Isnin, 22 Disember 2008

mari belajar subjek audit.

sementara kita masih di dunia ni bagus kita banyak tanya diri kita sendiri tentang soalan - soalan yang akan di tanya bila kita dah tinggalkan dunia fana ini kan?

kalau taaaaaak naaaaak tinggalkan juga dunia ini.hmm.bukankah dunia ini akan hancur juga nanti?

nak tak nak kena jugak tinggalkan kan? (ha ha padan muka korang)

kalau kita tak banyak soal diri kita sendiri tentang soalan - soalan yang akan di tanya bila kita dah tinggalkan dunia fana ini sekarang bila lagi kan?

takkan nak tunggu dah mati kot?

oho.takde dah kalau dah ruh berpisah dari badan.dah tak leh soal diri sendiri tapi dah kene soal oleh malaikat dah time tuh.

dulu masa belajar ilmu pengetahuan akaun.ada satu bab yang aku rasa berkaitan dgn soal menyoal ini.


Audit.


subjek audit ni berkaitan dgn menyiasat hasil kerja org lain adakah selari dgn apa yg telah di tetapkan.soal sana.soal sini.

kalau tak selari! ha adalah natijahnya.

memang kena siasat habis-habisan.atau dalam bahasa kasarnya 'cari silap orang'.

itu di dunia.

kadang - kadang terlepas pandang juga sebab manusia itu tidak akan pernah sempurna.

tapi bagaimana pula 'audit akhirat' nanti?

akan terlepaskah kita dgn soal jawab di hadapan Allah nanti?

akan dapatkah kita mengelak dgn tipu muslihat di mahkamah Allah yang Maha Adil itu nanti?

setiap peri laku kita akan di pertanggungjawabkan.

setiap saat di dunia akan di tanya kelak!

setiap nikmat akan di persoalkan!

tiada sedikit pun walau sekelumit hamba - hambaNya akan di zalimi di mahkamahNya nanti. (tak macam mahkamah dunia ini.penuh dgan kezaliman dan ketidak adilan.ni pon akan kena tanya nanti.pandai-pandai la korang jawab ye?keh keh keh)

setiap kita akan di adili dgn seadil - adilnya.

maka oleh itu adalah sangat - sangat bijak dan cerdas andai kita mula menghitunag - hitung perilaku kita di dunia ini mulai sekarang adakah selari dgn apa yang Allah perintahkan?

adakah kita berlaku dgn perilaku yang Allah suka dan nak?

apakah perilaku dan cara kehidupan yang Allah suka dan nak?

cara hidup modenkah?

cara hidup baratkah?

cara hidup timurkah?

selatankah?

utarakah?

timur la.. err.melalut dah.


tiada cara lain itulah cara hidup yang telah di tunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihu wasallam.

orang 'alim bgtau kesempurnaan agama dalam diri kita ialah sejauh mana sempurnanya kita mengamalkan cara hidup nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dalam kehidupan kita sehari - hari.

paling tidak pun (mcm aku yang lemah ni ) minimanya kita cuba tiru - tiru cara hidup Rasululullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan para Sahabat Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam.


eh?kenapa nak tiru - tiru plak nih!


nak berjaya kenalah tiru cara orang - orang yang dah berjaya dak?

bukankah kalau kita meniru - niru sesuatu kaum tu nanti kita akan di bangkitkan bersama - sama kaum tersebut?

nah!

cuba bayangkan tetiba di akhirat kita di bangkitkan bersama - sama para Sahabat.

Aduhai.

para Sahabat tu kan dah dapat title Radiallahu anhum (bukan title - title dunia ni yang tak sah.ha ha)

tak ke bahagia tu?

dan sekali lagi di tekankan sangat - sangatlah bijak dan cerdas andai kita mula meng'audit' cara hidup kita selama ini.

adakah sudah selari dgn apa yang Allah nak?

andai belum (mcm aku nih.huhu.ampuni aku ya Allah)

sempat lagi untuk kita sama - sama perbaiki.

selagi kita belum mati.


kan?



p/s : kita tutup entry ini dgn tasbih kaffarah.

3 ulasan:

morsmode berkata...

nak mintak izin link kan post nih.
mau reference.
:)

Tanpa Nama berkata...

dunia penuh tipu daya

Tujuh Kaki Dalam berkata...

matadore
-----------------------------------
silakan.

jangan memalu ye dik.


mutakalim
-----------------------------------
benar tuan.

sgt - sgt benar!

Sila klik selagi Halal