Rabu, 26 November 2008

satu hari semua ada dua puluh empat jam yang sama!

Sesungguhnya Allah yang Maha Hebat telah menetapkan ke atas setiap manusia dan makhluk sehari semalam hanya ada dua puluh empat jam.

tidak kurang malah tidak juga lebih.

setiap orang sama.

setiap orang ada modal masa yang sama.

bila Allah memberkati nikmat masa ke atas seseorg maka org itu akan terasa masanya sgt berharga dan cukup malah kengkadang terasa ada lebihan dalam dua puluh empat jam itu.

dan

bila Allah menarik nikmat masa ke atas seseorang maka dia org itu akan terasa masanya berlalu dgn cepat dan sia2 malah masanya di habiskan begitu saja tanpa ada rasa kesal (mcm aku la.huhu)

cuma menjadi masalahnya ialah bila kita tidak tahu menghargai setiap saat yang Allah anugerahkan kepada kita.


setiap saat yang berlalu tidak akan kembali.

setiap saat yang berlalu akan di tanya nanti.

setiap saat yang berlalu akan memberi kesan terhadap alam dan akhirat kita nanti.

kita boleh sgt kecewa bila kita kehilangan sesuatu yg berharga tetapi pernahkah kita kecewa dgn kehilangan masa dengan sia-sia?

hari ini kita banyak habiskan masa kita dgn bekerja.

hari ini kita banyak habiskan masa kita dgn hobi kita.

hari ini kita banyak habiskan masa kita dgn dunia.

dan bagaimana pula masa kita untuk Allah?

pernahkah kita (sebenarnya ayat ni kene jadi begini; "pernahkah aku?") congak dalam sehari berapa banyak masa kita khususkan untuk mengaji?untuk berzikir?untuk bercerita kebesaran Allah?

pernahkah kita terdetik..

"oh!banyaknye aku habiskan masa untuk dunia aku"

"oh!sikitnya aku korban masa aku untuk akhirat aku"

maka,

benarlah apa yang Allah telah bagitahu dalam kitab suci al-Quran dalam surah al-Asr.

malah Allah telah bersumpah dalam surah itu.

hanya sedikit dr kita yg mahu beringat (terutamanya aku!)

sila nikmati hidangan di bawah ini:

20 ulasan:

  1. sobab. ontahlah pacik..

    macam muskil..

    suka cakap benda benda yang diluar jangkaan..

    hurmmm

    BalasPadam
  2. sudahlah/ malas nak berbicara pasal dye. hue hue

    BalasPadam
  3. nak numbo tepon kak lysa!!!

    haha!

    hmm isk. dah lah pening.

    chow!

    BalasPadam
  4. tapi alangkah bestnya kalau kita bleh pusing balik masa yg lalu tu kan hurmmpp

    BalasPadam
  5. yang lepas ambil jadikan ikhtibar agar tak masuk "lobang" yang sama dua kali kan?

    BalasPadam
  6. hahaha tu lah pasal..."lobang" hahaha lobang idung kaa, lobang idung kan ada 2 =))

    BalasPadam
  7. zianazone
    ------------------------
    lubang hidung takpalah lagi.

    jgn lubang-lubang neraka je sudah!

    BalasPadam
  8. zianazone
    --------------------------
    saya lelaki.

    sila katakan diriku tulen.

    ha ha!

    BalasPadam
  9. hahaha cehh ini paksaan namanya..ada ker nak suruh org cakap dia tulen plak ish ish ish tak patut btol..ntah2 dia HH :))

    BalasPadam
  10. zianazone
    ------------------------
    HH tu apekah?

    BalasPadam
  11. berbicara tentang masa,

    usia yang semakin menua
    membuat diriku gelisah
    ketika memeriksa diri
    tapi terdengar suara

    tabah
    tabah
    tabahlah!!!

    BalasPadam
  12. aku setuju entry ni..hari2 aku terpikir benda ni...tapi kdg2 terleka x pandai sedar diri gak..

    Tapi aku rasa ada sorang jak yang orang kat atas muka bumi ni yang tak aan hargai masa...

    Hiro dalam cerita Hero..

    kan dia boleh kawal masa..muehehe..

    mungkin sylar dan peter pun bleh join da club..

    BalasPadam
  13. zamrie
    ------------------------
    usia semakin tua.

    oh!

    benar.akupun dah makin tua.

    huhu.


    Sitinurgagah
    -------------------------
    oho.

    dah dapatlah nombor tepon beliau ye?

    tp hr tu kata msuykil ape plak?


    UnaChenta
    ---------------------
    kiat sibuk fikir banyak benda sampai kadang-kadang kita lupa fikir "harta" kita yang Allah muliakan kita sebab "harta" kita itu.

    Iman.

    kan?

    (oh.hero-hero yang anda sebutkan semua saya tak kenal.sila sebutkan hero dr zaman lapan puluh-an)

    p/s: dah nak masuk maghrib!

    BalasPadam
  14. ya...tma kasih atas semua ingatan ni... bnda2 duniawi ni, masalah hubungan, buat kita lupa benda berharga yang lainnya..

    BalasPadam
  15. UnaChenta
    --------------------------
    rajin-rajin update blog yer?

    BalasPadam
  16. Insyallah.. aku cuba huhu..

    aku x pandai menulis mcm en TKD, kdg2 aku menulis ikut suka hati..bila baca balik aku pun enggak paham dong!!

    BalasPadam
  17. UnaChenta
    --------------------------
    erk!

    saya lagilah jahil dalambidangpenulian blog.

    tulis pun main taram saja.

    ha ha!

    BalasPadam