Khamis, 24 Mac 2011

Siap Melaporkan!

Alhamdulillah. Hanya layak Dia sahaja menerima segala pujian sekalian makhluk. Bertepatan tanggal 28 november 2010, Allah dengan taufiq dan rahmat kasih sayang serta hidayahNya telah memilih aku di antara ribuan manusia untuk ke bumi India. Bergerak dari Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling sebelum Zuhur. Flight pada waktu petang. Penerbangan Kuala Lumpur Delhi mengambil masa lebih kurang 5 jam. Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, perubahan cuaca mula terasa. India sedang mengalami musim sejuk peringkat awal.
Masjid Banglawali, Nizamuddin, New Delhi, India
Empat hari di Masjid Banglawali barulah kami di putuskan untuk tashkil pertama. Jemaah kami seramai sepuluh orang (3 Malaysia dan 7 Indonesia) di bentuk, berkhidmatkan Amir jemaah asal India (dari daerah Onggol, Andra Pradesh) dan di hantar ke route yang jauh perjalanan menggunakan keretapi hanya memakan masa selama 30 jam. Tashkil pertama kami adalah ke Nalgonda, Andhra Pradesh, India. Selama lebih kurang 35 hari kami di tempat ini. Bersama-sama orang tempatan kami telah ke merata tempat. Berusaha untuk jumpa orang Islam seramai mungkin untuk silaturrahim dan saling ingat -mengingati mengenai hal paling penting di sisi Allah Ta'ala iaitu iman.


Nalgonda, Andhra Pradesh, India
Seterusnya baki masa selama 18 hari pula kami di hantar ke Hapur yang terletak di Uttar Pradesh sejauh 4 jam perjalanan menggunakan van. Pada tashkil ke dua ini jemaah seramai 14 orang telah di bentuk ( 5 orang Malaysia dan 9 orang Indonesia). Berkhidmatkan Amir jemaah orang tempatan seramai 2 orang (berasal dari Hyderabad dan Assam)
Hapur, Uttar Pradesh, India
Di Hapur, keadaan semakin sejuk yang mana musim sejuk berada di tahap paling maksima. Hampir ke semua jemaah silih berganti di uji dengan masalah kesihatan oleh Allah Ta'ala. bersambung...

3 ulasan:

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

salam,jemput bagi pendapat di blog saya berkaitan artikel terbaru...mungkin tuanada info yang berlainan dgn info yang saya tulis...

abu zarim berkata...

pengalaman y sgguh bermakna,,,moga Allah mudahkan sume urusan kita,,,insyaAllah

NaniRostam berkata...

assalamualaikum....alhamdulillah..apa pun ujianNya harap kita hadapi dengan penuh tanggapan positif. mudahan-mudahan terus diberi kekuatan mental dan fizikal.

Sila klik selagi Halal