Khamis, 4 Ogos 2011

Sempena bulan mulia setahun sekali datang ni...



Marilah kita bersama-sama memanfaatkannya sebaik mungkin, semaksima mungkin dan semampu yang mungkin.

Di antara ibadah-ibadah yang di khususkan hanya ada di dalam bulan yang mulia ini maka kita sempurnakan sebaik-baiknya akan tetapi janganlah di abai kefardhuan yang lain. Ini kerana keutamaan berpuasa terletak di nombor ketiga selepas Solat dan Iman.

Maka marilah kita memperbaiki dan menyempurnakan Iman kita, Solat kita, Puasa kita (dan nanti Zakat kita). Dan di samping itu, marilah kita menjaga amalan-amalan sunnah yang khusus ada di dalam Ramadhan dan yang ada di sepanjang tahun.

Marilah kita;

1. Jangan mensyirikkan Allah dalam apa jua keadaan, amalan dan suasana apatah lagi di Ramadhan yang mulia ini dan perbanyakkan bercerita tentang hebatnya Allah Ta'ala, perbanyakkan bercerita tentang hebatnya Allah Ta'ala dan perbanyakkan bercerita tentang hebatnya Allah Ta'ala. (Time lapar dan haus jangan ingat makanan dan minuman untuk hilangkan dahaga dan lapar kita tapi ingatlah Allah. Ini antara masanya untuk kita mendidik iman kita)

2. Jangan sampai kita terleka dalam menjaga kefardhuan Solat dalam kita menjaga Solat-Solat sunat yang ada. (Terutamanya takbiratul ula bersama imam)

3. Jaga Puasa kita sebaik-baiknya. (Dari segi lapar dahaganya, matanya, mulutnya, fikirannya, tangan dan kakinya, hatinya, telinganya dan zahir batinnya)

4. Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat selain dari yang fardhu (mengaji Quran, solat-solat sunat, sadaqah, sahur, awalkan berbuka dan banyak lagi)

Dan kita lakukan semua ini semata-mata kerana kita adalah hambaNya dan tiada selain dari mengharapkan keredhaanNya jua.


Nota lapar : Sebelum berbuka letih, selepas berbuka puuuun letih..

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432 Hijrah



"Hai orang - orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang - orang sebelummu, agar kamu bertaqwa"

(al-Baqarah:183)



Daripada Abu Hurairah r.anhu, daripada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." (Hadith riwayat an-Nasa'i, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)

Jumaat, 29 Julai 2011

suatu malam di dalam surau yang gelap.




Malam itu aku balik lewat.

Selaku orang bujang, aku malas nak balik terus ke rumah. Jadi biasanya destinasi aku kalau tak ke Cyber Cafe, mesti ke kedai mamak atau ke Surau.

Malam itu aku ke surau (selepas ke CC dan kedai mamak. He he). Suasana Surau agak angker. Gelap, suram dan sunyi.... Woshhhhh~

Selesai memberi salam dan sedikit zikir selepas solat, di dalam ruang yang samar-samarketika tangan di hadapkan ke langit mengharap segalanya dari Dia pemilik segalanya, di luar tingkap surau yang gelap terdengar bunyi yang mencurigakan.

"Ah! Aku kan tengah menghadap Pencipta segala makhluk."

"Nak takut apa!" Dengus ku di dalam hati.

"Haaaa~" Aku tersentak! terdengar suara "makhluk asing"

(Sekali dia main Haaaa~ Haaaa~ daa.)

"Hoi!" "Ape haa~ haaa~? Nak masuk, masuk saja la." (konon-kononnya)

Sekian cerita.



Nota "Haaa~" : Jangan lewat-lewatkan solat Isyak. "makhluk asing" pun tak suka tau.

Khamis, 24 Mac 2011

Siap Melaporkan!

Alhamdulillah. Hanya layak Dia sahaja menerima segala pujian sekalian makhluk. Bertepatan tanggal 28 november 2010, Allah dengan taufiq dan rahmat kasih sayang serta hidayahNya telah memilih aku di antara ribuan manusia untuk ke bumi India. Bergerak dari Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling sebelum Zuhur. Flight pada waktu petang. Penerbangan Kuala Lumpur Delhi mengambil masa lebih kurang 5 jam. Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, perubahan cuaca mula terasa. India sedang mengalami musim sejuk peringkat awal.
Masjid Banglawali, Nizamuddin, New Delhi, India
Empat hari di Masjid Banglawali barulah kami di putuskan untuk tashkil pertama. Jemaah kami seramai sepuluh orang (3 Malaysia dan 7 Indonesia) di bentuk, berkhidmatkan Amir jemaah asal India (dari daerah Onggol, Andra Pradesh) dan di hantar ke route yang jauh perjalanan menggunakan keretapi hanya memakan masa selama 30 jam. Tashkil pertama kami adalah ke Nalgonda, Andhra Pradesh, India. Selama lebih kurang 35 hari kami di tempat ini. Bersama-sama orang tempatan kami telah ke merata tempat. Berusaha untuk jumpa orang Islam seramai mungkin untuk silaturrahim dan saling ingat -mengingati mengenai hal paling penting di sisi Allah Ta'ala iaitu iman.


Nalgonda, Andhra Pradesh, India
Seterusnya baki masa selama 18 hari pula kami di hantar ke Hapur yang terletak di Uttar Pradesh sejauh 4 jam perjalanan menggunakan van. Pada tashkil ke dua ini jemaah seramai 14 orang telah di bentuk ( 5 orang Malaysia dan 9 orang Indonesia). Berkhidmatkan Amir jemaah orang tempatan seramai 2 orang (berasal dari Hyderabad dan Assam)
Hapur, Uttar Pradesh, India
Di Hapur, keadaan semakin sejuk yang mana musim sejuk berada di tahap paling maksima. Hampir ke semua jemaah silih berganti di uji dengan masalah kesihatan oleh Allah Ta'ala. bersambung...

Selasa, 22 Mac 2011

Ada manusia tidak percaya wujudnya Allah


Ada orang yang tak percaya wujudnya Allah.

Baiklah.

Aku percaya adanya Allah dan aku melaksanakan segala kehendak-kehendakNya.

Dan kamu tidak percaya wujudnya Allah maka kamu hidup sesuka hati.

Andai betul tiada Tuhan maka nanti bila aku dan kamu mati maka kita dua-dua tidak akan ada apa-apa balasan.

Akan tetapi jika Allah itu sememangnya wujud maka aku akan menerima balasan dariNya kerana di dunia aku berusaha memenuhi segala kehendakNya akan tetapi kamu nanti bagaimana?

SesungguhNya Allah itu benar-benar wujud.

Isnin, 15 November 2010

Benua Hindi di landa "Tsunami"

Masjid Banglawali Nizamuddin, New Delhi, India.


Masjid Kakrail Dhaka, Bangladesh.


Nota nak pi sana : Aku belum pegi lagi. Semoga Allah pilih aku dapat pergi sana secepat mungkin. Amin

Rabu, 27 Oktober 2010

Bercucuk tanam menanam batu


Hari itu, teriknya mentari panas sekali. Hampir mencecah 30°C. Kelihatan di tengah-tengah tanah ladang itu seorang tua separuh kurun yang sedang bersungguh-sungguh mencangkul tanah. Dari pagi lagi dia belum berhenti untuk berehat.

Tanah yang sudah hampir 30 tahun di usahakan itu idak banyak berubah dari hari pertama ia di usahakan. Berpagi-pagi di gembur hanya sebelum gelap akan pulang.

Pakcik tua itu tidak pernah lelah mengusahakan tanah ladangnya.

Seusai menggembur tanah ladangnya, pakcik tua separuh kurun itu kelihatan terhenjut-henjut menarik sekarung benih dari bawah pokok yang di letakkannya seawal pagi ketika sampai tadi.

Batu-batu tadi di tanam di atas perbatasan yg telah di gemburnya sejak beberapa hari yang lepas. Satu persatu batu itu di keluarkan dari karung. Setiap perbatasan di letaknya seratus batu yang di anggapnya benih yang akan memberi hasil yg bermenfaat buatnya suatu hari nanti.

Dan begitulah rutin yang telah di habiskannya selama hampir 30 tahun...

Tuan-tuan yang mulia. Apakah akan kita mensia-siakan hidup kita dengan mengusahakan sesuatu seperti ini?

Apakah kita mahu hidup dan meghabiskan masa kita dengan mengusahakan sesuatu yang sia-sia?

Apakah hidup kita hanya untuk melakukan perkara sia-sia tiada makna?

Betapakah sayangnya kehidupan kita yang bernilai ini di sia-siakan begitu sahaja. Padahal telah datang Pemberitahu cara hidup yang menghasilkan keberuntungan yang tiada tolok nilainya.

Jadi kenapa kita masih?

Nota terbaik dari ladang : Dunia adalah tempat kita bercucuk tanam yang hasilnya akan di tuai di negeri selamanya.

Sila klik selagi Halal