Khamis, 30 Julai 2009
serabut emosi
jauh di dalam benak,
ligat bergerak, berputar dan berbalar,
di sini, di sana, sama sahaja,
sakit, tertekan, berbungkam menahan amarah,
sang ummat masih menderita mengharap,
jauh di hadapan mata,
memandang, melihat, memerhati,
di sini, di sana, sama sahaja,
celupar, sombong dan bongkak,
sang ummat masih berlagak biadap,
jauh di sudut segumpal darah,
menekan sabar, bermunajat du'a dan mengharap rahmat,
di sini, di sana, sama sahaja,
sang ummat di harap berubah mendapat hidayat,
jiwa, iman, hati dan mata,
sama sakitnya,
sama lemahnya,
dari berdiri,
kini sudah terbaring,
di sudut jauh,
bergerak satu jema'ah,
pelusuk dunia semua di redah,
demi menghidupkan kerja yang di lekakan ummah,
bergerak berserta diri, harta dan masa,
tiada apa yang di pinta,
cukuplah sedia memberi barang sedikit masa,
untuk sama-sama duduk berfikir,
untuk merisaukan keadaan amal, iman dan taqwa,
semasa masih bernyawa,
tiada apa yang ingin di bangga-bangga,
sekadar untuk menghilangkan resah dan lelah,
dari terus hanyut di bawa arus deras dunia,
bukan sepanjang masa cuma sekadar beberapa waktu cuma,
ummat,
jangan terus leka,
jangan terus tidur bermimpi indah,
jangan terus bermegah-megah,
jangan terus hanyut di himpunan nafsu serakah,
jangan terus berbalah sesama kita,
jangan terus berpuak-puak mengumpul bangga,
jangan terus bermusuh menarik muka,
kerana kita bukan siapa-siapa,
cuma ummat Baginda nabi yang mulia,
punya amanah yang perlu di bawa,
di bawa ke sini dan ke sana,
ke tujuh benua yang masih ada.
Selasa, 21 Julai 2009
Dr Zakir Naik
Berlatar belakangkan bidang kedoktoran, Dr. Zakir Abdul Karim Naik merupakan seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.
Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan.
Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India.
Dr. Zakir Naik mendapat pendidikan awal di St. Peter’s High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram College, Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai. Akhirnya, beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang perubatan, M.B.B.S (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) di University of Mumbai, India.
Beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama, dan antara yang paling berjaya adalah dialog bersama-sama Dr.William Campbell (Amerika Syarikat) pada 1 April 2000. Beliau digelar oleh seorang individu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai ‘Deedat Plus’ pada tahun 1994.
Beliau juga menerima sebuah plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada Ahmad Deedat yang terpahat padanya : “Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.” Ia bermaksud, “Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”
Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dibeberapa stesen televisyen dan radio di pelbagai negara, dan kini ratusan daripada video rakaman ceramah beliau boleh didapati dalam bentuk pita video dan cakera padat (CD)
Beliau kini telah meninggalkan karier beliau sebagai seorang doktor perubatan untuk menumpuhkan seluruh masa dan tenaga beliau untuk aktiviti dakwah islamiyah. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F), Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.
Antara buku-buku yang telah dikarang oleh Dr. Zakir Naik termasuklah Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding?, Is The Qur’an God’s Word? Dan banyak lagi.ISLAMIC RESEARCH FOUNDATION
Islamic Reseach Foundation yang diasaskan pada bulan Februari 1991 merupakan satu pertubuhan rasmi yang tidak berasaskan keuntungan yang berperanan menyebarkan dakwah serta mesej Islam kepada masyarakat, sama ada Islam mahupun bukan Islam.
Kerja-kerja yang dihasilkan oleh I.R.F termasuklah buku-buku, dokumentari dan video-video ceramah telah sampai ke jutaan manusia di serata dunia melalui saluran TV satelit antarabangsa, Internet dan media cetak; kebanyakkan menumpukan kepada memberikan kefahaman terhadap kebenaran dan kesempurnaan agama Islam berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis sahih dan juga logik akal.
Islamic Reseach Foundation dinaungi oleh Dr. Zakir Naik Abdul Karim Naik. IRF boleh dihubungi di alamat:
56/58 Tandel Street ( North),
Dongri, Mumbai – 400 009 India.
Tel : (0091-22) 23736875 (8 lines)
Fax : (0091-22) 23730689.
Laman web: http://www.irf.net
Dr. Zakir Naik Vs Dr. William Campbell
Tajuk: “Qur’an and Bible in the light of Science”
Sinopsis: Debat Hebat ini berlangsung di Skokie, Illinois, USA. Dr. Zakir Naik telah bertindak menerima cabaran Dr. William Campbell yang pernah menulis buku menghina al-Quran bertajuk “The Qur’an and the Bible in the light of History and Science”. Dalam buku tersebut Dr.William Campbell menghina Al-Quran dengan mengatakan fakta-fakta di dalamnya bertentangan dengan Sains manakala ayat-ayat Bible menunjukkan fakta sains. Beliau juga mencabar Orang Islam untuk menjawap dakwaan beliau.
Antara kandungan menarik Debat ini ialah:…
- Pembuktian Al-Quran firman Allah menerusi Sains dan logik akal
- Konsep salah Holy Trinity
- Penyimpangan ajaran Kristian daripada ajaran Nabi Isa AS
- Kandungan Bible yang telah diubah
- Hujah-hujah Dr. William Campbell yang mudah dipatahkan oleh Dr. Zakir Naik
- Pembuktian KeRasulan Nabi Muhammad SAW
Dr Zakir Naik mematahkan hujah-hujah Dr William Campbell menerusi:…
- Firman Allah dan Hadis Nabi SAW
- Petikan Ayat-ayat Bible
- Kajian Sains dan Teknologi
Lihat debat di sini:
http://www.youtube.com/view_play_list?p=625048053B10637E
Biodata Dr. Zakir Bin Naik
Beliau berkelulusan Doktor Perubatan adalah seorang pendakwah bebas yang mendapat gelaran ‘walking Computer’ kerana ingatan beliau yang luar biasa, beliau juga digelar ‘Deedat Plus’ kerana kebolehan beliau berhujah mengenai Islam dan Kristian sebagaimana Ahmad Deedat, tetapi Dr. Zakir Naik memiliki lebih banyak kelebihan lagi. Di dalam perdebatan, beliau secara bersahaja memetik kandungan Al-Quran, Hadith, Bible serta buku dan kajian terkini sains dan teknologi. Semuanya beliau lakukan dari ingatan luarbiasa beliau tanpa merujuk kepada sebarang teks.
Biodata Dr. William Campbell
Beliau adalah seorang Missionary Kristian yang berkelulusan PhD bahagian teologi Kristian dan fasih berbahasa Arab. Beliau bertaraf ‘Ulama’ Kristian adalah seorang yang sangat kritis kepada ajaran Islam dan Al-Quran. Berbanding Dr Zakir Naik, beliau berhujah dengan merujuk kepada bahan-bahan bertulis yang beliau sediakan…tetapi yang ajaibnya adalah semua rujukan beliau itu dihafal secara ‘ayat ke ayat’ oleh Dr Zakir Naik.
Sesungguhnya melihat perdebatan tersebut akan membuatkan kita merasa takjub akan kurniaan Allah terhadap Dr Zakir Naik. Debat tersebut juga berjaya membongkar segala kesalahan ajaran Kristian secara ilmiah dan bukti konkrit yang sukar untuk ditolak oleh Dr William Campbell sendiri. Adalah dilaporkan, ratusan orang yang memeluk agama Islam setelah melihat perdebatan tersebut.
Debat ini adalah debat terakhir yang dibuat oleh Dr.Zakir Naik kerana cabarannya kepada pendeta-pendeta agama Yahudi, Buddha, Hindu, Atheis malahan Kristian untuk berdebat tentang kebenaran Islam tidak berani lagi disambut selepas itu. Mungkin mereka gentar kepada Dr. Zakir Naik yang memperlakukan Dr. William Campbell seperti seorang yang ‘hilang arah’ dan hujah ketika bertemu beliau.
Video salah seorang wanita beragama Hindu memeluk Islam secara LIVE di Peace TV selepas bertanya satu soalan kepada Dr. Zakir Naik. Setelah berpuas hati mendengar penjelasan daripada Dr. Zakir Naik, tanpa teragak-agak wanita ini mengucap 2 kalimah syahadah.entry di ambil dari blog saudara ini.
Ahad, 19 Julai 2009
untuk di fikirkan dalam-dalam
Maka setelah itu terdengarlah sebuah suara dari dalam kubur, "Wahai Umar, sesungguhnya kami juga mempunyai kabar. Sesungguhnya kami telah mendapatkan apa yang telah kami usahakan ketika kami masih hidup di dunia. Harta yang kami keluarkan untuk akhirat kini telah membantu kami. Dan harta yang tidak kami keluarkan untuk agama telah menjadikan kerugian bagi kami."
Nota kena fikir dalam-dalam : Ini bukan cerita rekaan atau filem atau drama atau apa sahaja yang kamu mahu namakan tetapi ini cerita hakikat. Cerita yang aku, kamu dan kita semua bakal tempuhi. Pasti dan pasti! Tiada keraguan!
Jumaat, 17 Julai 2009
Laporan Ijtima' Malaysia 2009 (Peribadi)
Ijtima' Malaysia telah berjaya berlangsung beberapa hari yang lepas. Ijtima' kali ini berjaya mengumpul puluhan ribu ummat Islam dari seluruh dunia (di laporkan di dalam sebuah akhbar tempatan bahawa jumlah telah mencecah sehingga 200 ribu orang)
Betapa aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah Ta'ala telah pilih aku untuk dapat menghadiri Ijtima yang julung-julung kali di adakan di Malaysia.
Pertamanya, aku tak berapa pandai nak buat karkuzari (laporan) pasal Ijtima' sebab aku tak duduk dengar bayan secara formal. Dengar bayan secara informal bila tiada tugas. Ini kerana ketika Ijtima, Alhamdulillah Allah telah pilih aku untuk jadi jemaah khidmat di bahagian potong memotong. Jadinya, masa untuk mendengar bayan hanya bila ada sedikit kelapangan (itupun melalui corong speaker di khemah khidmat ta'am) atau semasa sedang memotong sayur-sayuran.
Walau bagaimanapun aku akan coretkan sedikit sebanyak yang aku dapat dengar dan harap kita sama-sama dapat amal dan sampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain.
Antara yang aku dapat dengar melalui bayan (ceramah) Maulana;
1. Kisah ashabul Kahfi. Dimana Maulana bagitahu bila kita ada kerisauan dan fikir akan keadaan iman kita, pasti dan pasti bantuan Allah akan bersama-sama dengan kita. Maulana telah membawakan bagaimana pemuda-pemuda Kahfi telah bersembunyi ke dalam gua atas maksud yang sama iaitu menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang di zaman itu zalim dan mengkehendakkan rakyatnya menyembah selain dari Allah Ta'ala. Hanya atas sebab mereka ingin menyelamatkan iman mereka bantuan Allah yang sgt besar telah datang bersama-sama mereka. Allah telah tidurkan mereka beratus tahun. Dengan asbab kerisauan mereka, Allah telah amkan hidayat. Buktinya ketika mereka telah bangun dari tidur yang panjang, zaman itu masyarakat telah pun beriman kepada Allah Ta'ala sepenuhnya. Dan lagi menurut Maulana (kalau tak silap aku mendengar atau lebih kurang) itu baru fikir risau iman atas diri mereka sendiri dan hanya melalui tidur Allah telah amkan hidayat apatah lagi bila kita ada kerisauan tentang iman seluruh ummat (seperti mana fikir risaunya Baginda nabi sallallahu 'alaihi wasallam) dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain, dari pintu ke pintu, hati ke hati (seperti mana yang telah di buat oleh para Sahabat radiallahu 'anhum) pasti dan pasti Allah tidak akan membiarkan kita begitu sahaja dan pasti dan pasti bantuan Allah akan senantiasa bersama kita.
2. Hari ini kita kena perbetulkan kaedah kita menyelesaikan segala masalah kita. Menurut Maulana, hari ini kita kena selesaikan masalah kita melalui amal ibadah. Apa jua masalah yang kita hadapi kena cepat-cepat mencari rahmat Allah (melalui amal ibadah perintahnya terutama solat dua rakaat), dan tempat yang sepatutnya kita pergi bila ada masalah ialah Masjid ataupun surau.
3. Hari ini ummat telah salah faham antara ilmu dan pengetahuan. Segala pengetahuan dunia di katakan bahawa itulah ilmu. Faham seperti ini menurut Maulana adalah sangat salah sama sekali kerana hakikat ilmu itu ialah bagaimana kita kena tahu apa perintah Allah pada setiap waktu dan ketika dan kena ikut cara yang telah di tunjukkan olehRasulullullah Sallallahu 'alaihi wasallam.
4. Maulana juga telah bagitahu bahawa Ulama' itu adalah pewaris nabi. Maksud waris di sini bukan sekadar ilmu kenabian sahaja tetapi juga mewarisi segala kerja yang telah di buat oleh nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Itulah maksud sebenar Ulama' pewaris nabi terang Maulana lagi.
Antara peristiwa-peristiwa yang menarik sepanjang Ijtima' yang dapat di aku ingat antaranya ialah:
1. Semasa khidmat, tiada kelihatan lalat-lalat menghurungi daging-daging mentah yang belum di masak. Bukan tiada lalat. Ada tapi lalat itu hanya hinggap di buah-buahan sahaja. Itu pun dalam jumlah yang boleh di bilang dengan jari.
2. Masa tidur, walau pun jika di pandang dengan mata kasar memang tidak selesa tetapi Alhamdulillah kerana sesungguhnya keselesan itu bukan dari keadaan tempat tidur tetapi keselesaan itu adalah milik Allah. Seteruk manapun keadaan tempat tidur kalau Allah dah tetapkan kita akan tidur dengan nyenyak dan selesa maka tiada satu kuasa pun dapat menghalang kerana selesa dan nyenyak itu hak milik Allah yang mutlak. Dan masa tidur langsung tak dengar bunyi nyamuk. Malah hujan dan panas pun aku boleh tidur dengan nyenyak (boleh pula aku buat tak tau panas ke hujan ke sebab nyenyak tidur. He he)
3. Betullah orang alim bagi tahu bahawa kita perlu senantiasa menjaga niat kita sebelum, ketika dan selepas Ijtima' kerana sepanjang Ijtima' segala urusan yang kalau di fikir memang rumit Alhamdulillah Allah permudahkan. Dan berbagai juga cerita sahabat-sahabat yang lain terdengar tetapi itu tidaklah penting kerana tujuan utama ke Ijtima' bukanlah untuk mencari keselesaan kerana perjuangan itu perlu di lalui dengan jalan yang penuh mujahadah (susah payah) baru terasa kenikmatannya iman.
4. Hujan yang turun di sepanjang Ijtima' jugak sangat luarbiasa. Lebat tapi seketika. Dan paling menyentuh jiwaku ialah hujan yang turun sejurus azan Jumaat habis di laungkan. Lebat tapi seketika cuma dan ada sahabat bagitau makcik yang jualan di gerai semasa solat jumaat cerita hujan di tempat lain memang lebat tetapi di kawasan solat tidak pula lebat. Wallahu a'lam.
Apa yang penting selepas Ijtima' ialah kita kena mula sedar tugas kita sebagai ummat terbaik. dan sedar sahaja juga tidak cukup kerana perlu pada tindakan iaitu membuat kerja sebagai ummat terbaik.
Jadi tuan-tuan yang mulia bersiap siagalah setiap masa, waktu dan keadaan untuk menyahut panggilan kerja agama dengan mengorbankan diri, masa dan harta (terutamanya diri aku sendiri).
InsyaAllah azam!
Lagi laporan lain boleh di baca melalui blog-blog di bawah :
http://azharjaafar313.blogspot.com/
http://tamindhari.blogspot.com/
http://gunawanaziz.blogspot.com/
http://krenmaut.blogspot.com/
http://hambalialorstari.blogspot.com/
http://rahba81.blogspot.com/
http://sekolahatapaje.blogmas.com/
http://kopiahhensem.blogspot.com/
http://iluvislam-fiqkofallah.blogspot.com
http://syukri-abdullah.blogspot.com/
http://asqalani.blogspot.com/
http://ghostridermujahid.blogspot.com
http://iktibaronline.blogspot.com/
http://silangbunga.blogspot.com/
http://aman.via.my
Nota Peribadi : Aku kecewa sebab hari terakhir dan program terakhir iaitu duduk Bayan untuk orang-orang Khidmat Ta'am aku tak dapat nak sertai. Inilah natijah dari amalan aku yang banyak main dan tidak sempurna
Selasa, 14 Julai 2009
Laporan Ijtima' Malaysia 2009 (Bergambar)
jalan-jalan sebentar meninjau gerai yang ada
di bahagian inilah kami berlima di tempatkan untuk khidmat ta'am (potong memotong)
10 / 07 / 2009
12 / 07 / 2009
http://kutuilmu.blogspot.com/2009/07/ijtimak-tabligh-sedunia-di-sepang.html
http://krenmaut.blogspot.com/2009/07/gambar-gambar-sekitar-ijtima-islam-se.html
Rabu, 8 Julai 2009
Ijtima' Malaysia 2009
Ijtima' Malaysia 2009 semakin dekat. Dari entry ini di tulis lagi tinggal sehari sahaja lagi. Jadi di kesempatan ini aku nak jemput semua lelaki di Malaysia ini untuk datang ke Ijtima' Malaysia. Kita dengar pesanan-pesanan Ulama tentang pentingnya untuk kita fikir dan risau dengan keadaan iman dan amal kita di dunia ini.
Program Ijtima' Malaysia 2009 ( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )
Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan
9 Julai 2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum
11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek
12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)
1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak
- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.
Cara - cara nak ke Ijtima' bagi mereka yang tidak memandu kenderaan sendiri boleh rujuk di sini.
Nota sebelum Ijtima' : Sesungguhnya Allah Ta'ala telah letak kejayaan seluruh ummat manusia hanya dalam agama iaitu sejauh mana kita ta'at perintahNya dengan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Tiada cara lain. Kalau ada Allah tak terima beb! Tak caye? Tak caye sudah!
Isnin, 6 Julai 2009
Mai Kita Pakat Renung Sejenak !
Sabtu, 4 Julai 2009
hanyut
di ulit nikmatnya dunia,
indah penuh ghairah teruja,
hari-harimu tidak pernah lelah dari mengejar dan di kejar,
"selamanya nikmat ini aku yang punya"
berpuing-puing dosa berkumpul dan terkumpul,
antara sedar dan khayal,
tak di pedulikan lagi,
demi nikmat yang kau kejar itu,
nikmat yang mengikis nikmat,
detik waktu-waktumu di warnai dgn warna gelap,
haruman busuk berbau wangi,
kata-kata tersusun berbaris nista,
nafsu merajai aqal,
sentiasa tersasar ke kiri tidak akan ke kanan,
walau terangnya cahaya,
menerangi ruang kelam hidupmu,
berkali hanya di biar pergi,
sesal hanya sebentar,
yang luput di datangi syahwat menggila,
terus,
berlalu dan berlalu,
bulan bergalang tahun..
hingga tertutupnya terang,
dan terbukalah ruang..
yang tiada cahaya kecuali kelam,
satu persatu,
jawapan yang penuh palsu,
tertutup rapat bahasa terkunci kelu,
soalan-soalan pasti..
kini kau gagal memberi!