Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Disember 2009

Ini bukan laporan akhbar


Alhamdulillah, ada beberapa orang Mesir sedang berkunjung ke kota Bandung. Salah seorang dari mereka memberikan bayan/penjelasan di masjid Al Madinah, Antapani. Ini ada beberapa hal yang alhamdulillah bisa saya ingat.

Beliau (yang memberikan bayan), pernah setahun yang lalu berkunjung ke beberapa negara eropa, yaitu Perancis, Swiss dan beberapa daerah lain (saya kurang jelas..). Islam sangat berkembang pesat pertumbuhannya di negara-negara Eropa. Setiap hari, belasan hingga puluhan orang memeluk islam di Perancis. Kenapa begitu..?

Setiap hari, selepas shalat ashar, para muslim Perancis membawa tikar dan pergi ke perkumpulan-perkumpulan orang Perancis, seperti club-club, taman-taman dan tempat keramaian lainnya. Setelah sampai di tempat keramaian tersebut, mereka membentang tikar tersebut lalu duduk dan membuat majelis ta’lim di tempat tersebut. Setelah membaca beberapa hadits, mereka menutup majelisnya.

Setelah itu mereka berpencar dan mengajak orang-orang untuk mengunjungi tikar mereka, baik muslim maupun non muslim. Setelah mereka datang ketempat tersebut, lalu diberikan penjelasan tentang islam dan setelah itu, orang-orang tersebut diajak ke masjid mereka. Yang islam disuruh berwudhu’ dan mengerjakan shalat, apabila belum shalat. Sedangkan yang non-muslim diajak ke suatu ruangan. Setelah muslim tadi selesai sholat, mereka diajak bergabung dengan non-muslim tadi. Setelah itu, semua orang tadi diajak makan berjama’ah di ruangan tersebut, yang telah disiapkan sebelumnya. Dan hal ini dilakukan setiap harinya.

Setiap muslim Perancis, selalu mempunyai rasa cinta yang lebih kepada saudaranya yang lain, baik yang muslim maupun yang non-muslim. Setiap berjumpa dengan saudara muslim, mereka selalu mengucapkan salam. Sedangkan kepada yang non-muslim mereka juga senyum dan mengucapkan salam kebaikan. Lalu beliau bertanya kepada muslim ini, “Kenapa kepada orang non-muslim kalian juga tetap menyapa dengan baik?” Muslim tersebut menjawab, “Saya yakin bahwa suatu saat orang yang saya sapa dan salami nanti akan memeluk islam seperti saya juga.”

Orang Mesir ini juga dibawa keliling oleh muslim Perancis ini dan mendatangi sebuah gereja. Seperti kita ketahui, gereja-gereja di Eropa telah banyak kosong tidak didatangi oleh pemeluknya. Maka muslim Perancis ini kembali membentangkan tikar dan membuat ta’lim didepan gereja. Dan mereka juga mengajak orang-orang yang ada digereja untuk duduk dalam majelis ta’lim mereka. Orang-orang gereja tersebut malah senang karena gereja mereka tampak ramai kembali. Maka karena ini dibuat terus menerus, banyak rumah ibadah gereja yang telah berubah fungsi menjadi masjid, walaupun dari luar tampak seperti gereja. Setiap muslim Perancis punya tanggung jawab untuk mengajak muslim yang lain berda’wah.

Untuk tahap awal, mereka mendatangi daerah-daerah sekitar Perancis yang belum ada suasana islam. Setelah itu, mereka diajak lagi untuk berda’wah mengunjungi negara-negara sekitar Perancis. Lalu setelah itu, diajak untuk berda’wah mengunjungi negara-negara jajahan Perancis yang ada di Amerika Latin dan Afrika.

Penduduk Perancis sekitar 70jutaan dan lebih kurang 3jutaan adalah muslim. Setengah dari muslim Perancis adalah orang yang dahulunya belum mengenal islam atau kafir. Dan orang Mesir ini mengatakan, jumlah muslim Mesir lebih banyak dari Perancis tapi orang yang masuk islam masih sangat sedikit perkembangannya daripada yang di Perancis.

Hal yang sama juga dijumpai di Swiss. Muslim Swiss sangat baik akhlak mereka baik kepada muslim maupun non-muslim. Mereka mengatakan, sudah lebih dari 5 tahun setelah peristiwa WTC, tidak ada lagi negara-negara muslim yang berkunjung kenegara kami. Padahal kami sangat mengharapkan kunjungan-kunjungan negara muslim untuk berda’wah ke negara kami.

Apabila da’wah dibuat, maka orang-orang kafir akan berbondong-bondong memeluk islam (seperti di Perancis dan Eropa).

Tapi, apabila da’wah ditinggalkan, maka orang-orang muslim akan berbondong-bondong meninggalkan islam (seperti yang kita lihat dinegara kita ini).

Semoga Allah azza wa jalla memudahkan kita untuk berda’wah menyebar keseluruh alam seperti Rasulullah saw dan para Shahabat r.hum. Wallahu a’lam.

Nota laporan : di kutip dari sini. Semoga ada menfaat buat kita.

Jumaat, 17 Julai 2009

Laporan Ijtima' Malaysia 2009 (Peribadi)

gambar di ambil dari sini.

Alhamdulillah.

Ijtima' Malaysia telah berjaya berlangsung beberapa hari yang lepas. Ijtima' kali ini berjaya mengumpul puluhan ribu ummat Islam dari seluruh dunia (di laporkan di dalam sebuah akhbar tempatan bahawa jumlah telah mencecah sehingga 200 ribu orang)

Betapa aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah Ta'ala telah pilih aku untuk dapat menghadiri Ijtima yang julung-julung kali di adakan di Malaysia.

Pertamanya, aku tak berapa pandai nak buat karkuzari (laporan) pasal Ijtima' sebab aku tak duduk dengar bayan secara formal. Dengar bayan secara informal bila tiada tugas. Ini kerana ketika Ijtima, Alhamdulillah Allah telah pilih aku untuk jadi jemaah khidmat di bahagian potong memotong. Jadinya, masa untuk mendengar bayan hanya bila ada sedikit kelapangan (itupun melalui corong speaker di khemah khidmat ta'am) atau semasa sedang memotong sayur-sayuran.

Walau bagaimanapun aku akan coretkan sedikit sebanyak yang aku dapat dengar dan harap kita sama-sama dapat amal dan sampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain.

Antara yang aku dapat dengar melalui bayan (ceramah) Maulana;

1. Kisah ashabul Kahfi. Dimana Maulana bagitahu bila kita ada kerisauan dan fikir akan keadaan iman kita, pasti dan pasti bantuan Allah akan bersama-sama dengan kita. Maulana telah membawakan bagaimana pemuda-pemuda Kahfi telah bersembunyi ke dalam gua atas maksud yang sama iaitu menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang di zaman itu zalim dan mengkehendakkan rakyatnya menyembah selain dari Allah Ta'ala. Hanya atas sebab mereka ingin menyelamatkan iman mereka bantuan Allah yang sgt besar telah datang bersama-sama mereka. Allah telah tidurkan mereka beratus tahun. Dengan asbab kerisauan mereka, Allah telah amkan hidayat. Buktinya ketika mereka telah bangun dari tidur yang panjang, zaman itu masyarakat telah pun beriman kepada Allah Ta'ala sepenuhnya. Dan lagi menurut Maulana (kalau tak silap aku mendengar atau lebih kurang) itu baru fikir risau iman atas diri mereka sendiri dan hanya melalui tidur Allah telah amkan hidayat apatah lagi bila kita ada kerisauan tentang iman seluruh ummat (seperti mana fikir risaunya Baginda nabi sallallahu 'alaihi wasallam) dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain, dari pintu ke pintu, hati ke hati (seperti mana yang telah di buat oleh para Sahabat radiallahu 'anhum) pasti dan pasti Allah tidak akan membiarkan kita begitu sahaja dan pasti dan pasti bantuan Allah akan senantiasa bersama kita.

2. Hari ini kita kena perbetulkan kaedah kita menyelesaikan segala masalah kita. Menurut Maulana, hari ini kita kena selesaikan masalah kita melalui amal ibadah. Apa jua masalah yang kita hadapi kena cepat-cepat mencari rahmat Allah (melalui amal ibadah perintahnya terutama solat dua rakaat), dan tempat yang sepatutnya kita pergi bila ada masalah ialah Masjid ataupun surau.

3. Hari ini ummat telah salah faham antara ilmu dan pengetahuan. Segala pengetahuan dunia di katakan bahawa itulah ilmu. Faham seperti ini menurut Maulana adalah sangat salah sama sekali kerana hakikat ilmu itu ialah bagaimana kita kena tahu apa perintah Allah pada setiap waktu dan ketika dan kena ikut cara yang telah di tunjukkan olehRasulullullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

4. Maulana juga telah bagitahu bahawa Ulama' itu adalah pewaris nabi. Maksud waris di sini bukan sekadar ilmu kenabian sahaja tetapi juga mewarisi segala kerja yang telah di buat oleh nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Itulah maksud sebenar Ulama' pewaris nabi terang Maulana lagi.

Antara peristiwa-peristiwa yang menarik sepanjang Ijtima' yang dapat di aku ingat antaranya ialah:

1. Semasa khidmat, tiada kelihatan lalat-lalat menghurungi daging-daging mentah yang belum di masak. Bukan tiada lalat. Ada tapi lalat itu hanya hinggap di buah-buahan sahaja. Itu pun dalam jumlah yang boleh di bilang dengan jari.

2. Masa tidur, walau pun jika di pandang dengan mata kasar memang tidak selesa tetapi Alhamdulillah kerana sesungguhnya keselesan itu bukan dari keadaan tempat tidur tetapi keselesaan itu adalah milik Allah. Seteruk manapun keadaan tempat tidur kalau Allah dah tetapkan kita akan tidur dengan nyenyak dan selesa maka tiada satu kuasa pun dapat menghalang kerana selesa dan nyenyak itu hak milik Allah yang mutlak. Dan masa tidur langsung tak dengar bunyi nyamuk. Malah hujan dan panas pun aku boleh tidur dengan nyenyak (boleh pula aku buat tak tau panas ke hujan ke sebab nyenyak tidur. He he)

3. Betullah orang alim bagi tahu bahawa kita perlu senantiasa menjaga niat kita sebelum, ketika dan selepas Ijtima' kerana sepanjang Ijtima' segala urusan yang kalau di fikir memang rumit Alhamdulillah Allah permudahkan. Dan berbagai juga cerita sahabat-sahabat yang lain terdengar tetapi itu tidaklah penting kerana tujuan utama ke Ijtima' bukanlah untuk mencari keselesaan kerana perjuangan itu perlu di lalui dengan jalan yang penuh mujahadah (susah payah) baru terasa kenikmatannya iman.

4. Hujan yang turun di sepanjang Ijtima' jugak sangat luarbiasa. Lebat tapi seketika. Dan paling menyentuh jiwaku ialah hujan yang turun sejurus azan Jumaat habis di laungkan. Lebat tapi seketika cuma dan ada sahabat bagitau makcik yang jualan di gerai semasa solat jumaat cerita hujan di tempat lain memang lebat tetapi di kawasan solat tidak pula lebat. Wallahu a'lam.

Apa yang penting selepas Ijtima' ialah kita kena mula sedar tugas kita sebagai ummat terbaik. dan sedar sahaja juga tidak cukup kerana perlu pada tindakan iaitu membuat kerja sebagai ummat terbaik.

Jadi tuan-tuan yang mulia bersiap siagalah setiap masa, waktu dan keadaan untuk menyahut panggilan kerja agama dengan mengorbankan diri, masa dan harta (terutamanya diri aku sendiri).

InsyaAllah azam!


Lagi laporan lain boleh di baca melalui blog-blog di bawah :

http://azharjaafar313.blogspot.com/
http://tamindhari.blogspot.com/
http://gunawanaziz.blogspot.com/
http://krenmaut.blogspot.com/
http://hambalialorstari.blogspot.com/
http://rahba81.blogspot.com/
http://sekolahatapaje.blogmas.com/
http://kopiahhensem.blogspot.com/
http://iluvislam-fiqkofallah.blogspot.com
http://syukri-abdullah.blogspot.com/
http://asqalani.blogspot.com/
http://ghostridermujahid.blogspot.com
http://iktibaronline.blogspot.com/
http://silangbunga.blogspot.com/
http://aman.via.my

Nota Peribadi : Aku kecewa sebab hari terakhir dan program terakhir iaitu duduk Bayan untuk orang-orang Khidmat Ta'am aku tak dapat nak sertai. Inilah natijah dari amalan aku yang banyak main dan tidak sempurna

Selasa, 14 Julai 2009

Laporan Ijtima' Malaysia 2009 (Bergambar)

Antara gambar-gambar sepanjang Ijtima' berlangsung (aku ambil gambar dengan perasaan serba salah sebab ini bukan maksud untuk ke Ijtima' pun).

09 / 07 / 2009

ni la tempat tidur kami berlima dalam masa 4 hari 3 malam

orang pun dah mula memenuhi Khitta (khemah)

lagi orang dah ramai dalam Khitta

jalan-jalan sebentar meninjau gerai yang ada

di bahagian inilah kami berlima di tempatkan untuk khidmat ta'am (potong memotong)

ini antara tempat simpanan barang-barang mentah untuk ta'am Ijtima

ini waktu malam selepas menunaikan solat fardhu Isyak di Khitta satu

10 / 07 / 2009

solat jumaat di hari kedua Ijtima'

usai solat Jumaat

semua dengan urusan masing-masing lepas solat jumaat

malam tu layan pasar jual beli pulak

11 / 07 / 2009

antara tugasan di hari ke tiga

semoga Allah Ta'ala membalas segala khidmat yang ikhlas

rehat sebentar selepas Dzuhur

hari tu memang panas sehingga mata yang memang dah sepet terpaksa di sepetkan lagi

hari yang air mula di catu

lokasi letak kereta bagi jemaah khidmat ta'am

Khitta untuk negeri Sabah, Sarawak dan Brunei. Aku jumpa orang kampung di Khitta ini

ingat ada apa ramai-ramai kat sini. Rupanya nak tunggu PM keluar dari Khitta ulama'

inilah Khitta untuk Ulama-ulama jemputan

suasana masih sesak menunggu PM pulang

12 / 07 / 2009

bersiap-siap untuk pulang

ramai yang mula bergerak meninggalkan khemah khidmat ta'am

begitu juga dengan khitta-khitta yang lain

bergerak menaiki bas yang di sediakan

yang tinggal semakin sedikit


Rabu, 8 Julai 2009

Ijtima' Malaysia 2009


Ijtima' Malaysia 2009 semakin dekat. Dari entry ini di tulis lagi tinggal sehari sahaja lagi. Jadi di kesempatan ini aku nak jemput semua lelaki di Malaysia ini untuk datang ke Ijtima' Malaysia. Kita dengar pesanan-pesanan Ulama tentang pentingnya untuk kita fikir dan risau dengan keadaan iman dan amal kita di dunia ini.

Program Ijtima' Malaysia 2009 ( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )

Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9 Julai 2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.

Cara - cara nak ke Ijtima' bagi mereka yang tidak memandu kenderaan sendiri boleh rujuk di sini.

Nota sebelum Ijtima' : Sesungguhnya Allah Ta'ala telah letak kejayaan seluruh ummat manusia hanya dalam agama iaitu sejauh mana kita ta'at perintahNya dengan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Tiada cara lain. Kalau ada Allah tak terima beb! Tak caye? Tak caye sudah!

Isnin, 6 Julai 2009

Mai Kita Pakat Renung Sejenak !


Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda: “Dua gulongan dari ummatku yang diselamatkan Allah dari Neraka. Iaitu gulongan yang berperang di India dan gulongan yang berkumpul bersama Isa a.s.” (Riwayat Nasai dan Ahmad)

Hadis ini saya ambil dari buku ‘Nuzuulu Isa Ibn maryama Aakhiraz Zaman’. Karangan Imam As-Sauyuthi. Lengkap hadisnya sebagaimana yang dikeluarkan oleh Allamah Ali Al-Qari di dalam kitab Al-Marqaah 5:658 di dalam sebuah hadis yang panjang dari Ali Zainul Abidin bin Husain r.a bahawa Rasulullah saw dalam sabdanya berkata: “bergembiralah ! bergembiralah ! Sesungguhnya perumpamaan ummatku seperti hujan, tiada diketahui yang mana satu lebih baik, yang mulanya atau yang penghabisannya, atau seperti sebuah kebun yang luas , yang dapat memberi makan kepada segulongan manusia buat setahun. Kemudiannya kepada gulongan yang lain buat setahun . Moga-moga gulongan yang terakhir itulah yang akan memperolehi bahagian yang paling banyak, yang paling baik dan yang paling bagus dari kebun itu.Bagaimana boleh binasa sesuatu ummat sedangkan aku yang menjadi pangkalnya , Al-Mahdi pula menjadi pertengahannya dan( Isa ) Al –Masih menjadi penghujungnya. Namun di dalam antara masa-masa itu memang ada masa-masa yang ‘bengkok’. Mereka yang terlibat di dalamnya tidak tergulong sebagai ummatku. Dan aku pun tidak tergulong dari mereka”

Sedikit Huraian

Bila kita lihat terjemahan hadis di atas Syeikh Ahmad Semait , Mufti Singapura menterjemahkan perkataan ‘Jihad’ dengan ‘ berperang’. Namun ulama terkenal Indonesia , H.Salim Bahreisy mengekalkan terjemahannya dengan ‘berjihad’ yang boleh difahami dengan ‘perang’ dan juga ‘dakwah’. Jika dikekalkan ‘Jihad’ dengan perkataan ‘berperang’ sekali pun pasti dan pasti kaedah berperang yang akan dilaksanakan ketika itu adalah mengikut tertib Nabi saw. Iaitu di dahului dengan ‘Dakwah’ (sebagaimana yang pernah kita terangkan di sini ), jika sekiranya ‘dakwah’ tidak diterima maka ‘Jizyah’ perlu dijelaskan. Dan jika ‘jizyah’ tidak diterima maka barulah akan berlaku ‘ Perang’ (Qital ). Maka masih ‘dakwah’ mengambil tempat yang utama.

Sebaliknya jika kita mengunapakai terjemahan ‘berjihad’ dengan diistilahkan sebagai ‘berdakwah’. Maka lengkap hadis itu mungkin begini bunyinya :

Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda : “Dua gulongan ummatku yang diselamatkan oleh Allah dari Neraka, Iaitu gulongan yang ber’Dakwah’ di India dan gulongan yang bersama Isa a.s” (Riwayat Nasai dan Ahmad)

Targhib

Jadi jika jemaah Tabligh membuat ‘tasykil’ (mengajak) berdakwah ke India ,Pakistan dan Bangladesh, maka jangan lansung kita mengatakan tidak berkait dengan hadis atau pun mengatakan taksub dengan India kerana masih ianya bersabit dari hadis Nabi saw. Perlu diingatkan bahawa asal ketiga-tiga negara itu ( India, Pakistan dan Bangladesh ) adalah ‘Benua India’ atau ‘Hind’. Hanya selepas dijajah oleh British barulah dipecahkan menjadi tiga negara.

Wallahu’alam

Nota Kaki : artikel adalah hasilan dari blog seorang Ustaz yang mulia. Jazakallah khair ya Ustaz.

Khamis, 25 Jun 2009

hari bapa


apa hadiah paling bermenfaat untuk seorang ayah?

jam? kereta? anak menantu? cucu? harta? pangkat?

bahagiakah mereka dengan ini semua? mungkin. tapi untuk berapa lama bahagia yg sebegini? adakah selayaknya seorang ayah di bahagiakan untuk sehari?

maka apakah hadiah yang paling membahagiakan untuk seorang bapa?

wahai anak perempuan.
bapamu tidak perlu hadiah materi. cukuplah kau menutupi auratmu dengan materi yang sempurna.

wahai anak lelaki
bapamu tidak perlu hadiah duniawi. cukuplah kau jadi anak yang Allah terima doanya untuk kesejahteraan dan pembuka luas kuburnya di alam sana.


Nota hari bapa : aku dah dekat 3 tahun tak jumpa beliau. Dan ada antara kita atau kamu yang memang dah tak punya kesempatan untuk berjumpa dengan beliau. Maka hadiah apa sebenarnya yang paling membahagiakan beliau?

Khamis, 18 Jun 2009

kosong


Kadang-kadang bila aku tiada benda yang perlu di buat aku akan melayari blog-blog, laman sosial dan melihat-lihat sekitar alam maya setakat mana yang tercapai.

Jadi biasanya aku akan melihat perkara-perkara yang sedang di buat oleh kenalan-kenalan baru dan juga yang lama. Asyik menceritakan, menghebahkan dan menguar-uarkan cerita-cerita dunia, hobi dan juga usaha mencari rezeki (dan semua ini akan di tanya nanti di alam sana).

Dan bukan "kadang-kadang" juga kalau tiba-tiba aku merasa "kosong" dalam melayari cerita-cerita mereka.

Terasa sempit dan sesak.

Maafkan aku kawan-kawan bukan niatku untuk mempersoalkan segala apa yang kalian lakukan cuma..

Andainya segala keduniaan itu boleh mendatangkan menfaat yang banyak di alam yang tiada kiamat mungkin aku akan sedikit lega.

Andai segala cerita yang di hebahkan, di uar-uarkan boleh menimbulkan kesedaran bahawa dunia ini sementara malah nilainya tidak lebih dari sebelah kepaknya seekor nyamuk mungkin aku akan sedikit lapang.

Kerana apa wahai teman-teman?

Kerana aku juga seperti kamu.

Ingin bahagia di dunia malah semestinya di akhirat.

Cumanya usaha kita ini seolah-olah kita sedang men'jahanam'kan akhirat kita.

Banyak mana kita bercerita,menguar-uarkan dan menghebahkan kepentingan hidup selepas mati? Hidup yang selama-lamanya. Sedangkan demam di dunia kita mengeluh panjang apatah lagi sakitnya azab api neraka yang tak dapat terbayangkan aqal benak kepala kita ini.

Berlaku adilkah kita dengan nikmat yang telah Allah kurniakan? Bila mana kita sepertinya tidak menghargai apa yang orang lain tidak miliki.

Bukan sahabat, bukan!

Bukan kerjaya mu yang kau miliki itu. Bukan hobi hebatmu yang kau banggakan itu. Bukan harta mewah hasil usaha kerasmu siang dan malam itu. Bukan! Bukan! Bukan!

Tapi Islam dan imanmu itu wahai sahabat, wahai teman, wahai kenalan.

Itulah anugerah terindah, terhebat dan terpenting dari segala apa yang ada di langit dan di bumi.

Bukan sedikit daripada kita yang menggadai itu untuk dunia yang tidak bernilai ini.

Sedih dan tersayat hati bilamana kau, yang aku akui sebagai saudara seagamaku, sewenang-wenangnya menggadai Subuhmu, Dzuhurmu, Asarmu, Maghribmu, Isyakmu malah Jumaatmu, demi semata-mata mengejar nikmatnya dunia. Demi semata-mata ingin merasa enaknya hidup dunia yang sementara waktu ini. Oh!

Wahai sahabat, wahai kenalan.

Sedarlah bahawa dunia ini syurga bagi mereka yang kafir dan penjara bagi kita, ummat Islam.
Sedarlah bahawa ada yang sedang menanti kita. Suatu yang tidak tahu bila tetapi pasti dan pasti senantiasa menunggu kita!

Sementara ia belum sampai menjemput pulang, di sinilah, di dunia ini tempat kita persiapkan segala bekal.

Itulah MATI. Yang bila masanya tiba, tidak lambat walau sesaat dan tidak awal walau sedetik.
Sedarlah wahai sahabat, wahai kenalan, wahai aku.

Kita ini hamba. Makanya sebagai hamba perlu ta'at dan patuh terhadap segala apa yang di inginkan oleh Tuannya.

Apa kita sudah lupa saudara-saudaraku? Nikmatnya balasan syurga? Sakitnya azab neraka?

Itukan semua ada di dalam kitab suci kebanggaan kita? Itukan semua ada di janjikan insan mulia Nabi junjungan kita?

Apa kita sudah mulai leka dari mebaca janji-janji dan azab-azabNya kerana dunia?

Apa kita sudah mulai tidak mengenal ajaran dan cara hidup Nabi junjungan tercinta?

Maka kecelakaan apakah yang paling besar andai kita kehilangan nikmat Islam dan iman ini wahai saudara, wahai teman, wahai kenalan?

Iman dan Islam inilah lesen kita ke syurga.

Andai ini terabaikan. Apakah akan ada ehsanNya untuk kita yang zalim ini?

Apa akan adakah jaminanNya?

Wahai saudara, wahai teman, wahai kenalan. Hari ini kita masih bernafas, sempat.
Se'sempat' nafas yang di hela se'sempat' itu untuk mengucapkan rasa taubat dan syukur.

Sedarlah sebelum terlambat!

Nota berisi : Jangan buat-buat lupa.

Rabu, 22 April 2009

tanggungjawab



Frederic Kanoute



Mohamed Aboutreika

dan ramai lagi. sila klik di sini.

Nota penuh tanggungjawab (p)? : buatlah apa yang kamu suka selagi tidak mengundang murka Allah tetapi jgn lupa kerja kita sebagai hamba. Dakwah itu wajib bagi setiap jiwa yang punya syahadah!!

Ahad, 22 Mac 2009

wajah

( wajah orang matikah ini?)

Ini adalah Foto seorang Syuhada , bernama aba suhaieb ali altanani As-Syahid (Insha Allah) adalah salah seorang dari mujahidin Izzuddin al-Qossam .

dipetik dari blog ini.

Sumber asal di sini. (anda perlu log in terlebih dahulu)
Nota tanpa wajah : senyuman itu sangat-sangat aku cemburui.huhuhuhuhuhuhu!

Ahad, 8 Mac 2009

rehat


(berehat sebentar)
Rasulullah s.a.w bersabda: "Semua umatku akan memasuki syurga kecuali mereka yang enggan." Para sahabat bertanya: "Siapakah mereka yang enggan?" Maka Nabi s.a.w menjawab: "Sesiapa yang mentaatiku akan memasuki syurga dan sesiapa yang menderhakaiku, mereka lah yang enggan." (Riwayat Bukhari).
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa berpegang dengan sunnah-sunnahku ketika di zaman rosaknya umatku baginya adalah ganjaran syahid (di jalan Allah). (Riwayat Tabrani).

Nota sebelum rehat : setakat nak tunjuk cinta dan sayangnya kita kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam setahun sekali dgn hanya berpanas letih mengangkat sepanduk adalah tidak memadai wahai saudara-saudara yang ku kasihi. Ambillah cara hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sebagai cara hidup kita. Ambillah fikir risau Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sbagai fikir risau kita dan ambillah kerja yg di buat oleh Rasululllah Sallallahu 'alaihi wasallam sebagai maksud hidup kita. Tiada cara lain!

Sabtu, 10 Januari 2009

ini untukmu dari ku dengan penuh rasa cinta




berderai airmatamu,
kering..

tapi deritamu tidak pernah hilang jua,
sakitnya bertambah bernanah.

bumimu bersimbah darah dan keringat,
yang kau hambur dengan penuh rasa ehsan.

di sana saudaramu terbujur kaku,
bersama senyum indah di wajah lesunya yang berseri-seri itu.
(untuk itu aku sgt2 cemburu)

saudaraku,
kita tidak pernah bersua muka,
tapi bersatu kita di dalam jiwa.

ku rindu ikhwan antara kita,
walau berhubung hanya melalui doa.

deritamu tidak seorang merasa,
aku juga terperuk dengan rasa merundum jiwa.

saudaraku,
yakinlah janji-janji Allah.

sesungguhnya kau berada di medan penuh bahagia,
medan yang di cari-cari pencinta Robbi.

walau deritamu jenuh di mataku,
ku tahu nilai dirimu di sisi Allahu ta'ala robbi.

saudaraku,
ini untuk mu dari ku dengan penuh rasa cinta.

yang jauh di sana..

di tanah Palestine suci.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
(updated)
di sini ingin saya menyeru sekalian saudara-saudara seagamaku agar tatkala saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang di ganyang teruk, kita yang jauh di sini ayuh! MARILAH kita tingkatkan kualiti amal kita dan buat kerja yang telah Allah pertanggungjawabkan ke atas kita dengan sepenuh hati!
semoga dengan usaha kita yang amat sedikit itu akan menjadi asbab untuk menarik perhatian dan bantuan daripada Allah yang maha berkuasa ke atas tujuh petala lanigit dan tujuh petala bumi ini.
apalah guna kita melaung marah andai solat kita terbiar "usang" dan "buruk".
apalah guna kita terjerit terlolong mengutuk sang durjana Israel andai mulut itu tidak berkumat mengajak ummat mengingatiNya.
apalah guna kita memboikot barangan mereka andai kita turut mem"boikot" al-Quran kitab suci kita.
apalah guna kita berhimpun tunjuk perasaan marah terhadap algojo kafir itu andai di sepertiga malam kita tidak melakukan benda yang sama di "hadapan" Allah.
maka sekali lagi saya pemilik blog Tujuh Kaki Dalam ini menyeru sekalian ummat agar sama-sama bangun dan kita perbaiki tahap kualiti amal kita agar dengan usaha yang sedikit itu akan menarik perhatian dan nusrah Allah Azza wa Jalla.
InsyaAllah Ta'ala.
Amin.

Sila klik selagi Halal