Rabu, 5 Ogos 2009

Satu Rasa


Bila berbicara tentang perasaan, sudah pasti semua manusia memiliki perasaan yang sama. Sedih, Suka,benci, cinta, gembira,menangis, ketawa dan banyak lagi. Jadi mencipta sesuatu yang mengaitkan tentang perasaan tentu akan menarik minat ramai orang. Perasaan yang sama. Antara yang berbeza agama, warna kulit dan juga budaya, perasaan itu tetap akan sama. Mungkin ada yang akan mengatakan berbeza,tidak sama. mana mungkin! Ya, Mungkin yang berbeza itu cuma tahap dan keadaan perasaan itu sahaja. Kalau gembira org faham apa itu gembira. Kalau sedih orang akan paham apa itu sedih. Perasaan yang sama akan pasti terasa.

Dan biasanya perasaan itu selalu berkait rapat dengan seni. Mencipta sesuatu karya seni yang menyentuh perasaan pasti akan memberi kesan yang mendalam terhadap semua manusia selagi manusia itu punya perasaan. Tidak kira apa pegangan agama, warna kulit dan juga bangsa.

Jadi persoalannya di sini ialah bagaimana untuk bertanggungjawab dalam menarik kesan perasaan manusia terhadap karya seni. Tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam. Tanggungjawab yang akan di persoalkan di akhirat kelak. Di sinilah rasanya bagi saya yang sepatutnya membezakan pengkarya Muslim dalam menghasilkan karya-karya seni mereka berbanding dengan yang lain.

Seni itu anugerah dari Allah. Dan sesungguhnya anugerah itu adalah satu tanggungjawab. Bagaimana hari ini syaitan bertungkus lumus menyesatkan manusia melalui senjata yang satu ini. Bagaimana kekeliruan pengkarya seni Muslim "meluahkan" perasaan mereka melalui anugerah ini. Hanya melibatkan perasaan. Hanya ingin orang berkongsi rasa yang di rasa. Sekadar itu, rasanya tidak mencukupi sedangkan dengan bakat yang telah di anugerahkan Allah itu boleh menarik minat golongan yang belum mendapat hidayat Allah untuk mengenal Islam.

Mungkin ada pengkarya seni yang mengatakan bahawa karyanya sudah cukup Islamik. Karyanya sudah cukup untuk menarik khayalak ramai untuk sekurang-kurangnya mengenal dan mendekati apa itu Islam. Tetapi pernahkah persoalan-persoalan penting di tanyakan kepada diri sendiri terhadap karya yang di hasilkan? Apakah karya itu sudah menepati syariat Islam? Apakah karya yang terhasil itu sudah di mesyuarat dan meminta pendapat mereka yang arif dalam bidang agama agar perkara-perkara berkaitan syariat dapat di patuhi sepenuhnya tanpa menjejas mesej yang hendak di sampaikan? Dan yang paling penting sekali ialah Apakah karya itu akan menyukakan Allah Ta'ala?

Di sinilah hala tuju sebenar dalam menghasilkan karya seni yang sebenar-benarnya. Satu tujuan penting. Bukan sekadar berkongsi rasa. Kerana yang namanya tanggungjawab itu bukan semudah yang di rasa. Apakah tujuan utamanya?

Tidak lain melainkan hanya untuk menyukakan Allah. Meraih redho Allah dalam setiap perlakuan kita. Dan perlulah di ingat bahawa penghasilan karya seni hanyalah merupakan satu cara atau cabang sahaja dalam menyampaikan mesej penting tentang Islam (dan perlulah selari dgn syarak. Bukan sekadar ingin berkongsi mesej perasaan tetapi di dalamnya banyak perkara-perkara kemaksiatan berlaku).

Kerana cara yang paling utama dalam menyampaikan mesej tentang kemuliaan Islam yang paling ampuh ialah melalui cara yang telah di tunjukkan nabi Sallallahu 'alaihi wasallam.

Dan di tekankan bahawa asasnya tidak boleh di tinggalkan semata-mata mengejar cabang. Dan menganggap cabang sebagai medan utama adalah silap sama sekali kerana cara terbaik telah Allah turunkan kepada kekasihNya, Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam.

Kesimpulannya, sejauh mana pun minat kita terhadap seni, perlulah di ingat bahawa dengan Iman dan Islam yang telah anugerahkan kepada kita menjadikan tanggungjawab kita sebagai ummat ( yang meminati seni) adalah besar. Bukan sekadar hanya berkongsi rasa (dalam menghasilkan karya) tetapi lebih dari itu. Dan yang penting sekali ialah kita perlu sedar bahawa penjadi pengkarya seni bukanlah kerja kita sebagai ummat yang terbaik. Itu hanya keperluan. Keperluan yang di saluti tanggungjawab sebagai seorang umat yang terbaik. Kerja sebenar kita tidak lain ialah kerja dakwah. Mengajak manusia kembali kepada Allah, mengajak manusia mengEsakan Allah, mengajak manusia ke perkara yang ma'aruf dan melarang manusia mengerjakan perkara kemungkaran. Maka apalah makna sebuah karya andai mesej yang baik di sampaikan dengan cara kemungkaran. Hanya sekadar meriah di mata manusia tetapi tiada nilai di sisi Allah.

Bukan raih manusia yang ingin di kejar tetapi Redho Allah yang di harap-harapkan.

Nota Rasa : Betapa banyak sudah kemungkaran yang berlaku dalam menyampaikan mesej-mesej yang baik berlaku dalam karya-karya seni luar negara dan dalam negara kita sendiri. Maka di seru kepada pengkarya seni, berevolusilah dalam menghasilkan karya. Kita ummat pilihan.

1 ulasan:

..::بشرى::.. berkata...

kesenian Islam...teringat akan kata2 Faisal Tehrani,walaupun kurang bersetuju dengan manhaj beliau,tapi beliau telah pun mengorak langkah dan bekerja untuk menghasilkan kesenian Islam,namun hari ni,ada yang yang menganggap seni Islam itu tak lebih dari nasyid,khat,dan taranum..ah,si dungu mana yang berbicara seperti ini..apa pun,Iran telah berjaya menghasilkan filem2 yang berkualiti dan islamik sehingga di terima di peringkat antarabangsa,tapi itu cerita Iran,yang menganut fahaman syiah,yang kita ni sunni?majoriti pula,tapi......

Sila klik selagi Halal