Sabtu, 30 Mei 2009

Buat kamu yang bergelar isteri


Baru - baru ini, seorang sahabat yang di kasihi telah menghadiahkan buatku sebuah naskah kecil. Sebuah naskah yang menggugah jiwa ku sebagai seorang bujang (ka ka ka).

Jadi di sini aku mahu berkongsi sedikit dari beberapa helaian kecil naskah tersebut.

(Bahagian satu)

Aku tinggalkan kamu...
Untuk merubah kesedihan dalam kematian
Menjadi hari yang terindah..
Sebagaimana kekasih Allah Subhana wa Ta'ala
Yang telah sukses melewatinya

Ketahuilah isteriku...
Bahwa setiap amal suami
Merupakan tabungan buat istrinya
bayangkan olehmu
Bagaimana jika seorang suami
hanya pandai mencari uang
Apakah buku amalmu akan bertambah??

Percayalah!!
Walaupun aku yang maju di hadapan musuh
Tetapi...
Kamu yang terlebih dahulu di bukakan pintu
Syurga oleh Ridwan a.s

Kamu akan menunggu 500 tahun
Di depan cermin emas
Dan kamu akan menjadi ratu bagi 70,000
Bidadari dan Malaikat

Tahukah kamu!!
Bahwa kecantikan bidadari 70,000 kali dari
kecantikan wanita terhebat dunia
Sedangkan engkau wahai Istriku...
Kecantikanmu nanti 70 kali ganda dari cantiknya bidadari
Bagaimana mungkin aku akan terkesan dengan selain darimu?

Hari pertama kita...
Pada perjumpaan yang abadi
Tertawa terus tiada lagi tangis,
Sehat tiada sakit,
Kaya yang tak akan datang miskin

Kamu sangat mengagumkan...
Aku terkesima puluhan tahun memandangmu
Bibirku perlahan berkata "Siapakah kamu?"
Kamu tersenyum...
Seandainya Syurga ada kematian
Maka senyumanmu...
Akan membuatku mati pada saat itu

Itulah sebabnya
Kamu jangan tertipu dengan wanita di dunia
Sheikh Malik bin Dinar katakan:
Nilai seorang wanita tercantik di dunia ini
adalah tak lebih dari 2 butir kurma sahaja.



Nota untuk diri sendiri : banyak-banyakkan sabar tuan. Kang sampai masa nikah jugak kau tu. (yela.sabar!he he)

Rabu, 20 Mei 2009

Malfuzat 37


Dalam suatu muzakarah beliau (Shaikhul Hadith Maulana Ilyas rahmatullah 'alaih) berkata, "Sebuah hadith menyatakan, "Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir" Maksudnya ialah kita di hantar ke dunia bukan untuk hidup mengikuti kehendak dan keinginan nafsu dan syahwat kita, menjadikan dunia ini syurga. Bahkan kita di hantar ke dunia ini melawan hawa nafsu dan mentaati hukum - hakam Allah Subhana wa ta'ala di mana dunia adalah penjara bagi orang Mukmin. Jika kita hidup mengikuti hawa nafsu seperti orang kafir bererti kita telah menjadikan dunia ini sebagai syurga, justeru kita telah mengambil hak orang-orang kafir dan dalam keadaan ini nusrah Allah tidak akan bersama orang yang mengambil hak, malah pertolongan Allah akan bersama orang-orang yang di ambil haknya."

Kemudian beliau berkata, "Fikirkanlah perkara ini!"

Nota untuk di fikir : "lu pikir la sendiri"

Sabtu, 2 Mei 2009

EPF



Tengah hari itu setelah usai mandi, aku bersiap-siap untuk pergi ke tempoat kerja. Seperti kebiasaannya aku akan singgah sebentar di mosalla perumahan aku ini untuk solat dzuhur berjemaah. Sebelum itu aku tunaikan dulu tuntutan si perut yg sedang berkeroncong lagu klasik. Tepat waktu dzuhur kedengaranlah azan di kumandangkan oleh muazin menyeru manusia-manusia yang hanyalah hamba hina untuk datang mengagungkan Tuhannya, Allah Azza wa Jalla Ta'ala. Tapi kebiasaannya, di tengah hari waktu bekerja seperti ini hanyalah sebuah pemandangan yang mencengkam sedih dan duka. Saf solat dzuhur di kawasan pemurahan aku ini tidak pernah mencecah 2 baris walau untuk musolla sekecil as-Salam ini!!

Usai solat dzuhur berjemaah (yang mana bagi aku ini lebih penting dari dunia dan seisinya yang aku juga selalu lalai untuk mengutamakannya!), aku bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan. Gamis hitam ku lipat dan ku sematkan elok-elok ke dalam beg sandang berwarna jingga gelap milik ku ini. Miswak dan attar ku simpan di ruangan hadapan beg. Ketika itu juga seorang ahli jemaah yang sedang duduk bersebelahan dengan ku, seorang warga seberang menegurku.

"Mau berangkat kerja ya mas?"

"Iya bang" jawab ku ringkas. Aku tidak berniat untuk memperpanjangkan bicara.

"Kerja apa ya mas?"

"Kerja biasa saja bang. Kerja makan gaji"

"Oh gitu. Ada EPFnya ya?" (Ewah-ewah tau pulak abang ni pasal EPF segala)

"Ada mas" balasku pendek.

"Bagus ya. Terjamin masa depan kalau gitu"

Aku tersentak seketika mendengar jawapan abang itu. Dalam hati aku beristighfar panjang.

"Mas, Allah yang bagi rezeki. Makhluk tiada kuasa. Masa depan yang jamin tu Allah mas. Bukan EPFnya".

Aku senyum.

Perlahan aku minta diri dan berlalu pergi.

Betapa hatiku tersangatlah tidak suka (benci) dengan keyakinan seperti itu. Apa itu bukan syirikkah namanya? Meyakini keterjaminan masa hadapan berdasarkan sesuatu yang selain dari Allah? Dan kerap kali aku berdiam diri menahan geram bila berhadapan dengan manusia-manusia yang mengagung-agungkan perancangan masa hadapan tetapi tidak meletakkan tawakkal sepenuhnya kepada Allahu Ta'ala.

Hal ini sering terjadi dan aku tidak suka! Padahal yang sebenarnya Allah hanya memerintahkan kita berusaha bersungguh-sungguh dan menjadi yang terbaik tetapi segala keyakinan kita Allah tak perintahkan untuk kita letak walau sedikit pun ke atas usaha kita itu tadi. Usaha yang kita lakukan bersungguh-sungguh itu sepatutnya adalah di lakukan kerana mentaati perintah Allah (iaitu Allah perintah kita melakukan sesuatu dgn bersungguh-sungguh dan menjadi yang terbaik). Nah! apabila ini dapat kita lakukan maka di sinilah sesuatu kerja itu akan menjadi ibadah.

Cuma ramai antara kita yang silap bila meletakkan keyakinan terhadap usaha yang kita buat dengan bersungguh-sungguh itu (inilah apa yang orang-orang kafir buat sebenarnya). Sepatutnya keyakinan kita 100% perlu di letakkan hanya kepada Allah. Ini di panggil tawakkal, kerana natijah/hasil dari usaha kita selayaknya hanya Allah yang akan menentukan. Berhasil atau tidak. Dan di sini perlu di ingat bahawa apa yang ingin kita hasilkan belum tentu baik buat kita dan apa yang kita tidak inginkan belum tentu tidak baik buat kita. Dia lebih mengetahui. Dengan meletakkan tawakkal 100% kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh insyaAllah pasti hati tidak akan kecewa dan merana tak tentu hala jika kehendak Allah tidak sama dengan kehendak kita dan kita juga tidak menjadi hamba yang kufur dan alpa bila mana kehendak Allah bersamaan dengan apa yang kita harapkan. Ini di panggil redha.

Jadi kesimpulannya, apa yang perlu kita lakukan dan perbetulkan ialah segala usaha yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh adalah semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah dan perbetulkanlah yakin kita dengan yakin sepenuhnya bahawa Allah-lah yang akan menentukan hasil dari usaha kita bukannya usaha kita itu tadi yang akan menentukannya.

Sesungguhnya yakin yang salah itu merosakkan aqidah dan aqidah yang rosak akan memberi kesan buruk dan dahsyat terhadap kehidupan akhirat kita nanti.

Wallahu a'lam.

Nota EPF : bukan sedikit orang yang tak sempat "merasa" EPF mereka.

Jumaat, 1 Mei 2009

"match of century"

gambar dari sini.

Malam itu. Malam yang di nanti-nantikan oleh penyokong Biru dan penyokong Merah. Malam final merebut Piala yang menjadi kebanggaan setiap pasukan bola sepak di benua Eropah. Peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton acara yang penuh gemilang itu.

Haron (bukan nama sebenar), salah seorang penyokong tegar kumpulan Biru dan Japar (juga bukan nama sebenar) yang merupakan sahabat baik Haron pula penyokong setia kumpulan Merah. Sejak minggu lepas lagi selepas keputusan pusingan separuh akhir telah di ketahui, Haron dan Japar sudah mula "bertikam lidah" mengagung-agungkan pasukan masing-masing yang kadang-kadang hampir saja mencetuskan pergaduhan. Walau bagaimanapun, mereka tetap masih boleh lepak bersama dan bergurau senda serta bertepuk tampar sambil minum teh tarik di restoran mamak berhampiran pangsapuri mereka setiap hari pada jam lima petang tepat.

Perlawanan "mega" itu akan berlangsung tepat jam 8.30 pm waktu Malaysia.

Malam yang di nantikan itu telah tiba. Malam itu, restoran mamak kegemaran Haron dan Japar penuh tidak seperti hari - hari biasa. Di celahan ramainya manusia, di situ terselit dua sosok tubuh. Siapa lagi kalau bukan Haron dan Japar, dua sahabat yang fanatik pasukan bola sepak masing-masing. Awal-awal lagi mereka menempah tempat duduk "ekslusif" di restoran mamak tersebut.

Sepak mula tepat jam 8. 45 pm. Dan ketika itu juga tiba - tiba satu sosok yang tidak di kenali oleh Haron dan Japar telah berdiri di hadapan seluruh penonton perlawanan bola sepak malam itu. Dengan lantangnya sosok itu berkata....

"Tuan-tuan yang di muliakan Allah. Sesungguhnya kejayaan yang hakiki hanya terletak dalam agama iaitu sejauh mana kita taat perintah Allah ikut Sunnah nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Maka dengan itu besarlah hajat di hati saya mengajak seluruh tuan-tuan yang di muliakan Allah untuk datang solat Isyak berjemaah yang mana pahalanya sangat-sangatlah besar."

Kedengaran satu suara mencelah...

"Woi!!ko dah gila ka?nak berceramah pi la surau. Kitorang nak layan live nih?"
Dan lagi..

"Mangkuk betul"

(Marah sungguh abang - abang itu ya?)

Sosok tubuh yang berdiri di hadapan para penyokong Merah dan Biru itu beransur hilang dari pandangan kerana azan Isyak sudah mula kedengaran di corong Surau yang mana tak jauh mana pun, sebelah restoran mamak tu sahaja jaraknya.

Apa jadi sama si Haron dan si Japar? Suara sumbang tadi itu sebenarnya terpacul dari mulut dua orang mangkuk itulah. Ummat menderita!

Wahai tuan-tuan yang di muliakan Allah. Sesungguhnya Allah Subhana wa Ta'ala telah meletakkan hakikat kejayaan yang sebenarnya hanya dalam agama iaitu sejauh mana kita taat perintah Allah mengikut cara yang telah di tunjukkan oleh nabi kita Sallallahu 'alaihi wasallam.
Para Sahabat telah ikut dan tengoklah sejarah bagaimana mereka telah benar-benar berjaya!!
Sekarang musim bola dah nak masuk peringkat "klimaks". Maka ingin di nasihatkan agar bila org dah seru marilah menuju kejayaan, jangan plak buat-buat tuli atau pekak (kang betul-betul tuli dan pekak padan muka). Bukan lama pun nak solat berjemaah. Paling lama pun setengah jam siap pakej zikir dan solat sunat. Sedangkan perlawanan bola tu ambil masa 90 minit tau!! Jadi jangan nak bagi alasan.


Lagi satu, janganlah berani-berani cakap orang yang menyeru kepada yang hak (agama) tu gila ka? kena sihir ka? mangkuk ka? alim ka? apa ka? cuba berani-beranikan diri tu buka kitab suci al-Quran dan baca surah as-Syua'ara khususnya dan khatamkan dua kali setahun (paling minimum) amnya. Betapa dalam surah tu Allah dah bgtau keadaan ummat terdahulu bila nabi-nabi dan rasul-rasul datang menyeru mereka kepada agama.

Jadinya, setegar mana pun kau (aku) sokong kumpulan favourite bola sepak masing - masing tu tapi bila time solat baik tinggal la sekejap bola segala apa dunia ni. Utamakan yang lebih utama. Tak ke mana la Piala tu. Tahun depan ada lagi.

Nota perlawanan : aku harap final Barca jumpa Arsenal (apa barang Manchester United.pakai lambang setan.isk isk isk. Musuh yang nyata tu tuan tuan. Sila sokong team lain.hehehe.melencong sudah. Ok. Entry ini di tamatkan dengan membaca Tasbih Kaffarah. Oh ya! Lupa nak bagitau. Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan langsung dengan dunia nyata. Semoga ambil ikhtibar. Ok tutup dengan Tasbih Kaffarah)

Sila klik selagi Halal