Sabtu, 2 Mei 2009
EPF
Tengah hari itu setelah usai mandi, aku bersiap-siap untuk pergi ke tempoat kerja. Seperti kebiasaannya aku akan singgah sebentar di mosalla perumahan aku ini untuk solat dzuhur berjemaah. Sebelum itu aku tunaikan dulu tuntutan si perut yg sedang berkeroncong lagu klasik. Tepat waktu dzuhur kedengaranlah azan di kumandangkan oleh muazin menyeru manusia-manusia yang hanyalah hamba hina untuk datang mengagungkan Tuhannya, Allah Azza wa Jalla Ta'ala. Tapi kebiasaannya, di tengah hari waktu bekerja seperti ini hanyalah sebuah pemandangan yang mencengkam sedih dan duka. Saf solat dzuhur di kawasan pemurahan aku ini tidak pernah mencecah 2 baris walau untuk musolla sekecil as-Salam ini!!
Usai solat dzuhur berjemaah (yang mana bagi aku ini lebih penting dari dunia dan seisinya yang aku juga selalu lalai untuk mengutamakannya!), aku bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan. Gamis hitam ku lipat dan ku sematkan elok-elok ke dalam beg sandang berwarna jingga gelap milik ku ini. Miswak dan attar ku simpan di ruangan hadapan beg. Ketika itu juga seorang ahli jemaah yang sedang duduk bersebelahan dengan ku, seorang warga seberang menegurku.
"Mau berangkat kerja ya mas?"
"Iya bang" jawab ku ringkas. Aku tidak berniat untuk memperpanjangkan bicara.
"Kerja apa ya mas?"
"Kerja biasa saja bang. Kerja makan gaji"
"Oh gitu. Ada EPFnya ya?" (Ewah-ewah tau pulak abang ni pasal EPF segala)
"Ada mas" balasku pendek.
"Bagus ya. Terjamin masa depan kalau gitu"
Aku tersentak seketika mendengar jawapan abang itu. Dalam hati aku beristighfar panjang.
"Mas, Allah yang bagi rezeki. Makhluk tiada kuasa. Masa depan yang jamin tu Allah mas. Bukan EPFnya".
Aku senyum.
Perlahan aku minta diri dan berlalu pergi.
Betapa hatiku tersangatlah tidak suka (benci) dengan keyakinan seperti itu. Apa itu bukan syirikkah namanya? Meyakini keterjaminan masa hadapan berdasarkan sesuatu yang selain dari Allah? Dan kerap kali aku berdiam diri menahan geram bila berhadapan dengan manusia-manusia yang mengagung-agungkan perancangan masa hadapan tetapi tidak meletakkan tawakkal sepenuhnya kepada Allahu Ta'ala.
Hal ini sering terjadi dan aku tidak suka! Padahal yang sebenarnya Allah hanya memerintahkan kita berusaha bersungguh-sungguh dan menjadi yang terbaik tetapi segala keyakinan kita Allah tak perintahkan untuk kita letak walau sedikit pun ke atas usaha kita itu tadi. Usaha yang kita lakukan bersungguh-sungguh itu sepatutnya adalah di lakukan kerana mentaati perintah Allah (iaitu Allah perintah kita melakukan sesuatu dgn bersungguh-sungguh dan menjadi yang terbaik). Nah! apabila ini dapat kita lakukan maka di sinilah sesuatu kerja itu akan menjadi ibadah.
Cuma ramai antara kita yang silap bila meletakkan keyakinan terhadap usaha yang kita buat dengan bersungguh-sungguh itu (inilah apa yang orang-orang kafir buat sebenarnya). Sepatutnya keyakinan kita 100% perlu di letakkan hanya kepada Allah. Ini di panggil tawakkal, kerana natijah/hasil dari usaha kita selayaknya hanya Allah yang akan menentukan. Berhasil atau tidak. Dan di sini perlu di ingat bahawa apa yang ingin kita hasilkan belum tentu baik buat kita dan apa yang kita tidak inginkan belum tentu tidak baik buat kita. Dia lebih mengetahui. Dengan meletakkan tawakkal 100% kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh insyaAllah pasti hati tidak akan kecewa dan merana tak tentu hala jika kehendak Allah tidak sama dengan kehendak kita dan kita juga tidak menjadi hamba yang kufur dan alpa bila mana kehendak Allah bersamaan dengan apa yang kita harapkan. Ini di panggil redha.
Jadi kesimpulannya, apa yang perlu kita lakukan dan perbetulkan ialah segala usaha yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh adalah semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah dan perbetulkanlah yakin kita dengan yakin sepenuhnya bahawa Allah-lah yang akan menentukan hasil dari usaha kita bukannya usaha kita itu tadi yang akan menentukannya.
Sesungguhnya yakin yang salah itu merosakkan aqidah dan aqidah yang rosak akan memberi kesan buruk dan dahsyat terhadap kehidupan akhirat kita nanti.
Wallahu a'lam.
Nota EPF : bukan sedikit orang yang tak sempat "merasa" EPF mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Salam.
tumpang lalu...
make sure EPF dah ada penama ke 2,
kalo meninggal,
senang.....
Duit EPF..
dah berjuta2 ringgit..
Duit ke Akhirat..
negatif lagi..
sedih.
T____T
dah lama tunggu TKD menulis entry dengan gaya begini..
assalammualaikom sahabat...
terima kasih hadir ke blogbicara,
sememangnya dikalangan kita tanpa disadari ada diantara keyakinan atau perbuatan kitayang boleh mencemarikemurnian tauhid kita kepada Allah.
semoga kita saling berpesan pesan, jumpa lagi ya.
faraulah
-------------------------------------
lalulah.takyah tumpang-tumpang.
he he.
hmm.lupa pulak dah bg ke belum.
usaha tanpa yakin usaha.
:)
famia
-----------------------------------
sebab tu ulama' bg saranan agar bila kita beribadat dgn mengetahui pahala dan kebaikan2 yang akan dapat lebih baik dr tatau apa.
pastu kita hitung la pahala dan kebaikan itu mcm kita hitung harta donya.
wow!
mesti teruja sebab nak jadi bilioner pahala di kahirat nanti.
[aku sudah lupa apa nama bila kita beribadah mengharap pahala (janji Allah)]
Ummu Solehah Muhammad
-----------------------------------
insyaAllah akan lebih banyak entry semacam ini.
doa-doakan ya!
^^
zamrie
-----------------------------------
semoga apa yg kita buat akan mendapat ganjaran pahala buat kita dan menfaat buat org lain.
terus menjaga niat saudaraku!
terima kasih utk peringatan.
"Allah-lah yang akan menentukan hasil dari usaha kita bukannya usaha kita itu tadi yang akan menentukannya"
Selalu terlupa dan hanya fokus pd perancangan sendiri tanpa menyedari semuanya di tgn Tuhan.
Assalamualaikum........
Alhamdulillah EPF itu pun kira rezeki Allah bagi, kalau tidak, macam mana banyak terkumpul pun kalau bukan rezeki untuk kita ...melepas jugak uhuhu.
Catat Ulasan