Hari ini merupakan hari yang sangat penuh dengan ujian kesabaran dan kewarasan akal aku sebagai seorang yang mengaku Allah itu Tuhan, tiada yang layak di sembah melainkan Dia dan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam itu pesuruhNya.
Sedih, bila ada saudara seagama yang bertungkus lumus mengejar dunia yang tiada nilai ini sehingga menggadai nilai akhirat (yang lebih utama dari segala apa yang ada di dunia ini.)
Dan lebih sedih bila aku tak dapat buat apa-apa di sebabkan hanya mampu menahan marah dan berdiam diri dari bersuara kerana berdiam diri itu lebih baik dari bersuara dalam kemarahan dan mencetus perbalahan.
Kadang-kadang terasa lemah diri bila ujian sekecil ini hendak di rungut dan di ambil kira sangat.
Tadi sempat juga aku bandingkan apa yang sedang aku hadapi ini dengan situasi Rasulullullah Sallallahu 'alaihi wasallam ketika hendak meyakinkan penduduk Makkah bahawa tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.
Manusia-manusia yang aku jumpa ini tidak seberapa kejam dan zalimnya dengan manusia-manusia yang nabi yg aku amat cintai jumpa.
Ujian-ujian yang aku lalui ini tidak sehebat mana di bandingkan dengan ujian-ujian yang Allah ahdapkan untuk kekasihNya itu sendiri.
Cuma atas kelemahan aku sendirilah aku terkesan sangat dengan manusia-manusia ini sedangkan nabi sallallahu 'alaihi wasallam tetap tenang menghadapi ujian-ujian yang datang melanda dari segenap pelusuk terutama di awal-awal usaha dakwah Baginda Sallallahu'alaihi wasallam sehingga Baginda wafat.
Dan yang penting ujian-ujian yang di hadapi oleh Rasululllullah Sallallahu 'alaihi wasallam adalah kerana melaksanakan perintah beriman kepada Allah Ta'ala sedangkan ujian-ujian untuk aku hanyalah berkaitan keduniaan semata-mata (maka apa yang nak kau keluhkan sangat wahai empunya blog ha?)
Mengenangkan ini semua air mata mengalir sedih. Sedih bukan kerana aku tapi sedih mengenangkan perjuangan nabi tercinta demi untuk ummatnya. Perjuangan yang tidak kenal lelah dan penat. Perjuangan yang penuh kasih sayang terhadap insan - insan yang ramainya tidak pun sempat Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam jumpa.
Semua ini menyebabkan aku semakin rindu.
Rindu untuk bertemu dengan nabi ku.
Nota Kecil : aku malu untuk bertemu mu ya Rasulullah!
4 ulasan:
salam...
sahabat baru...izinkan ai mengikuti blog kamu ya...
taknak share?
salam en mata sepet..apa khabar kamu??
cruelly,
silakan link.tiada masalah
Emblem of Purity,
berapa peratus nak share ni?
zianazone,
Alhamdulillah sehat sahaja kak.
Catat Ulasan