Memaparkan catatan dengan label tag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tag. Papar semua catatan

Selasa, 24 Februari 2009

selingan

Ini tag nombor dua untuk blog Tujuh Kaki Dalam. Di tag oleh empunya blog ini. Orangnya penuh dengan cinta! Tak gitu cik solehah? :D

layan!

  1. Go to your photos folder in your computer.

  2. Go to the 6th folder of photos.

  3. Go to the 6th picture in that folder.

  4. Put the picture on your blog and describe about it.

  5. Invite six friends to join the challenge.

  6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


(kenapa hidung aku kelihatan mancung?ceh)


ni masa gua tengah pakai baju corak dragon kat depan. nak pi kutip hutang kena la pakai ganas2 ye tak? gua kena sepetkan mata sikit supaya nampak macam ah long. ah long kan ganas bila kutip utang. ok. aku reka cerita. hehe. jangan plak ada yang percaya. ni gambar masa gathering suatu masa dulu. masa muda2. eh tak tak. sekarang pun muda lagi (ceh. tak mengaku tua. penyakit ummat akhir zaman ni). lokasinya taman tasik titiwangsa. apa khabar kawan-kawan ku semua ya?
semoga Allah buka pintu hidayahNya untuk kita semua dan tetapkan kita di jalan yang lurus selamanya (ramai yg aku jumpa masa ni, sekarang dah ada yang bertunang dan juga bernikah.mostly kawan2 lelaki.yang gadis2 bila lagi?ok.jangan cari aku.fuh fuh.carik org lain ok?)

aku nak tag diorang nih :

1. Vladimir Putin

2. Nicholas Anelka

3. Michael Phelps

4. Rhoma Irama

5. Jackie Chan

6. Sylvester Stallone.


Nota Selingan : kita tutup entry ini dengan tasbih kaffarah.

Selasa, 23 Disember 2008

guten tag!

Demi memenuhi tuntutan seorang blogger yang baik hati lagi bersopan santun jiwanya (he he). Satu kapal punya pasal maka ku jawab soalan soalan dari tag yang di kenakan ke atas ku. Sebelum tu Una, aku minta maaf bah sebab tag yang satu lagi tidak dapat di laksanakan. Saya ndak ada iPod mahupun apa-apa alat pakai dengar yang boleh di bawa ke sana - ke mari. Maka hanya satu siri soalan tag yang boleh ku jawab. Inilah hasilnya :

My Top 10 Most Favorite Foods :

1. Ayam Masak Merah air tangan ibuku.
2. Pucuk Manis Tumis air tangan ibuku
3. Donut yang ibuku buat.
4. Tom Yam (ada satu restoran kat Kg. Melayu Subang tom yam dia sume guna bahan-bahan yang sgt fresh.Siap ada gambar Dato' Harun Din lagi tu)
5. Soto Makassar air tangan makcik ku.
6. Asam Laksa
7. Nasi Goreng U.S.A
8. Maggi Goreng Mamak letak telur mata dan juga tauhu.
9. Nasi Goreng Pataya
10.Nasi Goreng Ikan (resepi sendiri he he)

Top 10 Things I Love Doing : (selain solat, mengaji, zikir dan kerja agama.ini wajib untuk kita semua suka kan?)

1. Bersenam. (tapi selalunya tak buat.keh keh keh.)
2. Suka membeli buku, majalah, suratkhabar atau bahan bacaan yang bagi aku menarik. (tapi masalahnya pula aku malas nak baca bila dah beli.aduhai)
3. Blogging (baca blog orang sgt best ok!)
4. Surfing Internet.
5. Menontong wayang dan siaran televisyen yang menarik. (dulu adalah seorang addicted)
6. Pi kedai mamak pastu lepak sorang-sorang dan layan perasaan.
7. Lepak kat surau sambil-sambil tu "mengumpat".
8. Mandi sungai atau laut.boleh berenang. (lama tak beraktiviti sebegini)
9. Memasak. (sesungguhnya aku rindu dapur)
10.Tidurzzzz....

5 Things I Love Doing When I'm EMO :

1. Istighfar banyak - banyak dulu.
2. Pastu pergi jauh - jauh dari benda yg menyebabkan emo.
3. Melayari internet. (biasanya layan apa - apa yang lawak)
4. Atau mendengar kemerduan seni.
5. Sebelum nombor dua, tiga dan empat berlaku kadang - kadang aku solat dan berzikir juga! (kadang - kadang tu.huhu)

Top 5 Types of Girls I Adore : (ni ciri-ciri calon isteri ke atau ciri - ciri kenalan perempuan?)

1. Faham ajaran agama.

2. Independent.

3. Hormat org tua

4. Tahu tatasusila sebagai seorang perempuan.

5. Sopan dan santun

(p/s : semua ciri - ciri di atas bukan kriteria wajib atau paling utama untuk menjadi isteri ku. hahaha! kecuali nombor satu tu)

5 Things I Love Doing When I'm Happy :

1. Bersyukur.

2. Belanja kenalan.

3. Pi makan

4. Online.

5. Bersenam.

Things I Wish To Happen :

Aku nak mati syahid yang di terima oleh Allah Ta'ala.



My Top 10 Most Addicted Song :

1. Selawat Burdah
2. Supplication - Sami Yusuf (dan kebanyakan lagu - lagu dari akh ini)
3. Sweet Child O'Mine - Gun's n Roses (dan beberapa buah lagi lagu dari kumpulan ini)
4. A Place For My Head - Linkin Park (dan semua lagu-lagu kumpulan ini)
5. Sorry - Daniel Bedingfields (dan kesemua lagu - lagu dari mamat ini)
6. Holiday - Scorpions (dan kesemua lagu - lagu dari kumpulan ini)
7. Seribu Tahun - Imran Ajmain
8. Cinta Ini Membunuhku - D'Massive
9. Enter Sandman - Metallica (dan hampir kesemua lagu - lagu mereka)
10.You're Are Not Alone -Michael Jackson (dan hampir kesemua lagu - lagu brader ini)

People I Wish to Tag :

1. Barrack Obama
2. Oprah Winfrey
3. Daniel Bedingfields
4. Brad Pitt
5. Michael Jackson

(please ya geng jawab soalan - soalan tag dari ku ini!)

Sila klik selagi Halal