Jumaat, 13 Mac 2009

rutin

(dahi yang Allah kurniakan aku rasa haknya ialah sujud menyembah Allah Robbul 'alamin)
Rutin Harian :
  1. solat sunat qobliah subuh
  2. solat fardhu subuh
  3. dzikir pagi
  4. baca surah yasiin
  5. solat sunat isro'
  6. solat sunat dhuha
  7. tidur seketika (qialulail)
  8. solat sunat qobliah dzuhur
  9. solat sunat lagi dua rakaat
  10. solat fardhu dzuhur
  11. solat sunat ba'diah dzuhur
  12. solat sunat qobliah asar
  13. solat fardhu asar
  14. dzikir petang
  15. solat fardhu maghrib
  16. solat sunat ba'diah maghrib
  17. baca surah yasiin (malam jumaat baca surah al waqiah)
  18. solat sunat qobliah isyak
  19. solat fardhu isyak
  20. solat sunat ba'diah isyak
  21. mengaji al Quran (100 ayat = ta'at. 10 ayat = tidak lalai.insyaAllah)
  22. solat sunat taubat
  23. baca surah al mulk
  24. baca surah as sajadah
  25. solat sunat tahajjud
  26. solat sunat witir

Jangan tinggal :

  1. berfikir keadaan iman dan amal kita serta iman dan amal seluruh ummat.
  2. bersugi banyak-banyak.
  3. bersedekah setiap hari.
  4. jumpa manusia cerita kebesaran Allah dan kepentingan iman dan amal.
  5. setahun paling kurang khatam al-quran 2 kali.
  6. baca kitab Fadhail Amal untuk tahu ganjaran setiap amal yg kita buat. Baru terliur dan ghairah nak terus beramal serta yakin dgn janji2 Allah dalam beramal.

Nota Rutin : bagi aku, sekurang-kurangnya bila dapat amal semua yang tertulis di atas maka dapatlah aku tidur dgn aman.

Ahad, 8 Mac 2009

rehat


(berehat sebentar)
Rasulullah s.a.w bersabda: "Semua umatku akan memasuki syurga kecuali mereka yang enggan." Para sahabat bertanya: "Siapakah mereka yang enggan?" Maka Nabi s.a.w menjawab: "Sesiapa yang mentaatiku akan memasuki syurga dan sesiapa yang menderhakaiku, mereka lah yang enggan." (Riwayat Bukhari).
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa berpegang dengan sunnah-sunnahku ketika di zaman rosaknya umatku baginya adalah ganjaran syahid (di jalan Allah). (Riwayat Tabrani).

Nota sebelum rehat : setakat nak tunjuk cinta dan sayangnya kita kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam setahun sekali dgn hanya berpanas letih mengangkat sepanduk adalah tidak memadai wahai saudara-saudara yang ku kasihi. Ambillah cara hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sebagai cara hidup kita. Ambillah fikir risau Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sbagai fikir risau kita dan ambillah kerja yg di buat oleh Rasululllah Sallallahu 'alaihi wasallam sebagai maksud hidup kita. Tiada cara lain!

Isnin, 2 Mac 2009

Gambar Jin Kononnya

(ini bukan makhluk bernyawa dan bukan dalam gua Hira'!!)


korang mesti kenal gambar di atas kan?

tak tahulah kalau dah ada yang dah tahu. cuma aku nak kabor ni gambar tipu! ramai yg terpedaya. termasuk ustaz-ustaz jugak! ni bukan gambar jin atau setan! ni gambar patung.

aku dah lama baca emel yg bgtau ni gambar palsu. cuma aku tak tahu emel tu aku baca kat mana.

Alhamdulillah. semalam aku jumpa balik emel itu.

sila baca di sini!

Nota tak Tipu : berhati-hatilah dalam mempercayai apa-apa juga emel forward, berita-berita pelik dan ganjil, atau apa- apa juga khabar berita yang kita terima. buat kajian dan selidiki dahulu sebelum membuat keputusan untuk mempercayainya. sekarang zaman fitnah. zaman yang kebenaran perlu di "selam" sedalam-dalamnya untuk mencari kebenaran tersebut. (apa ayat aku susun ni?aku pun dah pening.layan je entry kat atas)

Sabtu, 28 Februari 2009

lewat


ni nak cerita pasal lewat.

tak kiralah lewat pi kerja ke? lewat pi sekolah ke? lewat pi meeting dgn big boss ke? atau lewat pi meeting dgn mertua ke?

kalau dah lewat mesti gabra. tak banyak sedikit mesti ada.

bagi yang dah ada anak2 bersekolah, bila dah lewat nak hantar anak2 pi sekolah sanggup bawak laju. kadang2 terhambur kata2 "suci" dr mulut bapak2 dan mak2 bila dah la lewat ter sangkut plak dlm jammed. tak cukup itu, bila sampai sekolah sanggup berkata-katayang manis-manis kat cikgu yg tunggu depan gate sekolah. cerita seribu satu masalah (atau alasan) kenapa lewat hantar anak pi sekolah. buat muka kesian. cerita penuh lemah lembut. tak kurang jugak mungkin ada yg mengeluarkan sekali lagi kata2 "suci" tanpa segan silu (hehe).

bagi yang dah bekerja, bila dah lewat, mcm2 dah berlegar2 dalam kepala. bermcm2 dah imajinasi melayang2 dalam benak akal. mula dah nak buat alasan2 yang superb. cuak ada. gelisah ada. pokok pangkal, mcm-macam adaaaaaa!!. apatah lagi bila hari tu ada meeting dgn THE VERY BIG BOSS OF THE COMPANY. peerghh. tahap kecuakan dah mececah tahap maksima (memang impak maksima the movie sungguh.haha)

tapi tu cerita lain.

ni nak kait bila kita dah lewat nak solat atau lewat nak pi solat berjemaah. ada kita pernah rasa cuak yg mcm kat atas tu? ada rasa gelisah? rasa bersalah? rasa rugi yg maksima? rasa penyesalan? rasa nak pecah kepala sambil meraung-raung? (wah!ni dah kira ekstrem.ok ini tak patut.ye ke tak patut?)

ada yg sanggup sampai nak kene naik teksi supaya tak lewat untuk pi solat berjemaah? (ni kes yg takdak kete atau motor dan masjid atau surau agak jauh)

atau sanggup memecut laju ala2 mat rempit untuk kejar takbiratul ula bersama imam?

ada?

jadi lewat mana yg lebih penting untuk kita cuakkan?

Nota Lewat : tak suka bila jadi masbuq imam zikir lepas solat kuat2. tak khusyuk aku weh (padan muke ko sapa suruh lewat.kan dah jadi masbuq)

Jumaat, 27 Februari 2009

rindu


pernah tak merasa rindu?

merasa rindu yang teramat sangat? mestilah pernah kan?
ada yang rindu dengan orang tua, ada yang rindu dengan adik beradik, saudara mara dan juga kawan-kawan.

tak kurang jugak rindu sang isteri dan sang kekasih?(ini tak patut di layan lebih-lebih.cepat nikah!!)

tapi apa yang aku nak kongsikan ialah bukan rindu yang semacam ini semua.

yang aku maksudkan ialah rindu kepada Allah Ta'ala.

korang pernah tak merasa rindu sebegini?
rasa rindu nak beribadah. mcm rindu sgt nak tunggu waktu solat.
dan puncak rasa rindu tu ialah rindu untuk mati.
rindu berjumpa dgn Allah.
rindu untuk menikmati janji-janji Allah.
pernah ada rasa rindu mcm tu?
Nota Rindu : aku rindu seorang sahabat.

Selasa, 24 Februari 2009

selingan

Ini tag nombor dua untuk blog Tujuh Kaki Dalam. Di tag oleh empunya blog ini. Orangnya penuh dengan cinta! Tak gitu cik solehah? :D

layan!

  1. Go to your photos folder in your computer.

  2. Go to the 6th folder of photos.

  3. Go to the 6th picture in that folder.

  4. Put the picture on your blog and describe about it.

  5. Invite six friends to join the challenge.

  6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


(kenapa hidung aku kelihatan mancung?ceh)


ni masa gua tengah pakai baju corak dragon kat depan. nak pi kutip hutang kena la pakai ganas2 ye tak? gua kena sepetkan mata sikit supaya nampak macam ah long. ah long kan ganas bila kutip utang. ok. aku reka cerita. hehe. jangan plak ada yang percaya. ni gambar masa gathering suatu masa dulu. masa muda2. eh tak tak. sekarang pun muda lagi (ceh. tak mengaku tua. penyakit ummat akhir zaman ni). lokasinya taman tasik titiwangsa. apa khabar kawan-kawan ku semua ya?
semoga Allah buka pintu hidayahNya untuk kita semua dan tetapkan kita di jalan yang lurus selamanya (ramai yg aku jumpa masa ni, sekarang dah ada yang bertunang dan juga bernikah.mostly kawan2 lelaki.yang gadis2 bila lagi?ok.jangan cari aku.fuh fuh.carik org lain ok?)

aku nak tag diorang nih :

1. Vladimir Putin

2. Nicholas Anelka

3. Michael Phelps

4. Rhoma Irama

5. Jackie Chan

6. Sylvester Stallone.


Nota Selingan : kita tutup entry ini dengan tasbih kaffarah.

Jumaat, 20 Februari 2009

a song for Gaza

Nota untuk Gaza : semoga Allah kurniakan nikmat mati syahid untukmu saudara-saudara ku yang tercinta. By Michael Heart

Sila klik selagi Halal