Sabtu, 28 Februari 2009

lewat


ni nak cerita pasal lewat.

tak kiralah lewat pi kerja ke? lewat pi sekolah ke? lewat pi meeting dgn big boss ke? atau lewat pi meeting dgn mertua ke?

kalau dah lewat mesti gabra. tak banyak sedikit mesti ada.

bagi yang dah ada anak2 bersekolah, bila dah lewat nak hantar anak2 pi sekolah sanggup bawak laju. kadang2 terhambur kata2 "suci" dr mulut bapak2 dan mak2 bila dah la lewat ter sangkut plak dlm jammed. tak cukup itu, bila sampai sekolah sanggup berkata-katayang manis-manis kat cikgu yg tunggu depan gate sekolah. cerita seribu satu masalah (atau alasan) kenapa lewat hantar anak pi sekolah. buat muka kesian. cerita penuh lemah lembut. tak kurang jugak mungkin ada yg mengeluarkan sekali lagi kata2 "suci" tanpa segan silu (hehe).

bagi yang dah bekerja, bila dah lewat, mcm2 dah berlegar2 dalam kepala. bermcm2 dah imajinasi melayang2 dalam benak akal. mula dah nak buat alasan2 yang superb. cuak ada. gelisah ada. pokok pangkal, mcm-macam adaaaaaa!!. apatah lagi bila hari tu ada meeting dgn THE VERY BIG BOSS OF THE COMPANY. peerghh. tahap kecuakan dah mececah tahap maksima (memang impak maksima the movie sungguh.haha)

tapi tu cerita lain.

ni nak kait bila kita dah lewat nak solat atau lewat nak pi solat berjemaah. ada kita pernah rasa cuak yg mcm kat atas tu? ada rasa gelisah? rasa bersalah? rasa rugi yg maksima? rasa penyesalan? rasa nak pecah kepala sambil meraung-raung? (wah!ni dah kira ekstrem.ok ini tak patut.ye ke tak patut?)

ada yg sanggup sampai nak kene naik teksi supaya tak lewat untuk pi solat berjemaah? (ni kes yg takdak kete atau motor dan masjid atau surau agak jauh)

atau sanggup memecut laju ala2 mat rempit untuk kejar takbiratul ula bersama imam?

ada?

jadi lewat mana yg lebih penting untuk kita cuakkan?

Nota Lewat : tak suka bila jadi masbuq imam zikir lepas solat kuat2. tak khusyuk aku weh (padan muke ko sapa suruh lewat.kan dah jadi masbuq)

2 ulasan:

famia berkata...

kalau ada.. baguslah.
kalau semua macam tu.. bestlah.

hehe.
susah kalau cerita bab 'kalau' ni.

Tujuh Kaki Dalam berkata...

famia
-----------------------------------
ada.

kita je yg tak tahu.

:D

Sila klik selagi Halal