Rabu, 20 Mei 2009

Malfuzat 37


Dalam suatu muzakarah beliau (Shaikhul Hadith Maulana Ilyas rahmatullah 'alaih) berkata, "Sebuah hadith menyatakan, "Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir" Maksudnya ialah kita di hantar ke dunia bukan untuk hidup mengikuti kehendak dan keinginan nafsu dan syahwat kita, menjadikan dunia ini syurga. Bahkan kita di hantar ke dunia ini melawan hawa nafsu dan mentaati hukum - hakam Allah Subhana wa ta'ala di mana dunia adalah penjara bagi orang Mukmin. Jika kita hidup mengikuti hawa nafsu seperti orang kafir bererti kita telah menjadikan dunia ini sebagai syurga, justeru kita telah mengambil hak orang-orang kafir dan dalam keadaan ini nusrah Allah tidak akan bersama orang yang mengambil hak, malah pertolongan Allah akan bersama orang-orang yang di ambil haknya."

Kemudian beliau berkata, "Fikirkanlah perkara ini!"

Nota untuk di fikir : "lu pikir la sendiri"

4 ulasan:

Unknown berkata...

slam...skrg ni...org islam sbuk rebut syurga org kafir...jadi org kafir marah dan tindas org Islam....

Tujuh Kaki Dalam berkata...

Anak Pendang Sekeluarga,
andai ummat sedar hakikat yang satu ini..

Tanpa Nama berkata...

Saya ada kawan yg slalu ke gereja siang dan malam untuk beribadat. Dia juga hindari dirinya drpd perkara keji seperti arak, judi, zina dan sgala maksiat semata-mata untuk menyucikan diri. Apakah kehidupannya juga seperti syurga di dunia?

Tujuh Kaki Dalam berkata...

adakah apa yang dia lakukan sama seperti yang di kehendaki oleh Allah di dalam agamaNya yang suci iaitu Islam?

Sila klik selagi Halal