Memaparkan catatan dengan label iklan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iklan. Papar semua catatan

Rabu, 8 Julai 2009

Ijtima' Malaysia 2009


Ijtima' Malaysia 2009 semakin dekat. Dari entry ini di tulis lagi tinggal sehari sahaja lagi. Jadi di kesempatan ini aku nak jemput semua lelaki di Malaysia ini untuk datang ke Ijtima' Malaysia. Kita dengar pesanan-pesanan Ulama tentang pentingnya untuk kita fikir dan risau dengan keadaan iman dan amal kita di dunia ini.

Program Ijtima' Malaysia 2009 ( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )

Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9 Julai 2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.

Cara - cara nak ke Ijtima' bagi mereka yang tidak memandu kenderaan sendiri boleh rujuk di sini.

Nota sebelum Ijtima' : Sesungguhnya Allah Ta'ala telah letak kejayaan seluruh ummat manusia hanya dalam agama iaitu sejauh mana kita ta'at perintahNya dengan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Tiada cara lain. Kalau ada Allah tak terima beb! Tak caye? Tak caye sudah!

Sabtu, 11 April 2009

malam minggu


Assalamualaikum.

aku nak jemput semua lelaki - lelaki yang beriman untuk datang beramai-ramai ke Masjid Sri Petaling malam ini.

mari kita bersama-sama duduk dan memikirkan iman milik kita dan amal bekal kita.

nanti para malaikat akan mendoakan semua yg duduk dalam majlis membesar-besarkan Allah.

bukan setakat dosa-dosa kita Allah akan ampunkan malah dosa-dosa kedua org tua kita juga akan di ampunkan.

apa lagi.

mai la!

Nota malam minggu : InsyaAllah aku akan ada kat sana tapi taklah pakai "niqob" tutup muka.

Rabu, 25 Mac 2009

semalam

(klik gambar untuk imej yang lebih besar)

Nota semalam : biar betul ni?

Ahad, 15 Februari 2009

Ijtima' Malaysia 2009 - beberapa pesanan


gambar di ambil dari sini

Dalam ijtimak di Tongi, elders telah beri beberapa pesanan untuk Malaysia berkenaan ijtimak pada 9, 10, 11 & 12 Julai 2009.
  • Semua orang lama diminta keluar 4 bulan sebelum ijtimak dan 40 hari selepas ijtimak atau sekurang2nya 40 hari sebelum ijtimak dan 4 bulan selepas ijtimak.
  • Ijtimak seperti hujan lebat. Tanah perlu digemburkan sebelum hujan supaya hujan yang turun dapat dimanfaatkan. Jika tanah tak disediakan, air tak dapat diserap ke bumi dan mengalir ke tempat lain dengan sia2 sahaja.
  • Jika kita tidak menyempurnakan tujuan ijtimak, fitnah yang besar akan melanda umat. Umat akan sangka agama ini hanyalah kumpul ramai2 dan mendengar ceramah kemudian bersurai tanpa sebarang amal dibuat.
  • Orang yang bekerja dengan majikan kena mohon cuti. Jika cuti tak lulus, buat rayuan. Jika tak dapat juga kena tambah masa di masjid sendiri. Balik dari pejabat terus ke masjid. Sediakan orang kampung pada amalan agama. Hidupkan masjid 24 jam dengan 4 amalan masjid Nabawi. Lewat malam baru baik ke rumah.
  • Sediakan isteri dan anak2 dengan fikir yang sama. Rumah2 perlu hidup dengan amalan masjid.
  • Sebaik2nya orang yang hadir ijtimak telah dikeluarkan 3 hari supaya dapat menjaga amal semasa ijtimak.
  • JANGAN kata ini ijtimak dunia tapi kata ini ijtimak Malaysia.
  • JANGAN sebut nama2 elders yang akan hadir secara khusus. Ini akan menyulitkan kedatangan mereka nanti.
  • JANGAN kata ratusan ribu akan datang, tapi kata ramai dijangka hadir.
  • Elders kata kerja untuk ijtimak perlu 500 batu maju kehadapan tapi iklan/propaganda mengenainya perlu 500 batu kebelakang.

Tambahan;

  1. Satu jemaah 4bulan dari Kuala Lumpur telah siap dan diluluskan untuk keluar ke Turki, akhir bulan ni.

  2. Satu jemaah lagi seramai 8 orang, juga dari Kuala Lumpur telah siap untuk keluar pada Mac ini. Route dicadangkan ke Perancis tetapi belum mendapat kelulusan Bangawali Masjid, Nizamuddin.

InsyaAllah dan wallahua'lam.

Artikel asal.

Nota Urdu : Allah sabse bara he. Makhluk nehi hota he.

Ahad, 8 Februari 2009

Ijtima' Malaysia 2009

gambar di ambil dari sini.
  • Tarikh ijtimak Malaysia 9,10,11 & 12 Julai 2009 insyaAllah.

  • Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.

  • Tempat dan tujuan ijtimak; KLIK SINI.
  • Kemudian elders (ulama dan orang lama dalam tabligh) akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
  • Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.

Jemaah Asar - Isyak
  • Jemaah ini perlu dirombak semula
  • Hanya orang yang telah sempurna 2½ jam di masjidnya pada hari itu sahaja yang boleh menyertai jemaah ni.
  • Perlu hadir malam markas.
  • Gash umumi dan 3 hari bersama masjid sendiri.
  • Selepas 40 hari, jemaah dibubarkan dan diganti dengan jemaah lain.

Karguzari ringkas ijtimak Tongi 2009

  • Kehadiran lebih 2 juta orang, 17,000 foreign dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.
  • Pesan elders, umat terbahagi kepada 4;
  1. Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
  2. Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
  3. Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
  4. Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)
  • Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.

Untuk itu;

  1. Buat kerja dakwah.
  2. Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
  3. Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
  4. Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
  5. Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.


Info lain;

Nota Tambahan

Sekarang ni ada jemaah Perancis, Belgium dan Yaman di Kuala Lumpur. Jemaah Perancis diminta beri sedikit laporan usaha di Perancis.

Usaha bermula pada akhir tahun 70an. Hanya ada 1 masjid di Paris. Itupun untuk tujuan pelancongan.

Setelah usaha dibuat, sekarang ada 800 masjid di Paris dan 6000 masjid di seluruh Perancis. 1 juta orang kulit putih Perancis masuk Islam.

Elders putuskan bahawa setiap jemaah 3 hari yang keluar di Perancis perlu ada orang baru.

Jemaah2 dari Perancis sudah mula dihantar ke seluruh dunia. Beberapa tahun lepas, satu jemaah di hantar ke Argentina. Selama 3 bulan lebih mereka buat usaha hanya di satu masjid. bukan setakat usaha dari rumah ke rumah tetapi dari orang ke orang sehingga mereka jumpa setiap individu di kawasan itu.

Usaha masturat (suami isteri) juga bergerak maju di Perancis.

Pemain bolasepak Perancis, Anelka juga telah memeluk Islam dan telah keluar di jalan Allah.

Subhanallah!








Entry asal.


Nota Jemputan : Datuk-datuk, bapak-bapak, pakcik-pakcik, abang-abang, adik-adik dan semua lelaki adalah di jemput ya!

Sila klik selagi Halal