Rabu, 9 November 2011

Senaman Kegel


Apakah Latihan Kegel untuk Lelaki?Kegels adalah latihan yang boleh membantu anda sifar pada dan menguatkan otot di bawah pundi kencing bagi membantu mengawal pembuangan air kencing. Pada lelaki, masalah lemah kawalan kencing boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperi pundi kencing yang terlalu aktif atau pundi kencing yang tidak melakukan pengecutan atau kontrak dengan sempurna. Latihan Kegel dapat membantu kita untuk meningkatkan, bahkan di dalam sesetengah kes-kes tertentu, benar-benar dapat memulih dan mengembalikan kawalan pundi kencing.

Bagaimana Untuk Melakukan Latihan Kegel?Latihan Kegels adalah amat mudah untuk dilakukan. Bilamana kita telah berjaya mengenalpasti dimanakah kedudukan otot Kegel, maka sejurus selepas itu kita sudah boleh memulakan latihan tersebut. Salah satu cara yang paling mudah untuk mencari atau mengenalpasti otot Kegel adalah semasa kita membuang air kecil. Semasa kita membuang air kecil, cuba hentikan atau lambatkan aliran air kencing kita. Apabila kita boleh memperlahankan atau menghentikan aliran air kencing, maka kita telah sebenarnya berjaya mengenalpasti kedudukan otot Kegel tersebut, kerana untuk menghentikan aliran air kencing, kita perlu menarik otot di bawah bahagian kelengkang. Itulah sebenarnya otot Kegel.

Dalam keadaan sedang duduk, tarik atau kecutkan otot Kegel untuk kiraan lima secara perlahan. Kemudian, lepaskan semula otot tersebut juga dalam kiraan lima secara perlahan.Ulangi lagi sebanyak 10 kali. Lakukan senaman sedemikian sebanyak tiga kali sehari. Setelah beberapa hari, ubah cara latihan dengan melakukan senaman tersebut dalam pelbagai kedudukan seperti berdiri, berbaring bahkan semasa semua kedudukan di dalam solat. Latihan sedemikan harus diteruskan dari masa ke semasa. Insyallah, dengan senaman sedemikian, bukan sahaja dapat membantu mengurangkan masalah kencing tidak lawas bahkan meningkatkan lagi keampuhan alat sulit kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut, taipkan perkataan "Kegel Excercise" di dalam enjin pencarian Google


Salinan asal.

Ahad, 6 November 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1432 Hijriyyah

Salam Pengorbanan
ikhlas daripada,
Tujuh Kaki Dalam

Ahad, 4 September 2011

Puasa Enam Syawal


Dalil-dalil yang menunjukkan sunnahnya puasa enam hari di bulan Syawal:


عَنْ اَبِيْ اَيُّوْبَ اْلاَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.

“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”. (H/R Muslim (1164). Ibn Majah (1612/1716). Imam Ahmad dalam musnadnya (2/204-5/417/419). Abu Daud (2433). Tirmizi (759). Nasaii dalam As-Sunan al-Kubra (2/2862). At-Thayalisi dalam Al-Musnad (hlm. 81). Abdurrazzak dalam Al-Musannaf (7918, 7919, 7921). Ibnu Syaibah dalam Al-Musannaf (3/97). At-Tahawi dalam Musykil al-Atsar (2238, 2340,2341,2345). Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra (4/292), H/R Ahmad 417. Muslim 822 (Kitabus Siam) no. 1164. Abu Daud. 2/812-813. (Kitabus Siam). No 2433. At-Turmizi . (Bab As-Siam) no 756 Turmizi berkata: Hadis hasan sahih. Ibnu Majah 3/206-207 (Kitabus Siam) no 1716)


عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ اِبْرَاهِيْمَ : اَنَّ اُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ كَانَ يَصُوْمُ اَشْهُرَ الْحُرُمِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صُمْ شَوَّالاً. فَتَرَكَ اَشْهُرَ الْحُرُمِ ثُمَّ لَمْ يَزَلْ يَصُوْمُ شَوَّالاًحَتَّى مَاتَ.

Dari Muhammad bin Ibrahim bahawa Usamah bin Zaid berpuasa pada bulan-bulan mulia, lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadanya: Puasalah pada bulan Syawal. Lalu dia meninggalkan puasa bulan-bulan mulia dan terus berpuasa dibulan Syawal hingga dia meninggal dunia”. (Lihat: Al-Jami As-Saghir 2/99 hadis no 5037. Imam as-Syuti menyebutkan bahawa hadis ini sahih. H/R Ibnu Majah no. 1744)


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ فَشَهْرٌ بِعَشَرَةِ أَشْهُرٍ وَصِيَامُ سِتَّةِ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ فَذَلِكَ تَمَامُ السَنَةِ

“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, maka puasa sebelum itu sama dengan sepuluh bulan dan dengan puasa enam hari setelah berbuaka (berhari raya), maka itu melangkapi puasa setahun”. ((H/R Ahmad 5/280). Ibnu Majah (1715). An-Nasaai dalam As-Sunan Al-Kubra (2/2860). Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra (4/393) dan dalam Asy- Syu’bah Al-Imam 3/3736). Al-Khatib dalam Tarikh Baghdad (2/362) Ad-Darimi dalam As-Sunan (2/21). Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya (2115). At-Tahawi dalam Musykil Al-Atsar (2348). At-Tabrani dalam Musnad Asy- Syamiyin (903))

Menurut Imam An-Nanawi rahimahullah: “Para ulama berkata: Bahawa puasa enam setara dengan puasa setahun, kerana satu kebaikan diberi ganjaran sepuluh kali ganda. Puasa sebulan Ramadan sama dengan puasa sepuluh bulan, puasa enam pula sama dengan berpuasa dua bulan”. (Lihat: Syarah Muslim 3/238)


Khamis, 4 Ogos 2011

Sempena bulan mulia setahun sekali datang ni...



Marilah kita bersama-sama memanfaatkannya sebaik mungkin, semaksima mungkin dan semampu yang mungkin.

Di antara ibadah-ibadah yang di khususkan hanya ada di dalam bulan yang mulia ini maka kita sempurnakan sebaik-baiknya akan tetapi janganlah di abai kefardhuan yang lain. Ini kerana keutamaan berpuasa terletak di nombor ketiga selepas Solat dan Iman.

Maka marilah kita memperbaiki dan menyempurnakan Iman kita, Solat kita, Puasa kita (dan nanti Zakat kita). Dan di samping itu, marilah kita menjaga amalan-amalan sunnah yang khusus ada di dalam Ramadhan dan yang ada di sepanjang tahun.

Marilah kita;

1. Jangan mensyirikkan Allah dalam apa jua keadaan, amalan dan suasana apatah lagi di Ramadhan yang mulia ini dan perbanyakkan bercerita tentang hebatnya Allah Ta'ala, perbanyakkan bercerita tentang hebatnya Allah Ta'ala dan perbanyakkan bercerita tentang hebatnya Allah Ta'ala. (Time lapar dan haus jangan ingat makanan dan minuman untuk hilangkan dahaga dan lapar kita tapi ingatlah Allah. Ini antara masanya untuk kita mendidik iman kita)

2. Jangan sampai kita terleka dalam menjaga kefardhuan Solat dalam kita menjaga Solat-Solat sunat yang ada. (Terutamanya takbiratul ula bersama imam)

3. Jaga Puasa kita sebaik-baiknya. (Dari segi lapar dahaganya, matanya, mulutnya, fikirannya, tangan dan kakinya, hatinya, telinganya dan zahir batinnya)

4. Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat selain dari yang fardhu (mengaji Quran, solat-solat sunat, sadaqah, sahur, awalkan berbuka dan banyak lagi)

Dan kita lakukan semua ini semata-mata kerana kita adalah hambaNya dan tiada selain dari mengharapkan keredhaanNya jua.


Nota lapar : Sebelum berbuka letih, selepas berbuka puuuun letih..

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432 Hijrah



"Hai orang - orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang - orang sebelummu, agar kamu bertaqwa"

(al-Baqarah:183)



Daripada Abu Hurairah r.anhu, daripada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." (Hadith riwayat an-Nasa'i, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)

Jumaat, 29 Julai 2011

suatu malam di dalam surau yang gelap.




Malam itu aku balik lewat.

Selaku orang bujang, aku malas nak balik terus ke rumah. Jadi biasanya destinasi aku kalau tak ke Cyber Cafe, mesti ke kedai mamak atau ke Surau.

Malam itu aku ke surau (selepas ke CC dan kedai mamak. He he). Suasana Surau agak angker. Gelap, suram dan sunyi.... Woshhhhh~

Selesai memberi salam dan sedikit zikir selepas solat, di dalam ruang yang samar-samarketika tangan di hadapkan ke langit mengharap segalanya dari Dia pemilik segalanya, di luar tingkap surau yang gelap terdengar bunyi yang mencurigakan.

"Ah! Aku kan tengah menghadap Pencipta segala makhluk."

"Nak takut apa!" Dengus ku di dalam hati.

"Haaaa~" Aku tersentak! terdengar suara "makhluk asing"

(Sekali dia main Haaaa~ Haaaa~ daa.)

"Hoi!" "Ape haa~ haaa~? Nak masuk, masuk saja la." (konon-kononnya)

Sekian cerita.



Nota "Haaa~" : Jangan lewat-lewatkan solat Isyak. "makhluk asing" pun tak suka tau.

Khamis, 24 Mac 2011

Siap Melaporkan!

Alhamdulillah. Hanya layak Dia sahaja menerima segala pujian sekalian makhluk. Bertepatan tanggal 28 november 2010, Allah dengan taufiq dan rahmat kasih sayang serta hidayahNya telah memilih aku di antara ribuan manusia untuk ke bumi India. Bergerak dari Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling sebelum Zuhur. Flight pada waktu petang. Penerbangan Kuala Lumpur Delhi mengambil masa lebih kurang 5 jam. Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, perubahan cuaca mula terasa. India sedang mengalami musim sejuk peringkat awal.
Masjid Banglawali, Nizamuddin, New Delhi, India
Empat hari di Masjid Banglawali barulah kami di putuskan untuk tashkil pertama. Jemaah kami seramai sepuluh orang (3 Malaysia dan 7 Indonesia) di bentuk, berkhidmatkan Amir jemaah asal India (dari daerah Onggol, Andra Pradesh) dan di hantar ke route yang jauh perjalanan menggunakan keretapi hanya memakan masa selama 30 jam. Tashkil pertama kami adalah ke Nalgonda, Andhra Pradesh, India. Selama lebih kurang 35 hari kami di tempat ini. Bersama-sama orang tempatan kami telah ke merata tempat. Berusaha untuk jumpa orang Islam seramai mungkin untuk silaturrahim dan saling ingat -mengingati mengenai hal paling penting di sisi Allah Ta'ala iaitu iman.


Nalgonda, Andhra Pradesh, India
Seterusnya baki masa selama 18 hari pula kami di hantar ke Hapur yang terletak di Uttar Pradesh sejauh 4 jam perjalanan menggunakan van. Pada tashkil ke dua ini jemaah seramai 14 orang telah di bentuk ( 5 orang Malaysia dan 9 orang Indonesia). Berkhidmatkan Amir jemaah orang tempatan seramai 2 orang (berasal dari Hyderabad dan Assam)
Hapur, Uttar Pradesh, India
Di Hapur, keadaan semakin sejuk yang mana musim sejuk berada di tahap paling maksima. Hampir ke semua jemaah silih berganti di uji dengan masalah kesihatan oleh Allah Ta'ala. bersambung...

Selasa, 22 Mac 2011

Ada manusia tidak percaya wujudnya Allah


Ada orang yang tak percaya wujudnya Allah.

Baiklah.

Aku percaya adanya Allah dan aku melaksanakan segala kehendak-kehendakNya.

Dan kamu tidak percaya wujudnya Allah maka kamu hidup sesuka hati.

Andai betul tiada Tuhan maka nanti bila aku dan kamu mati maka kita dua-dua tidak akan ada apa-apa balasan.

Akan tetapi jika Allah itu sememangnya wujud maka aku akan menerima balasan dariNya kerana di dunia aku berusaha memenuhi segala kehendakNya akan tetapi kamu nanti bagaimana?

SesungguhNya Allah itu benar-benar wujud.

Sila klik selagi Halal