Jumaat, 1 Januari 2010

Tauhid!


Dahri adalah seorang atheis yang begitu bijak berhujah naik kemimbar mencabar siapa untuk berhujah lalu disambut oleh Abu Hanifah. Abu Hanifah ketika itu adalah masih lagi begitu muda.

Lalu bila melihat Abu Hanifah menyahut cabarannya, Dahri bertanya: "Siapakah engkau wahai kanak-kanak, engkau menyahut cabaranku sedangkan ramai ulamak serta orang-orang yang tua yang berserban besar, berjubah labuh, berlengan baju yang luas tidak berupaya menandingiku, inikan pula engkau yang masih kecil, mentah dan hina?"

Abu Hanifah menjawab: Allah Taala tidak memberikan ketinggian serta kebesaran kepada seseorang hanya kerana berserban besar, berjubah labuh serta berlengan luas tetapi Dia memberinya sebagaimana firmanNya; “Dan mereka yang diberikan ilmu itu ada beberapa darjat “ (Al-Mujadalah: 11)

Dahri bertanya: "Engkau yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Abu Hanifah menjawab: "Ya, dengan taufik dari Allah semata-mata."

Dahri mula bertanya: "Adakah Allah itu maujud?" Abu Hanifah menjawab: "Ya."

Dahri bertanya: "Dimana?" Abu Hanifah menjawab: "Allah tiada bertempat."

Dahri bertanya bagaimanakah yang maujud itu tiada bertempat? Abu Hanifah menjawab: "Dalilnya ada pada diri kamu."

Dahri bertanya: "Mana dia?"

Abu Hanifah bertanya kembali: "Bukankah kamu ada nyawa?" Dahri menjawab: "Ya."

Abu Hanifah kemudian bertanya: "Dimanakah tempat nyawa atau roh dirimu, dikepalakah, diperutkah atau dikakimu?"

Dahri terpinga-pinga tidak dapat menjawab. Kemudian Abu Hanifah menanyakan pula tentang susu sebagai dalil yang lain: "Bukankah air susu ini berlemak?"Dahri menjawab: "Ya."

Abu Hanifah bertanya: "Dimanakah lemak tersebut, disebelah atas susu atau disebelah bawahnya?" Sekali lagi Dahri terpinga-pinga tidak dapat menjawab.

Abu Hanifah pun berkata: "Sebagaimana roh itu tiada bertempat didalam tubuh badan serta lemak tidak bertempat dalam susu, maka begitulah Allah tidak bertempat dialam ini (bahkan Allah yang mencipta segalanya)."

Dahri kemudian menyoal lagi: "Apa yang ada sebelum Allah dan apa pula selepasNya?"

Abu Hanifah menjawab: "Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesuatu selepasNya."

Dahri berkata: "Betapa dapat digambarkan sesuatu yang maujud itu tiada sesuatu sebelumnya dan tiada sesuatu selepasnya?"

Abu Hanifah menjawab: "Dalilnya ada pada anggota badanmu." Dahri bertanya: "Apa dia?"

Abu Hanifah menjawab: "Tiada sesuatu yang mendahului ibu jarimu dan tiada sesuatu selepas jari kelingkingmu. Sebegitulah Allah Taala yang tiada sesuatu sebelumNya dan tiada sesuatu selepasNya."

Dahri akhirnya berkata: "Tinggal satu soalan lagi untukku bertanya. Apakah yang dilakukan Allah sekarang?"

Abu Hanifah menjawab: "Cara engkau bertanya ini tidak kena, sepatutnya orang yang menjawab mesti diatas mimbar dan orang yang bertanya dibawah. Saya akan menjawab soalan ini sekiranya engkau turun kebawah dan saya berada diatas mimbar."

Lalu Dahri pun turun manakala setelah Abu Hanifah berada diatas mimbar, lantas Abu Hanifah berkata: "Waktu ini, Allah menurunkan yang batil kebawah seperti dirimu manakal menaikkan yang hak keatas."

Dan fahamlah Dahri bahawa dirinya telah tertewas. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan.

Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah rah. tetap dikenali keseluruh dunia sebagai fuqaha terulung dan salah seorang Imam Mazhab Sunni ASWJ. (Mazhab Hanafi)

Nota Kecil : Dapat artikel ini semasa merewang di sini.

Tiada ulasan:

Sila klik selagi Halal