Rabu, 23 Jun 2010

bekerjalah seumpama kamu akan hidup seribu tahun lagi


Aku selalu fikir pasal kerja. Ada apa sebenarnya dengan kerja ni? Ya lah selama ni kita ngerti kerja tu yang kerja kita bangun pagi balik petang tu la atau yang berniaga atau apa jugalah jenisnya (tapi yang aku punya "kerja" ikut shift). Yang kerja itulah yang kita berpagi-pagi bangun, bertekak bertawa gembira, yang tipu menipu, yang berpening fikir kepala, yang tungkus berlumus, yang penat berlelah, segala itulah yang kita kerah berkeringat. Yang kerja itulah yang selalu aku fikir.

Untuk itukah semata-mata 24 jam sehari kita habiskan? Aku kalau fikir memang aku jadi pelik. Sampai aku banyak menolak peluang. Peluang yang mana aku rasa akan menambahkan lagi masa yg sedia ada dari 24 jam itu untuk di habiskan.

Aku letih sebenarnya untuk habiskan masa aku yang 24 jam sahaja itu semata-mata kerana kerja. Sebab? Berbaloikah? Kerana? untuk itukah kita hidup di dunia ni? Semata-mata me"mewah"kan kerja sehingga maksud hidup kita jadi kecil sangat.

Sehinggakan kita menilai hidup ni berdasarkan kerja. Berdasarkan hasil materi dari sebuah kerja. Oh! satu mala petaka yang besar andai itu yang terjadi.

Sebabnya tidak kurang nilai yang kita boleh dapat dari seorang tukang sapu di jalanan. Ya. Memang kerjanya selekeh dan murahan tetapi nilai hidupnya belum tentu begitu.

Dan tidaklah mahu di katakan yang kerja tinggi melangit itu nilai hidupnya nipis. Yang ingin di sarankan ialah jangan kita menilai sesuatu dari kerja dunianya sebab bukan maksud itu sebenarnya kita wujud di dunia ni.

Petani, kerani, arkitek, tukang sapu, doktor atau apa juga kerja di dunia yang di lakukan suatu masa nanti semua akan sama. Semua akan menjadi mayat tak bernyawa.

Jadi di mana nilaiannya nanti setelah menjadi jenazah? kedoktorannya kah? ketelitiannya menyapukah? kehebatannya mengukir tembok batakah? apakah?

Kita wujud di dunia ini bukan semata-mata utk bekerja menghabiskan masa 24 jam ke arah itu sahaja. Sains logika ghaibNya tidak begitu kadang-kadang.

Selama ini kita banyak salah faham dari benar fahamnya.

Fikirkan semula perintah-perintahNya dan pasti sains logika kita tidak akan sama dengan apa kehendakNya di kebanyakkan perkara yang kita anggap kita faham tapi sebenarnya belum.

Semudahnya beginilah, walau apa juga kita lakukan di dunia ini, walau serendah mana, setinggi mana, kita tetap hina sebagai hambaNya.

:)

Nota: Eh? sampai lupa mau bagi tajuk.

Ahad, 20 Jun 2010

Piala Dunia: Waspada Daripada Mempromosikan Kekufuran!


Stadium bergempita. Tidak cukup sorakan manusia, vuvuzela mengalunkan pula irama lebah memenuhi pelusuk dunia. Seluruh bangsa-bangsa manusia bersatu. Seolah-olah dunia tidak pernah bersengketa. Bagaikan manusia tidak pernah berperang. Semuanya berhenti dan menumpu pada sebiji bola bernama Jabulani.

Isu-isu besar khali tanpa suara. Senyap tiada bernada. Yang berbunyi adalah bicara tentang sebiji bola dan siapa bakal merangkul juara.

Isu gula mahal tenggelam timbul. Isu Gaza terhenti seketika. Isu liwat juga seperti hilang taringnya sementara. Pokok pangkalnya, kedai-kedai kopi ceruk kampung hingga ke meja bulat persidangan antarabangsa, semuanya berkisar tentang kesebelasan pasukan pilihan utama.

Tertarik saya pada satu iklan siaran TV Mesir mengenai Piala Dunia. Gambarannya begini, sekumpulan pekerja lelaki di dalam pejabat siap berpakaian kot secara tiba-tiba berubah menjadi pemain bola. Mereka berlumba-lumba memasukkan ‘sesuatu’ yang dianggap bola ke dalam beg. Selepas berjaya bola dijaringkan ke dalam beg, mereka bertukar-tukar baju kot. Sebuah simbolik kepada perlawanan dunia.

Iklan kedua wataknya adalah wanita. Dua orang wanita berkejaran di dalam pasaraya mahu mendapatkan suatu barangan yang terhad. Posisi mereka seperti bermain bola. Siap beraksi tarik menarik baju, lalu dikenakan kad atas kekasaran itu. Kamera litar pasaraya dijadikan bahan bukti utama simbolik perlawanan olok-olok.

Dipendekkan cerita, bulan Jun dan Julai tahun ini adalah pesta temasya besar dunia yang fokusnya pada titik Piala Dunia. Segenap ruang legar media berkisar di situ. Mahu mengaut keuntungan lebih juga adalah titiknya di situ.

KITA ADALAH MEREKA?

Seperkara saya kira ianya amat penting untuk dimuhasabahkan bersama. Sedang ralit dalam bergabung di dalam keghairahan bola sepak Piala Dunia, cuba kita memerhati perlakuan mahupun suasana di sekeliling kita. Apakah perkara kebetulan ini adalah sengaja ataupun tanpa disedari berlaku.

Perkara apa?

Bunyinya agak menyesakkan. Ya, jika kalian seorang muslim – harus peka!

Mempromosikan Lambang Salib

Fenomena ini sudah lama berlaku tanpa disedari mahupun dalam situasi bawah sedar. Cuba perhatikan, kebanyakkan negara yang menyertai Piala Dunia setiap 4 tahun sekali ataupun kejuaraan Liga picisan lainnya adalah dibayangi negara berlambangkan logo salib.

Lalu dalam sedar atau tidak, ada sebilangan dari kita dengan senang hati menyarung jersi berlambang salib itu. Ia dianggap remeh. Alasannya adalah semata-mata menyarung jersi. Soal gambar atau logo itu bergantung kepada niat. Wah, lancang sekali mulut berbicara tanpa berlapik.

Sedangkan Rasulullah SAW pernah berpesan di dalam sebuah hadis bermaksud:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang menyerupai dengan sesuatu kaum maka beliau tergolong di kalangan mereka.” (Riwayat Ahmad)

Di dalam memahami masalah ini juga, kita harus melihat bahawa syara’ menegah sesiapa sahaja termasuk kafir zimmi (non-muslim yang menetap di bawah negara Islam) supaya tidak menzahirkan syiar-syiar agama kuffar di tempat khalayak awam. Sedangkan kafir zimmi juga fuqaha’ sudah menetapkan hukum sebegitu, inikan pula kita yang bergelar muslim.

Perkara ini dengan jelas dikhabarkan oleh Al-Ustaz Doktor Muhammad Said Ahmad Amir di dalam kitab Muhadharat Fiqh as-Sadah asy-Syafie’iyyah di bawah penerangan tajuk larangan kafir zimmi menzahirkan kemaksiatan di khalayak umat Islam secara terbuka. Ini termasuklah menzahirkan salib kristian, menzahirkan konsep triniti (seperti kepercayaan Yahudi dan Nasrani bahawa al-Masih Isa dan Uzair adalah anak Tuhan), memperlihatkan kemungkaran, menayangkan arak dan babi.

Jelas.

Lalu apakah kita mahu menjadi sebahagian daripada mereka? Nauzubillahhi minzalik. Mari muhasabah kembali sahabat-sahabiah.

Menzahirkan Lambang Arak

Terdapat sesetengah jersi bola sepak umumnya turut menzahirkan lambang syarikat arak yang menaja pasukan. Ini jelas terpampang pada sesetengah jersi berjenama dunia, baik di dalam perlawanan bola sepak liga mahupun piala berprestij khususnya World Cup.

Dan perkara ini seolah-olah dipandang enteng oleh sesetengah muslim yang sedar, walhal dosa arak adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Ia bukan sahaja melibatkan peminum, tetapi terangkum pada setiap cabang kaitan arak. Amat kesal jika perkara begini turut dilakukan oleh golongan yang tahu agama. Malang!

Konklusinya, mari fahami firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Maidah ayat 2 bermaksud:

“Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.”

1:19AM, 19 Jun 2010,
Siberbay, Tanta.

Dari laman ini.

Nota World Cup : Team sokongan German dan Argentina

Isnin, 14 Jun 2010

Tahun ni jadi "Jaga Parking"

Di satu malam yang hening, di kala ramainya manusia yang datang ke sini sedang tidur, aku masih berjaga malam demi sebuah tugas (he he). Pagar Hitam menjadi teman di kesejukan embun pagi.

Bilangan manusia yang melintasi Pagar Hitam semakin berkurang jika di bandingkan dengan waktu-waktu sebelum berkumandangnya azan Isyak tadi.

Dari jauh ku lihat seseorang sedang berjalan dengan gaya 'alternatif'nya.

"Assalamualaikum bang"

"Wa'alaikumussalam"

Tangan berjabat mesra. Tanda persaudaraan seagama.

"Cantik tongkat kau. Fuh. Bukan calang-calang tongkat ni"

Aku cuma tersengih. Masih tak tau nak kata apa.

Radhi OAG terus berlalu dengan serban ala "karkun" di kepalanya.

(Sebelum tu Iwan yang nyanyi dangdut tu aku salam. He he he.)

Nota Jaga : Pakcik naik skuter Hijau tu suspen betul.

Sabtu, 22 Mei 2010

Tolong! Pencuri!




tanpa kita sedar, banyak pencuri di sekitar kita. saya tidak bercakap tentang pencuri harta benda. tetapi pencuri benda-benda yang invisible (tak nampak).

belajar bekerja mengajar saya macam-macam. terutama bagaimana mahu mengaplikasi cara khalifah umar yang mengasingkan kegunaan minyak untuk pentadbiran negara dan peribadi. sewaktu saya mahu menggunakan pen kampeni untuk menulis aktiviti belajar bekerja, saya jadi terkedu mengingatkan kisah umar dan anaknya.

begitu juga penggunaan internet di kampeni tersebut. yang dapat saya akses di sana ketika waktu rehat hanyalah twitter dan email (yang lain kena block!). tetapi kini ia menghantui saya! boleh kah? saya tidak mahu mencuri.

harta tempat kita bekerja, tambah-tambah harta kerajaan, adalah milik rakyat... mampukah kita mengunjungi setiap warga malaysia yang membayar cukai demi mendapatkan status halal? bila ia adalah milik pelanggan, bagaimana pula? mampu kah kita menjejaki setiap pelanggan? huh, dengan jadi pekerja, kita sudah mencuri.

belum lagi bercerita hal mencuri masa bekerja dengan berehat. saya teringat ketika bekerja di kafe siber... di sana, saya tidak dihalang menggunakan internet untuk tujuan peribadi. asalkan saya tidak mengabaikan tugas saya menyantuni pelanggan. saya memang biasa bekerja di front-line.

saya rasa tentang harta benda pejabat, semua pun jelas... tak boleh ambil untuk tujuan peribadi, apatah lagi untuk digunakan untuk anak-anak mahupun diberi kepada kerabat lain. inikan pula tender-tender projek! sumber pendapatan adalah perkara yang mesti dititik beratkan kerana ia akan jadi darah daging. ya, kalaupun bukan keturunan pencuri tapi makan hasil 'curian invisible', jangan hairan nanti ada keturunan jadi pencuri.

hal jadi jujur ini juga boleh diambil dari kisah gadis penjual susu dengan ibunya. dari keturunannya lah lahir zuriat yang hebat yang kita kenal sebagai khalifah umar abdul aziz. biarpun hanya 2 tahun setengah memerintah, rakyat dibawah naungannya tidak ada yang layak menerima zakat!

tapi, kamu jangan pula dengki dengan orang yang dibayar untuk duduk menunggu aduan! nampak macam makan gaji buta, tapi kalau dah tak ada orang mengadu dan kerja sampingan yang lain selesai, nak buat apa lagi, ye dok?

ihsan dari Kembara Memburu Syahid

Khamis, 29 April 2010

Akhirnya...


Ya, akhirnya ada jugak entry baru utk blog TKD ini.

Masih dalam kebingungan menghadap ujian-ujian yang bertalu-talu dari Pencipta kita.

Kerna sesungguhnya kita (aku) lemah dan banyak dosa maka ujian dariNyalah yg senantiasa mengembalikan aku dari cara hidup yang aku tak sedar yang aku sendiri pesongkan dr jalan kebenaran dan haq.

Masih terduduk kaku.

Khamis, 25 Februari 2010

Maulidur Rasul 1431 Hijiriyyah


Alhamdulillah.


Esok semoga Allah pilih aku untuk 'menyambut' Maulidur Rasul selama 3 hari.


Amin.

Jumaat, 12 Februari 2010

Bahagia

(bahagia tak tengok gambar ni?)

Sesungguhnya bahagia adalah perasaan yang sangat menyenangkan ruhani kita. Segala perkara nampak teratur bila kita merasakan bahagia. Masalah-masalah yang datang kelihatan kecil dan mudah untuk di selesaikan. Malah kalau sukar sekali pun kita tetap tidak merasa halangan yang besar untuk di selesaikan andai bahagia sudah "merasuk" diri kita.

Manusia, sering mencari bahagia mereka dengan berbagai2 cara dan tafsiran.

Ada yang bahagia bila mendapat wang ringgit beribu.

Ada yang bahagia bila mendapat kereta mahal.

Ada yang bahagia dengan rumah besar.

Ada yang bahagia dengan jawatan pangkat yang tinggi.

Ada yang bahagia bila dapat isteri cantik.

Ada yang bahagia bila projek menjadi dan bermacam2 lagi bahagia yang dapat memuaskan nafsu. (Dan harap maklum bahagia seperti ini Allah Ta'ala amkan untuk seluruh manusia termasuk org2 kafir)

Akan tetapi tuan2 dan puan2, mak2 dan pak2, adik2 dan akak2. Apakah bahagia seperti ini sebenar-benarnya bahagia? Kalau ini adalah kebahagiaan kenapa masih ramai org kaya bermuka masam? Kenapa ramai org yang beristeri cantik masih curang di luar sana? Kenapa yang berpangkat masih sedang sibuk merancang utk menjatuhkan org lain? Kenapa yang harta menimbun masih risua untuk menambah harta? Kenapa dan kenapa?.

Berapa ramai antara kita yang bahagia bila;

Dapat jaga solat berjemaah istiqomah (dan down gila bila tertinggal solat berjemaah)

Dapat menjaga takbiratul ula bersama imam selama berhari2 atau bertahun2 atau sampai mati.

Dapat korbankan hak sendiri untuk tunaikan hak orang lain tanpa rasa untuk mengungkit2.

Dapat harta sedikit bahagia.

Dapat tengok org susah bahagia merasa bahagia.

Dapat ujian Allah pun bahagia.

Oleh itu tuan2, puan2, mak2 dan pak2, abg2 dan akak2, adik2 dan anak2 marilah kita muhasabah diri apakah bahagia sebenarnya yang benar2 akan membahagiakan kita nanti dan sudah tentu ada contoh tauladan yang dapat kita ikuti dan pahami sumber kebahagiaan mereka.

Siapa?

Firaun?

Qarun?

Hamam?

Namrud?

Abdullah bin Ubai? (mereka semua ini bahagia dgn pangkat,kerajaan,tentera,pentadbiran,harta kekayaan dan ibadat zahir yang banyak)

Siapa lagi contoh tauladan kita kalau bukan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan para Sahabat Radiallahu anhum.

Sejarah mereka telah kita ketahui. Bagaimana cara kehidupan mereka yang mana kebahagiaan mereka hanya apabila mereka dapat mentaati perintah Allah Ta'ala mengikut cara yang telah di tunjukkan oleh kekasih mereka dan kekasih kita iaitu nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam.

Dan juga para Salafussoleh dan Tabi' Tabi'in. Bagaimana kebahagian mereka hanya apabila mereka dapat ta'at segala perintah Allah Ta'ala ikut cara Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam.

Kisah2 bagaimana mereka sgt berduka cita bila kekurangan amalan agama dalam kehidupan mereka banyak telah kita dengar dan baca. Kisah2 mereka takut akan bertompoknya harta pada diri dan keluarga mereka juga telah banyak kita dgr dan baca. Tidak kurang juga kisah2 mereka mengelak sehabis mungkin untuk mendapatkan pangkat dunia juga telah kita dengar dan ketahui.

Atas kebahagiaan yang mereka cari inilah Allah Ta'ala telah memberi kebahagiaan yang lebih bahagia dari segala bahagia yang pernah wujud iaitu keredhaanNya.

Makanya tuan2 dan puan2,mak2 dan pak2,abg2 dan akak2,adik2 dan anak2 sekalian. Masih belum terlambat untuk kita perbetulkan hakikat kebahagiaan kita yang salah selama ini. Andai dah betul maka perbaiki lagi sehingga kita tiada lagi.

Nota Bahagia : Maka berbahagialah mereka2 yang telah mendapat janji2 kebahagian dari Allah Ta'ala

Sila klik selagi Halal