tanya nanti di alam sana).
Dan bukan "kadang-kadang" juga kalau tiba-tiba aku merasa "kosong" dalam melayari cerita-cerita mereka.
Terasa sempit dan sesak.
Maafkan aku kawan-kawan bukan niatku untuk mempersoalkan segala apa yang kalian lakukan cuma..
Andainya segala keduniaan itu boleh mendatangkan menfaat yang banyak di alam yang tiada kiamat mungkin aku akan sedikit lega.
Andai segala cerita yang di hebahkan, di uar-uarkan boleh menimbulkan kesedaran bahawa dunia ini sementara malah nilainya tidak lebih dari sebelah kepaknya seekor nyamuk mungkin aku akan sedikit lapang.
Kerana apa wahai teman-teman?
Kerana aku juga seperti kamu.
Ingin bahagia di dunia malah semestinya di akhirat.
Cumanya usaha kita ini seolah-olah kita sedang men'jahanam'kan akhirat kita.
Banyak mana kita bercerita,menguar-uarkan dan menghebahkan kepentingan hidup selepas mati? Hidup yang selama-lamanya. Sedangkan demam di dunia kita mengeluh panjang apatah lagi sakitnya azab api neraka yang tak dapat terbayangkan aqal benak kepala kita ini.
Berlaku adilkah kita dengan nikmat yang telah Allah kurniakan? Bila mana kita sepertinya tidak menghargai apa yang orang lain tidak miliki.
Bukan sahabat, bukan!
Bukan kerjaya mu yang kau miliki itu. Bukan hobi hebatmu yang kau banggakan itu. Bukan harta mewah hasil usaha kerasmu siang dan malam itu. Bukan! Bukan! Bukan!
Tapi Islam dan imanmu itu wahai sahabat, wahai teman, wahai kenalan.
Itulah anugerah terindah, terhebat dan terpenting dari segala apa yang ada di langit dan di bumi.
Bukan sedikit daripada kita yang menggadai itu untuk dunia yang tidak bernilai ini.
Sedih dan tersayat hati bilamana kau, yang aku akui sebagai saudara seagamaku, sewenang-wenangnya menggadai Subuhmu, Dzuhurmu, Asarmu, Maghribmu, Isyakmu malah Jumaatmu, demi semata-mata mengejar nikmatnya dunia. Demi semata-mata ingin merasa enaknya hidup dunia yang sementara waktu ini. Oh!
Wahai sahabat, wahai kenalan.
Sedarlah bahawa dunia ini syurga bagi mereka yang kafir dan penjara bagi kita, ummat Islam.
Sedarlah bahawa ada yang sedang menanti kita. Suatu yang tidak tahu bila tetapi pasti dan pasti senantiasa menunggu kita!
Sementara ia belum sampai menjemput pulang, di sinilah, di dunia ini tempat kita persiapkan segala bekal.
Itulah MATI. Yang bila masanya tiba, tidak lambat walau sesaat dan tidak awal walau sedetik.
Sedarlah wahai sahabat, wahai kenalan, wahai aku.
Kita ini hamba. Makanya sebagai hamba perlu ta'at dan patuh terhadap segala apa yang di inginkan oleh Tuannya.
Apa kita sudah lupa saudara-saudaraku? Nikmatnya balasan syurga? Sakitnya azab neraka?
Itukan semua ada di dalam kitab suci kebanggaan kita? Itukan semua ada di janjikan insan mulia Nabi junjungan kita?
Apa kita sudah mulai leka dari mebaca janji-janji dan azab-azabNya kerana dunia?
Apa kita sudah mulai tidak mengenal ajaran dan cara hidup Nabi junjungan tercinta?
Maka kecelakaan apakah yang paling besar andai kita kehilangan nikmat Islam dan iman ini wahai saudara, wahai teman, wahai kenalan?
Iman dan Islam inilah lesen kita ke syurga.
Andai ini terabaikan. Apakah akan ada ehsanNya untuk kita yang zalim ini?
Apa akan adakah jaminanNya?
Wahai saudara, wahai teman, wahai kenalan. Hari ini kita masih bernafas, sempat.
Se'sempat' nafas yang di hela se'sempat' itu untuk mengucapkan rasa taubat dan syukur.
Sedarlah sebelum terlambat!
Nota berisi : Jangan buat-buat lupa.
6 ulasan:
Blogger jenis apakah diriku.... :(
syukran ansar..
Salam ziarah..
Terima kasih diatas tazkirah ini.
"Dunia utk menanam, hasilnya dipetik di akhirat kelak, InsyaAllah"
salam...
terkesan sungguh saya dengan entry ini. izinkan saya me'link'kannya dengan blog saya..
jazakallah khair
Wahai Tuhan daku bermohon
keampunan dan kemaafan
tambahkan padaku ilmu yang berguna..
sitisifir10,
blog akak blog org dah berumah tangga kak. he he
Ummu Solehah Muhammad,
afwan solehah
nohas,
ya benar tu cik.
Hurulain Sakinah,
semoga ada menfaat dan dapat di amal serta di sampaikan
Catat Ulasan